Mencari sahabat buat isteri. Mungkin ada yang beranggapan lain apabila membaca ayat tersebut. Baca apa yang ingin disampaikan oleh saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya.
Mencari sahabat buat isteri.
Bayangkan anda seorang suri rumah. Anda berada di rumah, membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu, memasak, mengemas, menghias dan menjaga anak-anak.
Seharian aktiviti anda dipenuhi dengan tugasan ini sambil menunggu orang yang dicintai pulang untuk kembali menjadi manusia biasa.
Manusia biasa yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mempunyai kawan dan sahabat yang boleh dibawa berbual. Bukan mengumpat, tapi berbual.
Lepas kahwin tak perlu kawan ! Itu kata-kata suami yang memandang isteri seperti satu alat, seperti satu perkhidmatan atau servis buat dirinya.
Kita jangan jadi seperti itu. Isteri ini adalah manusia biasa. Isteri suri rumah paling utama kerana tiada kawan lain selain suaminya. Jika ada rezeki, ada anak-anak untuk mengisi jiwanya sementara menunggu suami pulang.
Namun, suami ialah suami. Kawan ialah kawan. Lelaki ialah lelaki, wanita ialah wanita. Sehebat mana suami pun, kami tidak mampu berfikiran 100% seperti wanita. Ada benda yang walapun sudah menjadi isteri, masih malu untuk dibualkan bersama suami kerana ianya perkara wanita.
Ads
Perkara-perkara seperti alat solek, perhiasan, deko, pakaian, masakan, jualan murah, anak, keluarga dan lain-lain lagi. Ramai suami yang boleh borak benda-benda ni, tapi takkan sedalam seorang wanita. Kita lelaki, tahu warna biru, warna hijau, mereka tahu warna tiffany blue, pink belacan, dusty pink, apa benda ni? Ini namanya wanita punya pandangan. Lelaki ada tahapnya. Sampai satu tahap tu, kita tak rasa perlu untuk tahu. Warna-warna itu contohnya. Tapi bukan wanita. Benda tu penting bagi mereka.
Jadi, untuk mengisi satu ruang khas untuk berkawan di hati isteri, berilah dia ruang. Ada masanya isteri perlu ME TIME bersama kawan-kawannya. ME TIME ini ialah masa peribadi seseorang yang tidak diganggu pasangan. Bukan perlu selalu atau kerap. Tetapi cukup untuk mengembalikan norma kehidupan kepada isteri.
Jadi, beberapa hari lepas saya menghantar isteri saya Nora Azni untuk membuat rawatan rambut di sebuah Salon mesra Muslimah bersama 3 orang sahabat yang dikenali dari 3 tempat yang berlainan. Seorang jiran Mulan Chayank, seorang bisneswomen Aiza Ab Aziz dan seorang kenalan dari Facebook Aniza Zakaria.
Saya mengambil alih tugas beberapa jam menjaga anak-anak supaya dia tidak diganggu. Saya pesan, jangan risau pasal kami. Saya boleh jaga. Tak perlu rasa kena balik cepat. Saya tak nak ada perasaan tergesa-gesa.
Ads
Terpancar kegembiraan di muka isteri sewaktu melangkah keluar dari kenderaan, menuju ke salon. Melihat isteri tersenyum sebegitu telah menjadi matlamat hidup saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Isteri ini kadang-kadang dia tak bagitau. Tapi jika kita buka mata, kita akan nampak keperluan-keperluan kecil dia. Bukan nak kata dia bosan, tetapi kita nak pandangan dia luas. Isteri yang bekerja, keluar hari-hari melihat dunia, tetapi bukan isteri suri rumah. Jadi, tanggungjawab suami untuk bawa dunia kepada dia.
Alhamdulillah sesi ME TIME berjalan dengan amat gembira hasil keriangan isteri selepas pulang sambil melibas-libaskan rambutnya. Ya, membuat rawatan rambut ini amat penting. Jangan memandang rendah. Rambut wanita dan lelaki tidak sama. Mereka lebih panjang, lebih lebat, lebih perlu penjagaan.
Bantulah isteri anda, beri apa yang mereka perlukan mengikut kemampuan. Jika rawatan rambut itu kosnya RM100. Kumpul la RM10 sebulan. Bukan suruh buat hari-hari. Jangan membesarkan benda yang seringkas ini.
Di samping rambut yang sihat, mereka juga boleh bersama-sama kawan menjadi seorang wanita normal.
