Pasangan suami isteri ini memilih untuk mencuba sesuatu yang baru demi masa depan keluarga mereka. Setahun yang lalu, mereka tekad untuk membuka kedai runcit.
Alhamdulillah, kini hasil usaha gigih tak tidak malu untuk mencuba kejayaan mula menghampiri pasangan muda Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim. Solo Borneo Mart (SBM) dibuka pada penghujung September tahun lalu dengan bersandarkan barangan runcit yang sangat terhad.
Kini, selepas setahun beroperasi, SBM yang membekalkan barangan runcit dari Sabah dan Sarawak semakin maju dan diterima ramai.
Ads
“Siapa sangka bisnes yang bermula dengan hanya bawa enam botol kicap, lima paket kecil kopi Tenom, tiga botol jeruk bambangan dan lima bungkus mee dari Sabah.
“Selepas itu kami tambah pula barangan dari Sarawak, juga dalam kuantiti yang kecil, tapi hari ini Allah izinkan sebegini jauh perjalanan kami. Kami mampu ‘upgrade’ dengan kontena untuk membawa barang itu ke Semenanjung. Mengakui perjalanan bisnes mereka bukanlah semudah yang disangkakan. Kata-kata perlian dan pandangan serong sesetengah pihak bagaimana pun tidak melemahkan semangat bekas Vokalis Kumpulan Kristal ini.
Ads
Disisinya berdiri teguh wanita kesayangan yang juga suri hatinya yang sentiasa memberi sokongan penuh. “Tak mudah untuk kami kerana awal-awal dulu ‘koyak’ juga bila orang kata saya dah tak laku sebab tu jual ikan masin, buka kedai runcit. “Ada juga yang kata kerja kedai runcit ni tak sesuai dengan status ‘artis’. Tapi…Allah itu sebaik-baik perancang,” katanya sebak. “Isterilah yang banyak beri sokongan walaupun ada cakap-cakap belakang. Saya dan isteri berusaha untuk fahamkan pelanggan mengapa harga di BSM tak sama seperti di Sabah dan Sarawak. “Kami educate mereka mengenai kos dan sebagainya dan akhirnya pelanggan mula memahami dan mula menerima BSM,” ujarnya. Biarpun kejayaan sudah menghampiri bisnes yang diusahakan tersebut, namun Lan enggan mendabik dada. Sebaliknya dia mahu terus berusaha memajukan BSM dan akan melakukan penambahbaikan dari hari ke hari.
“Biarlah orang kata bergelumang dengan ikan masin, ikan bilis, udang kering ni tak glamor, saya akan tetus berusaha sampailah semua barangan runcit ada di BSM. “Saya akan pastikan pengorbanan kami selama ini berbaloi. Kami korbankan masa dengan anak-anak, kawan-kawan sebab nak fokus kepada bisnes. “Kena tipu, kena sailang itu semua pengalaman. Yang penting saya kena terus kental dan sabar serta belajar setiap hari,” katanya positif.
Ads
Allahuakbar.. .Tak penah KY & LS bayang akan dpt guna kontena utk bisnes kami.. .Kami bermula dgn 6 botol kicap.. 5…
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Demikian juga dengan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini. Bukan semua wanita mampu melakukan sepertinya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Anak-anak berjaya di bawah bimbingan dan didikannya. Bukan itu sahaja, mereka banyak mewarisi keperibadian ibu mereka ini baik dari segi penampilan mahupun pertuturan. Perkongsian dari Dr Syahr Musafir cukup menarik untuk dibaca tentang bagaimana keperibadian Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai seorang ISTERI, IBU dan juga PEMIMPIN.
Moa bermanfaat untuk kaum wanita diluar sana dalam mencontohi wanita cekal ini.
Jarang-jarang sekali bersembang tentang politik, tetapi musim-musim PRU sebegini memang ‘kena’ sembang bab politik. Suka atau tak suka, kena ambil tahu. Setuju atau tak setuju, dengar dulu…
Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah #TDSH bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir #TunM yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”
Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri #PM.”
Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.
Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit.
Pelik.
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”
Isteri saya diam juga.
Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?
Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk.
Alamak, camne nak pujuk?
Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.
“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.
Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!
Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah #DSWA adalah contoh isteri yang baik.”
Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.
“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.
Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.
Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.
Isteri saya memandang tepat ke mata saya.
“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami. Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”
Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”
Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.
Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by his husband’s side.
