Jarang kita dengar kisah lelaki atau suami yang bekerja tetapi punya masa untuk bangun seawal pagi demi menyediakan sarapan dan bekal sekeluarga. Kebiasaannya yang melakukan kerja-kerja ini adalah kaum ibu.

Namun tidak bagi Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.

2 Perkara memotivasikan lelaki ini Bangun Pagi Masak Sarapan & Bekal Sekeluarga Walaupun Bekerja Sepenuh Masa. Sangat Berinspirasi!

Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.

Jom kira baca perkongsian dari ayah kepada 4 cahaya mata ini tentang cara untuk dia  istiqamah bangun seawal pagi untuk memasak sarapan dan juga bekal.

Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang nampak biasa tetapi cukup bermakna, lebih-lebih lagi buat kaum isteri dan ibu.

2 Perkara memotivasikan lelaki ini Bangun Pagi Masak Sarapan & Bekal Sekeluarga Walaupun Bekerja Sepenuh Masa. Sangat Berinspirasi!

Ada yang bertanya, apa atau bagaimana cara saya untuk istiqamah bangun seawal pagi untuk memasak sarapan sekeluarga dan bekal sekolah/kerja, walaupun saya bekerja sepenuh masa dan kepenatan, lebih-lebih lagi lelaki, suami dan bapa, bukan wanita, isteri dan ibu yang lebih sinonim dengan masak-memasak.

Jujurnya saya pun tak tahu nak jawab apa, tiada tips spesifik pun. Macam orang lain juga, saya setkan jam loceng/alarm clock (di telefon bimbit) untuk kejutkan saya. Ada masanya bangun on time seperti disetkan, ada masanya terlewat bangun jadi kelam-kabut nak masak, dan ada masanya bangun lebih awal daripada masa yang disetkan. Normal dan biasa, kita bukan robot.

2 Perkara memotivasikan lelaki ini Bangun Pagi Masak Sarapan & Bekal Sekeluarga Walaupun Bekerja Sepenuh Masa. Sangat Berinspirasi!

IKLAN

Cuma mungkin boleh saya share 2 perkara yang menjadi inspirasi dan motivasi untuk saya buat semua ini:

1. Niat untuk qiyamullail.

Sebelum tidur, saya pasang niat untuk bangkit qiyamullail. Tak kisahlah sedang sihat ke, penat ke, demam ke, niatkan untuk bangun malam. Sekurang-kurangnya solat sunat 2 rakaat, atau bangun baca al-Qur’an sekurang-kurangnya 1 muka, atau bangun untuk zikir munajat saja.

Apabila bangun, tak kisahlah awal, on time atau terlewat, saya akan solat 2 rakaat. Biasanya, tahajjud. Jika 4, saya buat tahajjud dan taubat. Jika sempat 6, saya buat tahajjud, taubat dan hajat. Ada masanya jika ‘malas’ saya buat 2 rakaat solat sunat taubat sahaja (dalam solat itu mohon ampun daripada Allah atas kemalasan diri, huhuhu).

Yang penting, niat. Dan apabila tersedar dari tidur, bangun.

Dari segi #TipsQiyamullail saya takkan pilih masa. Jika tersedar lebih awal berbanding masa yang kita set alarm, saya tetap akan bangkit, ambil wudhu’ dan solat. Jika masih lama menunggu waktu alarm, saya tidur semula. Biasanya 30 minit.. Kemudian bangun semula untuk memasak.

IKLAN

Apabila terlewat bangun, terus wudhu’ dan solat 2 rakaat (secara cepat, baca pendek), terus masuk dapur untuk sediakan makanan.

Paling seronok sudah pastilah isteri juga bangun bersama. Bahkan malulah bila dirinya lebih istiqamah berbanding si suami ini….

2 Perkara memotivasikan lelaki ini Bangun Pagi Masak Sarapan & Bekal Sekeluarga Walaupun Bekerja Sepenuh Masa. Sangat Berinspirasi!

2. Ingat mati.

Poin ini saya tak mahu ulas perihal ibadah dan sebagainya, tetapi saya melihat dari kaca mata duniawi atau manusiawi, iaitu jika Allah takdirkan saya pergi awal, apakah kenangan unik yang saya nak isteri dan anak-anak saya ingat tentang saya, dari segi manusiawi.

IKLAN

Banyak pilihan yang ada, contohnya harta pusaka, video ucapan atau nyanyian, dan sebagainya.

Saya memilih untuk masa berkualiti dan masakan/makanan yang mereka isi dalam perut mereka. Saya mahu mereka ingat saya selalu masak untuk sekeluarga secara konsisten setiap pagi/hari. Makanan itu jadi darah daging yang takkan mungkin boleh hilang kenangannya.

Kenangan seorang ayah memasak untuk anak-anak adalah sangat powerful dalam ingatan anak-anak, lebih powerful berbanding kenangan ibu yang memasak. Percayalah… (Tetapi jangan risau, boleh ganti bab memasak ini dengan cara lain jika kita tak reti atau tak mampu masak atas pelbagai kekangan ye, memasak ini salah satu sahaja).

Dari sudut ibadah, sudah pastilah ingat mati ini boleh beri motivasi yang cukup kuat dan tinggi untuk kita buat kebaikan kepada keluarga kita dan beristiqamah dalam kebaikan itu sampai hujung nyawa. Kita tak tahu bila Allah akan ambil nyawa ini, jadi setiap hari kita kena jadi baik, lebih baik dan terbaik.

Cukuplah 2 perkongsian ini saja. Dari segi teknikaliti bagaimana memasak, siapkan bahan mentah atau shopping dan lain-lain, mungkin kita bincang dalam post saya yang lain. Bahkan saya rasa orang lain pun biasa/sudah menulis tentangnya. Perkongsian saya ini harapnya berbeza berbanding tulisan orang lain.

Pagi ini saya sediakan makaroni sos cendawan. Letak ayam, sayur campur, sosej dan seumpamanya. Pagi ini saya agak keletihan, hanya masak 1 hidangan saja. Kira OK lah ye.

Untuk bekal sekolah anak, ada epal merah. Untuk bekal kerja saya pula ada betik, daripada pokok saya tanam sendiri di tepi rumah #KebunKecilTepiRumah #KebunDrSyahr Alhamdulillah.

Sos putih cendawan seperti resepi saya sebelum ini, tanpa minyak masak cuma pagi ini tak letak keju sebab tak perasan, rupa-rupanya cheese di rumah sudah habis.

#DapurDrSyahr #SuamiMasak #KeluargaDrSyahr 18/02/2019

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI