Perasan tak anak-anak kita bila sudah lama sangat tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya, tentu sahaja bila kali pertama bersua muka anak-anak seakan tidak mengenali dan terasa asing.

Begitulah situasinya yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Tya Arifin saat membawa anak-anaknya bertemu dengan orang tuanya di Palembang, Indonesia.

Difahamkan lebih dua tahun Tya dan anak-anaknya tidak dapat bersua muka dengan ahli keluarganya itu.

2 Tahun Tak Dapat Balik Palembang, Tya Arifin Kongsi Rasa Bila Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek!

Tya memutuskan untuk membawa anak-anaknya pulang ke Indonesia meskipun suaminya, Asyraf Khalid tidak dapat pulang bersama.

Ujar Tya lagi, keputusan untuk balik ke kampung di buat saat akhir. Jadi, suaminya tidak dapat ikut sekali kerana memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang. Apatah lagi, proses mendapatkan visa mengambil masa yang agak lama.

Alhamdulillah, sampai Palembang setelah 2 tahun lebih tak berjumpa.

Sebenarnya, waktu amat singkat. Secara kita tak sedar, orang tua kita semakin hari semakin bertambah usia.

Ya, inilah kehidupan. Tinggal kita sebagai anak, harus buat yang terbaik untuk orang tua dan keluarga kita selagi mereka masih ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Tya kelihatan sebak sewaktu memeluk tubuh bapanya ketika lelaki itu datang menjemputnya di lapangan terbang.

Tya bersyukur kerana dapat pulang semula ke negara asalnya selepas dua tahun lebih tidak pulang.

IKLAN

Dalam pada itu, Tya tidak menyangka pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap ikatan persaudaraan. Ini kerana, anak bongsunya, Azzahra tidak mengingati datuk dan neneknya.

2 Tahun Tak Dapat Balik Palembang, Tya Arifin Kongsi Rasa Bila Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek!

Tya terkejut kerana Ara asyik menangis sahaja selepas dijemput datuknya di lapangan terbang. Nampak dia sangat janggal pada mulanya.

2 Tahun Tak Dapat Balik Palembang, Tya Arifin Kongsi Rasa Bila Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek!

Namun, selepas beberapa hari tinggal di sini Ara dilihat sangat manja dengan datuk dan neneknya.

Sumber : @tyaarifinnw 

Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.

Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama  doktor pilihan.

IKLAN

2 Tahun Tak Dapat Balik Palembang, Tya Arifin Kongsi Rasa Bila Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek!

 

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

IKLAN

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

2 Tahun Tak Dapat Balik Palembang, Tya Arifin Kongsi Rasa Bila Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI