Kulit muka yang dah mula gelap gara-gara beraya sakan sepanjang minggu ini ada baiknya dipulihkan segera. Maklumlah barulah lebih yakin nak kembali bekerja minggu hadapan.
Tak perlu gunakan toner, menyental sepanjang malam atau membersih berkali-kali untuk cantik dan cerah. Cuba usahakan cara tradisional guna dua bahan ni je. Superb hasilnya.
Inilah yang disarankan oleh Huda Seman. Katanya keesokkan harinya, bangun pagi muka semakin cantik dan gebu. Ayuh cuba!
Mek dah try memang best weh hasil kejadian, bila amalkan puas hati. Yang bestkan musim raya ni nak glowing mowing meh cuba ni je. Takat nak flawles, harga jimat diykan je. Hehe betul, bukan untuk flawless je, jerawat, parut jerawat atau muka blackout kalau amalkan sure cantik.
Rasanya dah ramai yang tau kan. Jom kita pakat buat dan cantik. Rayakan sebulan korang.
Bahan yang diperlukan:
1/2 biji timun
Gel Alovera (beli kat guardian)
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis teh
Ads
Cara caranya okey mudah je.
1. Korang just sagat timun tu je.
2. Lepas tu korang kena asingkan sebab nak air timun je. Perah bagi dapatkan air timun.
3. Lepas tu letak dalam mangkuk asing dan campurkan dengan alovera.
Ads
4. Kacau air timun dengan alovera tu sebati dulu tau.
5. Baru masukkan dalam bekas spray atau bekas untuk korang senang guna.
6. Dan simpan kat dalam peti ais ye.
Ads
7. Tahan lama minimum dalam 2 minggu atau sebulan.
8. Cara pakai waktu korang nak tidur atau masa free, spray kan aje takda masalah. Hehe best. Esok bangun tidur sure pegang muka, gebu gebas rasa.
Bercakap tanpa ilmu adalah sesuatu yang merbahaya, perkara betul sekali pun dengan mudah dilabel sebaliknya. Ini sama kesnya bila ada yang membangkitkan pelbagai isu berkaitan tindakan anggota Jabatan AMAL bersembahyang di atas batu semasa berkhidmat di tempat kejadian kepala air Yan, Kedah baru-baru ini di media sosial.
Bermacam-macam soalan timbul, ada yang kata sah ke solat mereka?, kenapa tidak solat di tempat rata?, Kenapa atas batu?, Kenapa tidak sembahyang di tempat atau atas tanah yang landai?, Kenapa gambar tengah solat pun nak menunjuk?.
Lantaran itu, bila ada yang membangkitkan adakah sah solat anggota Jabatan AMAL bersembahyang di atas batu semasa berkhidmat di tempat kejadian kepala air Yan, Kedah, terpanggil dengan isu tersebut, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan agar tidak timbul lagi keraguan dan kekeliruan berkenaan cara anggota Jabatan AMAL menunaikan kejawipan solat tersebut.
SOLAT ATAS BATU
Satu keping gambar tafsiran pelbagai. Cara mata melihat dan hati berbisik, lalu kata-kata atau tulisan terbit dengan pelbagai nada. Pertama kali saya lihat gambar tersebut, saya rasa sebak dan apa yang terlintas dihati ;
🔘 Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.
Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nyawa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riyak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.
*Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. InsyaAllah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.
🔘 Tuan Puan, solatnya jelas sah, cukup syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat. Allahu Akbar, sabda Nabi SAW:
أُعْطِيتُ خَمْسًا لَم يُعْطِهِنَّ أَحَدٌ قَبْلِي.. وَجُعِلَتْ لِي الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًاً فَإيما رجل مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةَ فَلْيُصَلِّ
Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku.. (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, dimana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.
HR al-Bukhari: (438)
Rasulullah SAW bersabda:
الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلّا المَقْبَرَةَ وَالحَمَّامَ
Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas.
