Isteri kepada pelawak Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahaya memaklumkan akan menjalani prosedur membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nur Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berkata dia masukkan di wad semalam di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, untuk pemeriksaan lanjut.
“Pertama kali dimasukkan ke wad dan buat pembedahan. Selepas doktor buat pemeriksaan telur saya dan Achey tak ada masalah. Kemudian saya buat ujian hysterosalpingogram atau HSG. Doktor buat imbasan untuk melihat keadaan tiub fallopian Tube.
Ads
“Doktor cadangkan untuk buang tiub itu kerana ada masalah tersekat pada tiub. Saya relakan sebab dah lama kami menanti untuk mendapatkan cahaya mata,” tulisnya.
Dalam entri itu, Anne turtu memohon maaf jika ada salah dan silap serta memaklumkan Achey tidak dapat menemaninya di hospital kerana terlibat dengan program Muzikal Lawak Superstar 3.
Ads
“Saya minta maaf pada semua andai kata saya ada salah dan silap ya. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sedih berpisah dengan suami sebab dia ada Muzikal Lawak Superstar 3 tak dapat temankan saya,” tulisnya.
Ads
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Sumber : anne_achey._
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nampak senang aje nak tanam serai. Tapi jika salah teknik, bukan aje tak merimbun tapi pokok jadi mudah kering dan tak subur.
Jika ada ilmu cara yang betul menanam serai ini, dapatlah jimat duit belanja dapur. Maklumlah serai adalah antara bahan masakan yang wajib dibeli setiap minggu.
Kali ini ikuti perkongsian cikgu Mohd Amriyang sudi memberikan tip untuk tanam serai dengan cara mudah dan elak serangan perosak.
Serai ini merupakan “senjata” utama bagi kaum wanita sewaktu berada di dapur. Kalau takda serai, rasa bagi sesuatu masakan tu tak best. Setuju ke?
Setiap kali beli di kedai atau pasar, balik-balik nanti kering dan kecut. Apa kata kali ini, sahabat beli lebih sedikit untuk masak dan cuba tanam sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah ok sangat untuk kegunaan sendiri.
Antara tips yang saya boleh kongsi ialah; PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA. 1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari.
2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar. 3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru. 5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab. 6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.
PERINGKAT KAWALAN SERANGGA. 1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya. 2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daub secara “ringan”bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun. Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang. Itu sahaja perkongsian ringkas tentang semaian, tanaman, pembajaan, dan penjagaan pokok serai. Diharap dapat membantu sahabat diluar sana.
Kebanyakan ibu bapa yang sibuk dan tak punya masa untuk menyediakan hidangan buat anak-anak, makanan segera menjadi pilihan utama. Sehinggakan ada anak-anak yang menjadikan makanan segera sebagai perkara biasa.
Namun, sebagai ibu bapa sepatutnya menitikberatkan soal pengambilan makanan. Terutama sekali makanan segera ini kalau boleh elakkan diberi kepada anak-anak. Apabila menjadi habit buat anak-anak sukar untuk dibendung kelak.
Selebriti Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini berkongsi cerita bagaimana dia membuat peraturan kepada anak-anak dalam soal makanan segera ini. jelasnya, anak-anak hanya dibenarkan makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Anak anak mummy Becca Hanya boleh makan MD Donald 2 bulan Sekali Sahaja ?
…Bukan apa sebab mummy TerLalu sayang kan Anak anak Dan utamakan kesihatan Keluarga ok?❤️….
Nanti kecik2 lagi dah gemok2 And byk Penyakit Susah plak,lagi2 Takut sgt2 Kalau kecik2 dah ada Diabetes “kencing manis”,So dari anak anak kecil la Kita Sebagai Ibu bapa Harus Menjaga Apa Yg Mereka makan….
Bilik Di pikir kan Masakan Ibu lagi Baik k,Jadi Ibu2 Dah nama Pun Ibu Harus Rajin Masak k….
Sudah tentu semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dengan menjalani kehidupan yang sempurna di samping pasangan dan anak-anak. Menyediakan persekitaran hidup yang selesa kepada keluarga adalah impian semua orang termasuk rumah, kenderaan dan tiada masalah kewangan.
Bagaimanapun, setelah berpuluh tahun berkerja, kehidupan masih ditahap sama. Rezeki dirasakan makin sempit. Masih mendata tetapi anak makin bertambah begitu juga keperluan kewangan. Sehingga menjejaskan ekonomi keluarga.
Tidan nafikan semua orang ingin berjaya dan bebas masalah kewangan. Tetapi mungkin belum mendapat ‘kunci’ kejayaan itu. Perkongsian di laman facebook oleh saudara Mazhair Shahroz Muhasip boleh dijadikan inspirasi untuk muhasabah diri bahawa ia mungkin punca dari dari sendiri tanpa kita sedar. Ikuti perkongsiannya.
DIRI KITA ADALAH PUNCA KITA MASIH MISKIN
Inilah 5 hal yang membuatkan kita masih miskin.
1. Banyak salahkan orang lain berbanding mencari kesalahan sendiri untuk diperbaiki.
2. Hidup asyik mengeluh. Tidak pernah berfikir untuk mencari solusi.
3. Duduk bergaul dengan hanya orang negatif. Mereka pantang jika ada orang positif dan tidak sekepala dengan mereka menjadi sebahagian daripada circle mereka.
4. Apabila ada orang lain memberikan solusi positif, kerjanya adalah mengkritik, mengecam dan mengentam solusi dan idea orang tersebut.
5. Salahkan takdir tanpa pernah berusaha.
Nota: Orang berjaya dan orang yang menjadi kaya adalah apabila mereka sendiri berusaha untuk memperbaiki taraf kewangan mereka tanpa mengharap pada orang lain. Mereka fokus untuk tambah nilai dalam diri. Mereka tidak salahkan orang lain dan mereka tidak mengeluh. Mereka cekal dan tabah menghadapi apa juga cabaran dan rintangan yang mendatang. Setelah sudah buat sehabis baik, mereka bertawakal. Inilah winner sebenar. Inilah orang berjaya. Inilah orang kaya.
Sungguh inspirasi perkongsian ini.Moga ia menjadi motivasi buat diri untuk menggalas tanggungjawab membahagiakan keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di