
Setuju atau tidak, jerawat adalah antara musuh utama bagi seorang wanita? Mungkin jika ada sebiji dua, ianya boleh diterima tanpa mengganggu emosi. Namun cuba bayangkan jika jerawat yang berwarna merah tersebut ‘bermaharajalela’ di pipi, ditambah pula dengan rasa sakit jika tersentuhnya, memanglah boleh buat hati rasa geram dan mahu cari ubat untuk merawatnya. Paling tidak berharap agar jerawat tersebut cepat kecut dan terus hilang!

Namun sekadar berharap sahaja tanpa usaha, mana boleh! Oleh itu, apa kata usahakan dengan cara alami mengikut petua orang dulu-dulu. Dua wanita cantik ini juga telah mengamalkannya. Boleh dicuba, yang mana satu serasi dalam merawat kulit wajah anda. Selamat Mencuba!
“Petua Traditional yang saya kongsikan ini mesti kena rajin dan konsisten tau. Jangan seminggu je beria buat, pastu 3, 4 bulan baru repeat semula. Memang nan hado lah hasilnya. Jangan ya jangan. Saya bagi cara yang paling simple, tak payah susah payah nak sediakan.”

[su_highlight background=”#ecf6c8″ color=”#04030f”]MADU+PLAIN YOGURT+SERBUK KUNYIT[/su_highlight]
1 sudu madu
1 sudu yogurt (make sure natural)
1 sudu serbuk kunyit

[su_highlight background=”#ecf6c8″ color=”#04030f”]Cara Penyediaan : [/su_highlight]
1. Gaul hingga sebati dan kemudian tepek pada muka.
- Tunggu kering dan bilas (masa letak tu akan rasa pedih sedikit. Itu normal tau sebab nak kecutkan jerawat tersebut)
Sumber : Acha Syasyaa
Manakala mengikut cara yang diamalkan oleh najaha nasarath ini pula menggunakan bahan berbeza namun kesannya tidak menghampakan.
“DIY home spa ” ais cube untuk kecutkan jerawat & mencerahkan kulit ” yang saya amalkan ini mudah saja. Bahan yang digunakan iaitu TOMATO + SUSU @ YOUGHURT + ASAM JAWA.”

[su_highlight background=”#ecf6c8″ color=”#04030f”]Cara Penyediaan:[/su_highlight]
- Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus.
- Kemudian masukkan ke dalam peti buat macam ais cube supaya bila dah beku senang nak apply dekat muka.

3. Biarkan kering dan kemudian bilas wajah dengan air bersih.
*Buat hari- hari. Waktu lepas balik kerja atau nak tidur malam. Memang best.. sejuk dan fresh.
Sumber : Dhilesa dan fb najaha nasarath
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di






Ni Santan yang dah basi. Tinggal di suhu bilik dan tak sempat masuk dalam beku. So dah basi dia ada 3 lapisan dalam bungkusan tu. Cuba perhatikan. Bawah tu lapisan air,tengah tu minyak bercampur lapisan lemak santan. Caranya nak pindahkan kedalam bekas lain,akak guntingkan hujung tu untuk buang lapisan air. Lubangkan kecik je. Kalau potong besar abis laju air keluar. Air dah tinggal sikit terus pindahkan aliran lapisan minyak tu kedalam bekas pula.
Akan jadi macam ni bila dah masuk dalam bekas. Tunggu beberapa minit agar lapisan ni menjadi dua pulak.
Pastikan jadi lapisan macam ni. Atas adalah lapisan minyak. Bawah tu lapisan lemak santan basi. Dia mendap ke bawah.
Setelah beberapa minit. Boleh la tapis minyak kedalam bekas lain pula.
Tapis dengan perlahan supaya minyak tak campur dgn lapisan dibawah.
Ni la hasil selepas ditapis. Cantik,wangi semerbak bau minyak kelapa.
Akak terus botolkan. Dalam sekilo santan.dapat dua botol kecik ni. Dekat pasaran sebotol kecik cecah puluhan ringgit. So boleh dah sapu pada muka,tangan kaki atau kulit sensitif. Nak Raya ni Cuba la. Mana tau flawless. Selain kulit, Minyak ni boleh lumur pada rambut anak. Lebat nanti. Pastikan yang kulit sentisitif ni Cuba sikit dulu. Ada yang serasi. Ada yang tak boleh. Alhamdullilah berkat kesabaran beebrapa tahun dulu akk selalu sapu pada kulit sikembar. Sekarang tiada lagi ekzema. Kalau gatal pun sebab panas je. Tak macam dulu. 24jam mengaru.