Ads
Saya sentiasa percaya isteri ini umpama layang-layang. Biarkan ia bebas mengikut angin, melihat kehidupan, membuka mata, merasai kegembiraan terbang tinggi, tetapi dalam masa yang sama masih terkawal dengan tali perhubungan yang kemas. Biar angin kuat melayang dia ke sana, sini, ia tetap akan pulang ke pangkuan yang dicintainya.
Jom bawa isteri anda ke salon !
Kongsikan penulisan ini supaya terdetik idea ini di dalam kepada para suami. Janganlah ingat perkara ini menyusahkan kerana isteri yang gembira bakal menggembirakan semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini hos dan pelawak terkenal Rahim Sepahtu dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan Bariatrik. Ia merupakan prosedur untuk mengatasi masalah reflux (muntah-muntah selepas makan) dan obesiti.
Usai selamat menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta, Rahim memuat naik satu perkongsian yang berterima kasih kepada kedua-dua isterinya.
Menerusi kapsyennya, Rahim gembira kerana kedua-dua isterinya, Lily Khay dan Norazlin Abdullah hadir memberi semangat.
“Bidadari penguat semangat, @kolin_abdullah @lilykhay terima kasih kerana berada di sini,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Di dalam perkongsian tersebut, kelihatan kedua-dua isteri Rahim mesra duduk bersebelahan di tepi katil penyampai radio Sinar itu.
Kemesraan tersebut mengundang pujian peminatnya yang menyifatkan Rahim beruntung kerana kedua-dua isteri Rahim penyayang dan sangat bertoleransi dalam melayari alam rumah tangga.
siti_hajar_daud@lilykhay tuari kan saya komen senyum. Meleret aby ayim mcm p. Ramlee.. Tu yg tersasul. Plak type. Abg ramlee??
zana_roseee Alhamdulillah bang . Moga kekal bahagia sampai syurga . Bang ade org tanye no 3 punye ade kosong tak ??
fishazmi Tahnia bang… Cantik wife wife Abg.. First time tgk gamba be3
hazmirozay23 Bro @rahimr2 hebat.. Semoga bahagia till jannah…nk bljr dgn bro la cara nak pasang lebih dri 1 ne.. Hahahaaaaaaa…..??…. Jgn marah bro… Hihihi
siti_hajar_daud YaAllah.. Suwittt betul abg Ramlee kak @lilykhay ..jangan balut kaki ngan seluar sekali tauuu
Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae memang dikenali ramai. Sejak pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, anak mereka juga turut menjadi perhatian para peminat mereka.
Memilih nama sebagai Rina, kini usia Rina sudah pun 1 tahun lebih. Meninjau di akaun Instagram, Maryam telah memuatnaik satu video baru Rina. Menerusi video tersebut, Rina sedang cuba menari rentak lagu Flower yang dinyanyikan oleh penyanyi Korea, Jisoo.
Ketika medengar lagu itu, Rina terus menari dan membuat gaya tangannya seperti tarian Jisoo. Walaupun seronok mendengar lagu kesukaannya, Rina seakan m4lu-m4lu untuk terus menari di hadapan ibunya. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.
Ada peminat Rina mengatakan ger4m melihat gelagat Rina menari dan memuji Rina seorang kanak-kanak yang cerdik. Sehingga kini, video Rina menari telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mengikat tali perhubungan pada 15 Ogos 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rina.
Nostalgia zaman sekolah, mesti setiap antara kita ada kenangan bersama lori milo yang tidak dapat dilupakan. Maklumlah boleh minum air milo secara percuma, beratur panjang pun bukan jadi masalah.
Istimewanya juga tentang lori milo ini dan membuatkan kita asyik teringat-teringat hingga kini adalah kerana air milo tersebut adalah kerana rasanya yang special. Diminum sejuk, terasa pekat dan keenakannya terasa hingga ke tekak.
Pun begitu, kalau kita sendiri membancuh sendiri di rumah, sukar sekali untuk mendapatkan rasa tersebut. Ada sahaja yang kurangnya.
Oleh itu, dengan perkongsian daripada puan Zainun yang berkesempatanberbual dengan pekerja yang membancuh air milo tersebut, bolehlah dijadikan panduan.
Jom ketahui apa tekniknya!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja milo tengah bancuh air.Saya tanya napa air milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.
Ini rahsianya
Dia kata masa bancuh air perlu panas. Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.. milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula. Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan:
10 sudu besar serbuk milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Kacau rata semuanya dengan air panas.
Campurkan air sejuk.
Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.