Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati. Tapi, kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menjaga hubungan itu dengan baik.
Jom semak 21 petua yang boleh bantu eratkan kasih sayang antara suami isteri. Dengan langkah-langkah mudah dan praktikal ini, anda boleh pastikan hubungan kekal mesra dan bahagia, walaupun setelah bertahun-tahun bersama. Jangan biarkan rutin harian menghalang cinta, mari kita buat supaya rumahtangga terus bahagia dan penuh kasih sayang!
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
Ads
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
Ads
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
Ads
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Kuasa viral. Setelah tular mengenai kedaifan hidup, warga emas ini kembali ke pangkuan keluarga. Benarlah, hati siapa yang tidak sedih melihat kelibat seorang warga emas dijalanan seorang diri dibawah terik panas matahari. Diri yang uzur dimamah usia tetap gagah menempuh liku hidup demi perut yang perlu diisi. Mana mungkin, siapa yang melihatnya membiarkan berlalu begitu. Mujur ada yang sudi membantu memberi bantuan.
Siapa sangka, pasrah nenek ini telah meruntun jiwa seorang anak muda Mira Sam berhati mulia. Sapanya kepada warga emas ini bertanya khabar dan pelawaan menaiki kenderaan dengan niat membantu, rupanya telah membawa sinar baharu buat warga emas ini.
Sembang biasa bagaikan ‘cucu’ dan ‘nenek’, akhirnya membuka cerita duka bila mana warga emas ini tinggal bersama suami yang uzur disebuah motel dengan serba kekurangan dengan sewa yang tertunggak. Tidak mahu menyusahkan anak yang juga serba kekurangan, nenek ini dan suami sanggup berdikari dengan kurdrat yang ada. Lebih sebak, pasangan warga emas ini tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada pihak bertanggungjawab.
Lebih manis, setelah dua hari tular, perkongsian yang boleh dianggap sebagai khidmat masyarakat ini telah menarik perhatian ramai sehingga, anak warga emas ini telah membawanya pulang ke pangkuan keluarga untuk tinggal bersama.
Berikut perkongsian yang dipaparkan.
Tular dengan perkongsian sehingga 2.9K
“Assalamualaikum..sapa pernah nampak tok ni??sy jmpa tadi dekat pasar kg.berjaya dok tnggu teksi nak balik rumah dia.jadi sy pun pelawa nak hntaq dia balik rumah…masa dok otw hantaq sy pun dok bersembang la tnya macam2..dia kata dia pi minta sedekah kt kg berjaya naik teksi..teksi tu pun dia berhutang xbayaq tambang lagi.tgok2 dia dok kat motel kat shahab perdana..sewa rm700 sebulan.tu pun yg bulan lepas xbayaq lagi.nak cari rumah sewa pun dia xtau mcm mana dgn keadaan dia dgn suami dia macam tu….kira hat beda minta sdekah tu la utk nak bayaq sewa..dia dok dgn suami dia yg lumpuh xleh jalan..duit utk beli ubat suami dia lagi.ada sorang anak perempuan dok kat bukit besar tu pun susah jgak tok tu kata..bantuan kebajikan dari mana2 pihak pun dia x dapat..dok harap dekat duit dari minta sedekah..tujuan posting sy ni utk share kesusahan tok ni kot2 ada yang boleh tlg..kalau ada yg nak bagi bantuan or nak tgok keadaan tok tu boleh pi motel tu sendiri.btw tok tu kaki dia pun sakit..
P/s: tlg share post ni bnyak2 agar tok ni dapat bantuan dan smpai kepada pihak yg berkenaan.sy dah minta kebenaran dari tok tu utk viral kan keadaan dia..sapa2 yg nak pi tgok boleh pi kat motel dlm gambar.”
Semoga nenek dan suaminya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan yang diterima bersama keluarganya. Mereka juga berhak untuk hidup bahagia meniti hari bersama orang tersayang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, peribahasa ini begitu dekat di hati kita bila melihat kecenderungan seorang anak yang sedikit sebanyak akan mengikut bakat atau kebolehan ayah atau ibunya.
Begitu juga halnya dalam berpolitik, antara ratusan calon Pilihan Raya Umum ke -5 (PRU 15), turut membabitkan calon anak-beranak mahupun mempunyai pertalian kekeluargaan yang bertanding di kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pasangan anak beranak yang dimaksudkan adalah dengan tampil bergandingan atas tiket Pejuang di Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi cuba mempertahankan kemenangan masing-masing di kerusi Parlimen Langkawi serta Jerlun.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tidak kurang juga bagi pasangan anak beranak Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang kekal bergandingan merebut kepercayaan pengundi bagi menempah tempat di Dewan Rakyat.