HR al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)
🔘 Saya rasa terkilan apabila ada pihak atau individu yang sinis dengan situasi solat atas batu ni hingga dituduh menunggang agama dan pelbagai sindiran tajam. Kenapa terus menerus menunggang politik, hingga dalam kerja kebajikan pun masih tidak boleh jadi asbab penyatuan ummah.
🔘 Saya sendiri dan kami NGO Sahabat Amal Care memang terlibat secara langsung dengan misi ini. SAC menyalurkan infaq orang ramai kepada projek waqaf paip ini. Kami menyaksikan perjalanan sukar mereka memakan masa yang berjam-jam berjalan kaki untuk sampai ke kawasan tepat di atas bukit.
🔘MENGAPA MEREKA PERLU MEMBAHAYAKAN DIRI UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA PEMASANGAN PAIP TERSEBUT?
Berikutan tragedi kepala air yang berlaku dalam musibah banjir, beberapa perkampungan di sekitar kaki Gunung Jerai, telah terputus bekalan air berikutan paip utama pecah, jangka waktu baik pulih memang memakan masa, sedangkan mereka perlu mendapatkan bekalan air bukan hanya untuk keperluan harian, tapi untuk membersihkan lumpur tebal, jika tidak segera maka akan mengeras dan proses membersih berkali ganda sukar.
Keseluruhan sistem perpaipan bermula daripada takungan sehinggalah ke saluran paip telah rosak dan hanyut dibawa arus banjir. Dengan pantas dan cekap, para petugas disusun untuk membawa naik dan menarik paip PVC yang bersaiz 2 hingga 3 inci dan panjangnya 100 meter setiap satu gulungan ke sumber air bersih di puncak bukit.
Peringkat awal masih boleh melalui darat, satu masa mereka perlu melalui dan berada di dalam sungai. Bukan hanya pasang satu saluran paip atau untuk satu kampung, tapi untuk banyak kawasan.
Lebih mencabar lagi apabila cuaca di sini hujan lebat, jalan untuk menaiki bukit menjadi licin dan lecak. Ditambah dengan pokok-pokok dan batu-batu yang besar, perjalanan menjadi lebih sukar.
Mereka buat semua ini percuma, lillahita’ala, tanpa bayaran tanpa upah apa-apa. Siapa kenal mereka dengan nama apapun akan tahu siapakah tentera kebajikan ini. Unit Amal, Jabatan Amal atau Khidmat Malaysia.
Saya sendiri membesar dengan melihat bagaimana mereka memberi khidmat dengan hati dan iman. Sayap wanita mereka antaranya Ameerah, Briged Muslimat, Aalimat dan lain-lain.
🔘 Kerja kebajikan dalam misi ini bukan hanya dilakukan oleh umat Islam, kami juga jumpa NGO dan sukarelawan non-muslim yang turun padang, kita boleh tolak tepi perbezaan agama dan bangsa, kenapa sesama umat Islam perlu begini.
🔘 Bila berlaku misi, kami sendiri suka bekerjasama dan mengutamakan pemimpin tempatan, kerana mereka terlebih dahulu yang sampai ke lokasi kejadian dan memulakan bantuan. Begitu juga dengan NGO lain, saling bekerjasama dan melengkapi. Ini bukan medan siapa lebih bagus, lebih cepat atau lebih banyak memberi. Nauzubillah, bimbang pahala yang dicari bertukar dosa dan saling membenci, ia sangatlah rugi.
🔘 Iya, saya terasa dengan isu ini. Mungkin kerana selama 4 hari kami disini kami melihat bagaimana mereka bekerja dan beramal. Solat jemaah jika dapat awal waktu memang menjadi keutamaan mereka.
Kami turun ke Kedah hari ke 3 selepas musibah banjir, dan sungguh kami kagum dengan para pemimpin tempatan, YB yang kami jumpa iaitu YB Ustaz Azam, YB Ustaz Sabri dan YB Ustaz Hanif, turun padang macam rakyat biasa tiada beza, tiada layanan istimewa. Mereka adalah YB kawasan banjir.
Sesampainya kami ke tempat kejadian, banyak bahagian dalam rumah yang sudah pulih, kami hanya perlu membantu mana-mana bahagian yang mereka tak mampu. Atas faktor keletihan dan kekurangan tenaga, terlalu banyak rumah, dan operasi banjir selut sangat jauh beza dengan banjir air sahaja.
Kami kagum dengan gerak kerja jentera mereka, daripada kalangan muslimin dan muslimat, daripada yang memasak, menyediakan dan menghantar makanan serta minuman untuk mangsa banjir setiap hari. Bahkan petugas yang membersih dan menyampaikan bantuan terdiri daripada kalangan anak muda hingga warga emas, malahan yang sudah mencecah usia 80 tahun ke atas pun ada.
🔘 Ada hikmah atas semua yang berlaku, mungkin dengan ini masyarakat lebih kenal siapa mereka.
TUAN PUAN,
SIAPA JABATAN AMAL MALAYSIA ?
Jabatan Amal Malaysia sebelum ini pernah dikenali sebagai ‘Unit Amal’ dan telah ditubuhkan sejak 1991.
Di awal penubuhan jabatan ini, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, antaranya kekangan kewangan, tiada bantuan dan sokongan, tenaga kerja yang kurang dan bersilih ganti.
Namun, jabatan ini tetap terus melangkah dan semakin kukuh tahun demi tahun. Anggotanya tetap berintegriti dalam memberi dan membantu walau apa jua situasi. Bahkan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan apabila rakyat Malaysia dan negara jiran memerlukan.
Saya kongsikan beberapa fungsi bahagian di bawah Jabatan Amal Malaysia:
1) BAHAGIAN OPERASI
Terdiri daripada Kor Medik dan Penyelamat yang berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan.
2) BAHAGIAN LATIHAN
Merancang latihan, pelaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat.
3) BAHAGIAN KEBAJIKAN
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan bertujuan menyampaikan risalah dakwah menerusi kerja kebajikan. Di bawahnya terdapat Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan.
4) BAHAGIAN PELAPIS
Bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal.
5) BAHAGIAN STAF
Sebagai sekretariat urus tadbir oleh Ketua Pegawai Tadbir dan Ketua Pegawai Kewangan.
MEREKA BUKAN SAHAJA TERLIBAT DALAM MISI BANJIR INI, BAHKAN PELBAGAI MISI KEBAJIKAN LAIN YANG TURUT DIJAYAKAN, ANTARANYA:
1. Operasi pembersihan premis awam dan rumah penduduk akibat banjir di seluruh Malaysia.
2. Mengurus jenazah COVID-19.
3. Menyampaikan bantuan kemanusiaan di seluruh Malaysia dan luar negara.
4. Menyampaikan bantuan semasa bencana Tsunami di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Aceh, Indonesia.
5. Menganjurkan program derma darah seperti program Amal Mega Blood Donation 2021 yang berjaya mengumpul sebanyak 5,135 penderma darah.
Dan pelbagai lagi yang tidak tertulis.
SubhanAllah, AllahuAkbar, jiwa mereka hidup dengan mewaqafkan diri dan tenaga untuk kebaikan ummah. Melakukan tugas tidak mengira waktu walau tanpa bayaran dan kadang kala tiada liputan media. Namun masing-masing tetap istiqomah memberikan yang terbaik. Benar, mereka juga antara hero yang jarang didendang.
Dalam menghulurkan bantuan dan misi kemanusiaan, tugas kita ialah untuk saling bekerjasama, bahu-membahu dan saling berganding kekuatan antara satu sama lain.
Alhamdulillah, dengan adanya waqaf paip ini, bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk setempat khususnya di kawasan kampung sekitar kaki Gunung Jerai.