Moga setiamu hingga ke syurga…
Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri
Taktik memujuk selesai dan berjaya, tetapi bukan sekadar taktik kosong sebab suami ini pun rasa terisi minda dan hati daripada perbualan tadi… Alhamdulillah.
Hari ini pasca-PRU14, lambat betul angkat sumpah PM baru, saya berseloroh kepada isteri, “Kalau DSWA yang jadi PM baru, memang betul-betul sejarah tercipta sebab ubah kerajaan selepas 60 tahun dan PM wanita pertama selepas 60 tahun. Heheh…”
Disclaimer: Ini bukan post politik, ini post pasal suami isteri. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terkini, Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.
“Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu,” katanya.
Jawatankuasa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.
Beliau berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
Wan Junaidi berkata, kajian lanjut itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan.
Beliau berkata, tindakan itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip kekadaran dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.
Kerajaan juga katanya akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman dan pembangunan Garis Panduan Penghukuman.
Turut akan dikaji ialah penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan prinsip keadilan restoratif.
“Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan memastikan hak semua pihak terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian berkenaan yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.
INFO ‘MANDATORI’
Sekadar info, ‘mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah tidak boleh terlepas dari tali gantung. Di mana pada masa itu tiada hukuman lain atau alternatif jika disabit bersalah.
Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter mengenai ‘hukuman mati mandatori’ ini bermaksud pesalah dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman selain hukuman gantung sampai mati.
Misalnya, suspek boleh didakwa hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara sepanjang hayat, mengikut kepada budi bicara pihak mahkamah.
Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati masih kekal ada di Malaysia
TERKINI
Kerajaan bersetuju untuk mansuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
‘Mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh Mahkamah, dia tidak akan terlepas dari tali gantung. Tiada hukuman lain atau alternatif jika bersalah.
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya pulang ke kampung halamannya di Johor selepas seminggu tiba di tanah air menerusi
Dia yang pulang menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB) turut ditemani suami tersayang, Alexander Charles.
Lebih mengujakan, kepulangan Dr Amalina disambut ibu tercinta di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bahru.
Pertemuan ibu dan anak itu dikongsikan menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping gambar bersama ibunya di meja makan dengan pelbagai juadah.
Dalam pada itu, dua biji kek Happy Birthday dan Happy Anniversary yang dihidangkan di meja menjadi perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian bersama mStar, Sabariah Hassan, 61, mengucapkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya dipertemukan dengan anak tunggalnya selepas lebih dua tahun terpisah berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19.
“Sudah tentu saya seronok akhirnya dapat juga bertemu depan mata, peluk cium anak sendiri. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberikan, bersyukur sangat.
“Pelbagai juadah bersama dua kek, blueberry cheesecake dan biscoff cheesecake itu saya buat sendiri untuk kejutan buat Amalina.
“Benar, Amalina sebelum ini ada request minta saya masak macam-macam tapi bukan dua kek tu. Itu yang Amalina sendiri terkejut sebab tak sangka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Sabariah lagi, kek harijadi itu dibuat sempena ulang tahun Dr Amalina ke-34 pada 7 Disember 2021.
“Amalina baru balik, jadi saya sambut birthday dia dengan blueberry cheesecake. Kek biscoff cheesecake pula saya buat sempena ulang tahun perkahwinan Amalina pada 31 Mac ni.
“Amalina nak balik semula ke London dah, jadi saya sambut lebih awal anniversary dia, termasuk birthday. Tak rancang pun pada awalnya, saya spontan buat kejutan,” katanya.
Menurut pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu, percutian singkat anaknya di Johor dihabiskan sebaik-baiknya.
“Seperti yang Amalina request, setiap hari saya masak macam-macam termasuk nasi carrot dan ayam masak merah serta menu barat iaitu chicken lasagna,” katanya yang turut menyediakan nasi minyak, nasi beriani dan nasi hujan panas sepanjang kepulangan anaknya.
Bukan itu sahaja,mereka bercuti bersama yang turut disertai menantunya yang lebih mesra disapa Alex di Desaru baru-baru ini.
“Alhamdulillah, percutian singkat tapi amat bermakna buat saya dan Amalina. Saya dan Amalina sangat gembira.
“Amalina tak sangka inisiatif kerajaan menerusi program gelembung pelancongan memudahkannya dan suami yang merupakan warga asing pulang ke Malaysia,” katanya.