Anwar pada PRU-15 beralih ke Parlimen Tambun, manakala Dr Wan Azizah ke Bandar Tun Razak dan Nurul Izzah pula cuba mempertahankan kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh dengan ketiga-tiga mereka bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
ARTIKEL BERKAITAN :
“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa.” DS Wan Azizah Titip Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-40
Di sini turut di kongsikan seramai 945 calon bertanding di 222 kawasan Parlimen.
P.001: PADANG BESAR
1. Datuk Rushdan Rusmi (PN-PAS)
2. Ko Chu Liang (Warisan)
3. Datuk Zahidi Zainul Abidin (Bebas/IND)
4. Datuk Zahida Zarik Khan (BN-UMNO)
5. Mohamad Saad @ Yahya (PH-Amanah)
P.002: KANGAR
1. Zakri Hassan (PN-Bersatu)
2. Datuk Fathul Bari Mat Jahya (BN-UMNO)
3. Rohimi Shapiee (Warisan)
4. Noor Amin Ahmad (PH-PKR)
5. Nur Sulaiman Zolkapli (Pejuang)
P.003: ARAU
1. Fathin Amelina Fazlie (PH-PKR)
2. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Calon Langsung/Direct Candidate)
3. Datuk Rozabil Abd Rahman (BN-UMNO)
P.004: LANGKAWI
1. Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas/IND)
2. Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Bersatu)
3. Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang)
4. Datuk Armishah Siraj (BN-UMNO)
5. Zabidi Yahya (PH-Amanah)
P.005: JERLUN
1. Dr Abd Ghani Ahmad (PN-PAS)
2. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Pejuang)
3. Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH-PKR)
4. Datuk Othman Aziz (BN-UMNO)
P.006: KUBANG PASU
1. Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail(PN-Bersatu)
2. Mohd Aizuddin Ariffin (PH-PKR)
3. Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang)
4. Datuk Hasmuni Hassan (BN-UMNO)
P.007: PADANG TERAP
1. Razali Lebai Salleh (Pejuang)
2. Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-UMNO)
3. Muaz Abdullah (PH-Amanah)
4. Nurul Amin Hamid (PN-PAS)
P.008: POKOK SENA
1. Noraini Md Salleh (Warisan)
2. Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-PAS)
3. Noran Zamini Jamaluddin (BN-UMNO)
4. Datuk Mahfuz Omar (PH-Amanah)
P.009: ALOR SETAR
1. Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat (Pejuang)
2. Afnan Hamimi Taib Azamuddin (PN-PAS)
3. Fadzil Hanafi (Warisan)
4. Simon Ooi Tze Min (PH-PKR)
5. Nordin Yunus (Bebas/IND)
6. Sofan Feroza Md Yusup (Bebas/IND)
7. Tan Chee Hiong (BN-MCA)
P.010: KUALA KEDAH
1. Dr Azman Ismail (PH-PKR)
2. Syed Araniri Syed Ahmad (Warisan)
3. Ulya Aqamah Husamudin (Pejuang)
4. Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-PAS)
5. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (BN-UMNO)
P.011: PENDANG
1. Datuk Awang Hashim (PN-PAS)
2. Datuk Zulkifly Mohamad (PH-PKR)
3. Abdul Rashid Yob (Pejuang-Gagasan Bangsa)
4. Datuk Suraya Yaacob (BN-UMNO)
P.012: JERAI
1. Zulhazmi Shariff (PH-DAP)
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (BN-UMNO)
3. Sabri Azit (PN-PAS)
4. Datuk Nizam Mahshar (Pejuang-Gagasan Bangsa)
P.013: SIK
1. Maizatulakmam Othman @ Ibrahim (BN-UMNO)
2. Datuk Latipah Md Yatim (PH-Amanah)
3. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-PAS)
P.014: MERBOK
1. Khairul Anuar Ahmad (Warisan)
2. Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin (BN-UMNO)
3. Nor Azrina Surip (PH-PKR)
4. Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Bersatu)
5. Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak (Pejuang-IMAN)
P.015: SUNGAI PETANI
1. Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-PKR)
2. Tan Chow Kang @ Tan Joon Long (PRM)
3. Datuk Marzuki Yahya (Pejuang)
4. Dr Robert Ling Kui Ee (PN-Bersatu)
5. Datuk Shahanim Mohamad Yusoff (BN-UMNO)
P.016 BALING
1. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN)
2. Cikgu Johari Abdullah (PH)
3. Lt Kol (B) Basir Ab Rahman (PEJUANG)
4. Ustaz Hassan Saad (PN)
P.017: PADANG SERAI
1. Hamzah Abd Rahman (Pejuang-Putra)
2. M. Karupaiya (PH-PKR)
3. Datuk C. Sivaraj (BN-MIC)
4. Datuk Azman Nasrudin (PN-Bersatu)
5. Mohd Bakhri Hashim (Warisan)
6. Sreanandha Rao (Bebas/IND)
P.018 KULIM BANDAR BAHARU
1. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH)
2. Cikgu Roslan Hashim (PN)
3. Mohd Yusrizal Yusoff (PEJUANG)
4. Datuk Muhar Hussain (BN)
P.019: TUMPAT
1. Khairul Azuan Kamarrudin(Warisan)
2. Datuk Mumtaz Md Nawi(PAS)
3. Che Muhammad Asemari Che Ali(Putra)
4. Wan Mohd Johari Wan Omar(PH-Amanah)
5. Datuk Che Abdullah Mat Nawi(BN-Calon Langsung)
P.020: PENGKALAN CHEPA
1. Mohamad Redzuan Razali(Bebas/IND)
2. Nik Faizah Nik Othman(PH-Amanah)
3. Wan Ahmad Nasri Wan Ismail(Putra-Pejuang)
4. Datuk Ahmad Marzuk Shaary(PAS)
5. Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin(BN-UMNO)
P.021: KOTA BHARU
1. Datuk Seri Takiyuddin Hassan(PAS)
2. Dr Hafidzah Mustakim(PH-Amanah)
3. Datuk Seri Rosmadi Ismail(BN-UMNO)
4. Andy Tan @ Awang(PRM)
5. Datuk Dr Che Musa Che Omar(Putra)
6. Izat Bukhary(Bebas)
P.022: PASIR MAS
1. Datuk Husam Musa(PH-Amanah)
2. Ahmad Fadhli Shaary(PAS)
3. Datuk Ab Ghani Harun(BN-UMNO)
4. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif(Putra)
P.023: RANTAU PANJANG
1. Datuk Dr Ibrahim Ali(Putra)
2. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff(PAS)
3. Mohd Zain Ismail(PRM)
4. Zulkarnain Yusoff(BN-UMNO)
5. Wan Shah Jihan Wan Din(PH-Amanah)
P.024: KUBANG KERIAN
1. Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah(PH-Amanah)
2. Mohamad Rizal Razali(Putra-Pejuang)
3. Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi(BN-UMNO)
4. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man(PAS)
P.025: BACHOK
1. Mohd Syahir Che Sulaiman(PAS)
2. Nor Azmiza Mamat(PH-PKR)
3. Mohd Zulkifli Zakaria(Bebas/IND)
4. Kamarul Azam Osman(Putra)
5. Datuk Mohd Zain Yasim(BN-UMNO)
P.026: KETEREH
1. Rahimi L Muhamud(PH-PKR)
2. Marzuani Ardila Ariffin(BN-UMNO)
3. Mejar Jen (B) Datuk Khlir Mohd Nor(PAS-Bersatu)
4. Hanif Ibrahim(Putra)
P.027: TANAH MERAH
1. Bakri @ Mohd Bakri Mustapha(BN-UMNO)
2. Mohamad Suparadi Md Noor(PH-PKR)
3. Mohd Nasir Abdullah(Putra)
4. Nik Sapeia Nik Yusof(Bebas/IND)
5. Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz(PAS-Bersatu)
P.028: PASIR PUTEH
1. Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar(Putra-Pejuang)
2. Datuk Zawawi Othman(BN-UMNO)
3. Muhammad Husain(PH-Amanah)
4. Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh(PAS)
P.029: MACHANG
1. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub(BN)
2. Mejar (B) Muhamad Seman (PUTRA)
3. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PAS)
4.Rosli Allani S Abdull Kadir (PH)
P.030: JELI
1. Dr Muhammad Daud(Putra)
2. Zahari Kechik(PAS-Bersatu)
3. Norwahida Patuan(BN-UMNO)
4. Md Radzi Wahab(PH-Amanah)
P.031: KUALA KRAI
1. Abdul Latiff Abdul Rahman(PAS)
2. Datuk Mohamed Zulkepli Omar(BN-UMNO)
3. Norashikin Che Omar(Putra-Pejuang)
4. Mohd Hisyamuddin Ghazali(PH-Amanah)
P.032: GUA MUSANG
1. Tengku Razaleigh Hamzah(BN-UMNO)
2. Datuk Mohd Azizi Abu Naim(PAS-Bersatu)
3. Dr Samsu Adabi Mamat(Putra-Pejuang)
4. Asharun Uji(PH-PKR)
P.033: BESUT
1. Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh(PAS)
2. Datuk Wan Nazari Wan Jusoh(Pejuang)
3. Abd Rahman @ Abd Aziz Abas(PH-Amanah)
4. Datuk Nawi Mohamad(BN-UMNO)
P.034: SETIU
1. Abdul Rahman Mat Yasin(BN-UMNO)
2. Shaharizukirnain Abd Kadir(PAS)
3. Mohamad Ngah(PH-PKR)
4. Wan Adnan Wan Ali(Pejuang)
P.035: KUALA NERUS
1. Datuk Dr Alias Razak(PAS)
2. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliBN-Calon Langsung/Direct Candidate
3. Azaha Wahid(Pejuang-Putra)
4. Datuk Seri Suhaimi Hashim(PH-Amanah
P.036: KUALA TERENGGANU
1. Datuk Dr Alias Razak(PAS)
2. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliBN-Calon Langsung/Direct Candidate
3. Azaha Wahid(Pejuang-Putra)
4. Datuk Seri Suhaimi Hashim(PH-Amanah)
P.037: MARANG
1. Tan Sri Abdul Hadi Awang(PAS)
2. Jasmira Othman(BN-UMNO)
3. Zarawi Sulong(Pejuang-Putra)
4. Azhar Ab Shukur(PH-Amanah)
P.038: HULU TERENGGANU
1. Datuk Rozi Mamat(BN-UMNO)
2. Mohd Khadri Abdullah(Pejuang-Putra)
3. Datuk Rosol Wahid(PAS-Bersatu)
4. Alias Ismail(PH-PKR)
P.039: DUNGUN
1. Ghazali Ismail(Bebas/IND)
2. Noraisah Hasan(Pejuang)
3. Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad(PH-PKR)
4. Nurhisam Johari(BN-UMNO)
5. Wan Hassan Mohd Ramli(PAS)
P.040: KEMAMAN
1. Rosli Ab Ghani (Pejuang)
2. Che Alias Hamid(PAS)
3. Datuk Seri Ahmad Said(BN-UMNO)
4. Hasuni Sudin(PH-PKR)
P041 KEPALA BATAS
1. Dr Siti Mastura Mohamad (PN)
2. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN)
3. Danial Abdul Majed (PH+MUDA)
P.042 TASEK GELUGOR
1. Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN)
2. Muhammad Yusoff Mohd Noor (BN)
3. Abdul Halim Sher Jung (GTA)
4. Razak Ridzuan (PH)
5. Mohd Akmal Azhar (WARISAN)
P.043: BAGAN
1. Dr Tan Chuan Hong(BN-MCA)
2. Lim Guan Eng(PH-DAP)
3. Oh Teik Choon(PN-Bersatu)
4. Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar(Pejuang-IMAN)
P.044: PERMATANG PAUH
1. Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN-UMNO)
2. Muhammad Fawwaz Mohamad Jan(PN-PAS)
3. Mohd Nasir Othman(Pejuang-Putra)
4. Nurul Izzah Anwar(PH-PKR)
P.045: BUKIT MERTAJAM
1. Sim Chee Keong(PH-DAP)
2. Tan Yang Pang (BN-MCA)
3. Koh Tien Yew(PN-PAS)
P.046: BATU KAWAN
1. Lee Ah Leong(PRM)
2. Chow Kon Yeow(PH-DAP)
3. Datuk Tan Lee Huat (BN-MCA)
4. Wong Chia Zhen(PN-Gerakan)
5. Ong Chin Wen(Warisan)
P.047: NIBONG TEBAL
1. Fadhlina Sidek(PH-PKR)
2. Datuk Dr Mansor Othman(PN-Bersatu)
3. Datuk Seri Thanenthiran Ramankutty(BN-MMSP)
4. Goh Kheng Huat(Bebas/IND)
P.048: BUKIT BENDERA
1. Syerleena Abdul Rashid(PH-DAP)
2. Teh Yee Cheu(PRM)
3. Hng Chee Wey(PN-Gerakan)
4. Huan Xin Yun(BN-PCM)
5. Razalif Mohamad Zain(Bebas/IND)
P.049: TANJONG
1. Lim Hui Ying(PH-DAP)
2. Tan Kim Nee(BN-MCA)
3. H’ng Khoon Leng(PN-Gerakan)
P.051: BUKIT GELUGOR
1. Thinagaranabhan Padmanabhan(PN-Bersatu)
2. Ramkarpal Singh Karpal Singh(PH-DAP)
3. Wong Chin Chong(BN-MCA)
P.052: BAYAN BARU
1. Saw Yee Fung(BN-MCA)
2. Ooi Chuan Aun(Warisan)
3. Ravinder Singh Mall Singh (PRM)
4. Kan Chee Yuen(Bebas/IND)
5. Sim Tze Tzin(PH-PKR)
6. Oh Tong Keong(PN-Gerakan)
P.053: BALIK PULAU
1. Datuk Shah Headan Ayoob Shah(BN-UMNO)
2. Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik(PH-PKR)
3. Datuk Seri Johnny Ch’ng Ewe Gee (Bebas/IND)
4. Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid(PN-Bersatu)
5. Datuk Seri Sabaruddin Ahmad(Bebas/IND)
6. Fazli Mohammad(Pejuang)
P.054: GERIK
1. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (BN-UMNO)
2. Fathul Huzir Ayob (PN-Bersatu)
3. Ahmad Tarmizi Mohd Jam (PH-DAP)
P.055 LENGGONG
1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO)
2. Jurey Latiff Mohd Rosli (PH-PKR)
3. Muhamad Rif’aat Razman (PN-PAS)
P.056: LARUT
1. Auzaie Fadzlan Shahidi (Pejuang-Berjasa)
2. Zolkharnain Abidin (PH-Amanah)
3. Mohd Shafiq Fhadly Mahmud (BN-UMNO)
4. Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Bersatu)
P.057: PARIT BUNTAR
1. Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa (PH-Amanah)
2. Imran Mohd Yusof (BN-UMNO)
3. Rohijas Md Sharif (Pejuang)
4. Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-PAS)
P.058: BAGAN SERAI
1. Datuk Idris Ahmad (PN-PAS)
2. Ahmad Luqman Ahmad Yahaya (Pejuang)
3. Zul Helmi Ghazali (BN-UMNO)
4. Siti Aishah Shaik Ismail (PH-PKR)
P.059: BUKIT GANTANG
1. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bersatu)
2. Mohd Shukri Mohd Yusoff (Pejuang)
3. Fakharuldin Mohd Hashim (PH-Amanah)
4. Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (BN-UMNO)
P.060: TAIPING
1. Neow Choo Seong(BN-MCA)
2. M. Mohganan (Bebas/IND)
3. Wong Kah Woh(PH-DAP)
4. Datuk See Tean Seng(PN-Gerakan)
5. Dr A. Rama Moorthy @ Steven Ram(Bebas/IND)
6. Leow Thye Yih(Bebas/IND)
P.061: PADANG RENGAS
1. Kapten Azahari Hasan(PN-Bersatu)
2. Datuk Mohd Arrif Abdul Majid(BN-UMNO)
3. Muhammad Kamil Abdul Munim(PH-PKR)
P.062 SUNGAI SIPUT
1. R. Indrani (Bebas/IND)
2. Baharudin Kamarudin (Bebas/IND)
3. Tan Sri S.A. Vigneswaran (BN-MIC)
4. S. Kesavan (PH-PKR)
5. Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (Pejuang)
6. N. Rajah (Bebas/IND)
7. Datuk Seri G. Irudianathan (PN-Bersatu)
P.063: TAMBUN
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-PKR)
2. Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN-UMNO)
3. Abdul Rahim Tahir (Pejuang-Calon Langsung/Direct Candidate)
4. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN-Bersatu)
P.064: IPOH TIMOR
1. Nor Afzainizam Salleh (PN-BERSATU)
2. Ng Kai Cheong (BN-MCA)
3. Lee Chuan How (PH)
P.065: IPOH BARAT
1. Low Guo Nan (BN-MCA)
2. M. Kulasegaran (PH-DAP)
3. Chek Kwong Weng (PN-Gerakan)
4. Tan Sri M. Kayveas (Bebas-IND)
P.066: BATU GAJAH/b>
1. Teoh Chin Chong (BN-MCA)
2. V. Sivakumar (PH-DAP)
3. Woo Cheong Yuen (PN-Gerakan)
P.067: KUALA KANGSAR
1. Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid(PN-Bersatu)
2. Datuk Maslin Sham Razman(BN-UMNO)
3. Yusmalia Mohamad Yusof(Pejuang)
4. Ahmad Termizi Ramli(PH-Amanah)
P.068: BERUAS