Tanpa sumbangan Tuan Puan sekalian, waqaf ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga setiap air yang mengalir itu memberi manfaat dan pahala yang tidak putus juga buat semua penyumbang.
SEMOGA ALLAH MENYATUKAN KITA SEMUA DALAM JALAN KEBAIKAN.
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DERMAWAN KERANA SENTIASA MENYOKONG KERJA KEBAJIKAN DAN DAKWAH YANG SEDANG DIUSAHAKAN.
SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KALIAN DIGANJARKAN SYURGA ALLAH SWT.
KAMI HANYA JENTERA KECIL YANG TURUT SAMA MEMBANTU MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA.
جزاكم الله خيرا
ASMA’ BINTI HARUN DAN NGO SAC
Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Memang nampak cantik bila ruang tamu misalnya di hiasi karpet atau permaidani. Kemas, menarik dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan malas nak mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan.
Buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campuran air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Benar, salah satu cara cara mengawal kadar gula dalam darah bagi pengidap diabetis adalah melalui pemakanan. Pun begitu, makanan daripada jenis apa dan bagaimana mungkin ada yang tidak tahu caranya.
Memandangkan diabetes juga adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan keturunan, oleh itu jika ada sejarah keluarga terdahulu ada yang mengidap penyakit ini, itu petanda risiko untuk mengidap diabetes akan ada untuk diri anda.
Hal ini juga telah dikongsikan oleh Dr. Hamid Arshat, dan ini katanya;
“KEDUA2 ABANG SAYA MENGIDAP PENYAKIT DIABETES. ERTINYA RISIKO UNTUK SAYA MEMANG WUJUD ATAS DASAR BAKA. ALHAMDULILLAH SETAKAT INI SAYA DAPAT JAUHKAN”– Dr. Hamid Arshat
Kenyataan ini pernah dikongsikan oleh Dr. Hamid Arshat di akaun Fbnya pada tahun lalu. Di dalam posting tersebut doktor kesayangan ramai ini turut memberikan banyak info dan tip berguna untuk dimanfaatkan untuk mencegah daripada menginap diabetes.
1. Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes).
Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan bolih jadi pesaki diabetes jika tidak mengabil langkah2 mencegah. Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.
2. Terdapat 3 jenis diabetes
a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam panreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biassnya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.
Pesakit2 saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.
3. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan lain.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil bolih dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karbohaidret dan manisan dan pengidap PCOS.
Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ2 bolih berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran2 darah yang menyebabkan gangrene dan lain2.
4. Langkah2 mengawal dan mencegah diabetes;
a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.
Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohaidret dan manisan. Nasi, mee, roti, kueh2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandongi karbohaidret dan gula.
Kurangkan amount makan.
Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari perotin.
c. Makanan2 perlu dikurangkan.
Jauhkan minuman soda, juz dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
Jauhkan semua minuman arak dan beer.
d. Makanan2 yang disyorkan
Makanan2 yang mengandongi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.
Makanan2 mengandongi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
Makanan2 mengandongi magnesium, bayam, almond, yogart
Perotin, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
Lemak2 baik, Minyak kelapa
Makanan2 rendah gula, nuts, biji2 labu, sunflower, berries, avarcado.
e. Supplement , gantian gula, herba.
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
1. Kayu Manis (cinnamon) , kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
2. Peria (bitter gourd). Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah.
Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.
3. Alpa Lipoic acid.
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.
4. Fish oil 1000 mg setiap hari.
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
5. Gantian gula.
a. Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Bolih didapati dipasar2 supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
b. Stavia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umor kerana memperlahan kematian sel2 dan tisyi2. Ian juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.
7. Herba2 tempatan.
Saya dapati beberapa jenis herba2 tempatan ada berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Mithalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain2.
Daun2 yang menghijau bolih dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.
Exercise, kawal kegemokkan ,rehat dan tidor.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.
Cukupkan tidor 5 – 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.
Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.