1. Datuk Ngeh Koo Ham(PH-DAP)
2. Ong Kean Sing(PN-Gerakan)
3. Ding Siew Chee(BN-MCA)
P.069: PARIT
1. Muhammad Ismi Mat Taib (PN-PAS)
2. Nurthaqaffah Nordin (PH-Amanah)
3. Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-UMNO)4. Faizol Fadzli Mohamed (Pejuang)
P.070: KAMPAR
1. Datuk Lee Chee Leong (BN-MCA)
2. Wong Oi Foon (PN-Gerakan)
3. Chong Zhemin (PH-DAP)
4. Leong Cheok Lung (Warisan)
P.071: GOPENG
1. Muhammad Farhan Abdul Rahim (PN-Bersatu)
2. Ting Zhao Song (BN-MCA)
3. Tan Kar Hing (PH-DAP)
4. G. Balachandran (Warisan)
P.072: TAPAH
1.K Saraswathy ( PH)
2.Datuk Muhammad Yadzan Mohammad (PN)
3.Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin ( WARISAN)
4.Datuk M Sarawanan (BN)
5.M Kathiravan ( Bebas – Simbol Kunci)
6.Mior Nor Haidir Suhaimi (GTA)
P.074: LUMUT
1. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-UMNO)
2. Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Amanah)
3. Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Bersatu)
4. Mohd Isnin Ismail @ Ibrahim Khan (Warisan)
5. Mazlan Abdul Ghani (Pejuang)
P.075 BAGAN DATUK
1. Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN-Bersatu)
2. Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail (Bebas/IND)
3. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-PKR)
4. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO)
P.076 TELUK INTAN
1. Zainol Fadzi Paharudin (PN-BERSATU)
2. Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (PEJUANG)
3. Murugiah Thopasamy (BN-MIC)
4. Nga Kor Ming (PH)
P.077 TANJONG MALIM
1. Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (PN-BERSATU)
2. Chang Lih Kang (PH-PKR)
3. Amir Hamzah Abdul Rajak (PEJUANG-IMAN)
4. Mah Hang Soon (BN-MCA)
5. Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas)
6. Izzat Johari (Bebas)
P.078: CAMERON HIGHLANDS
1. Ramli Mohd Nor (BN UMNO)
2. Abdul Rasid Bin MohamedAli (PN-BERSATU)
3. Chiong Yoke Kong (PH-DAP)
P.079: LIPIS
1. Datuk Mohamad Shahrum Osman(PN-Bersatu)
2. Aishaton Abu Bakar(Pejuang)
3. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji(PH-DAP)
4. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad(BN-UMNO)
P.080: RAUB
1. Chow Yu Hui(PH-DAP)
2. Norkhairul Anuar Mohamed Nor(Pejuang)
3. Datuk Chong Sin Woon(BN-MCA)
4. Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim(PN-Bersatu)
P.081: JERANTUT
1. Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan(PH-PKR)
2. Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar(BN-UMNO)
3. Khairil Nizam Khirudin(PN-PAS)
P.082: INDERA MAHKOTA
1. Dr Mohamad Nor Sundari(Pejuang-Berjasa)
2. Datuk Seri Saifuddin Abdullah(PN-Bersatu)
3. Zuraidi Ismail(PH-PKR)
4. Datuk Quek Tai Seong(BN-MCA)
P.083: KUANTAN
1. Datuk Ab Hamid Mohd Nazahar(BN-UMNO)
2. Fuziah Salleh(PH-PKR)
3. Wan Razali Wan Nor(PN-PAS)
4. Anuar Mohd Tajuddin(Pejuang)
P.084: PAYA BESAR
1. Aireroshairi Roslan(PN-PAS)
2. Rosminahar Mohd Amin(Pejuang)
3. Ahmad Azam Mohamad Salleh(PH-Amanah)
4. Datuk Mohd Shahar Abdullah(BN-UMNO)
P.085: PEKAN
1. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali(BN-UMNO)
2. Mohd Naim Zainal Abidin(PH-PKR)
3. Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin(Bebas/IND)
4. Mohammad Radhi Abdul Razak(Pejuang)
5. Mohd Fadhil Noor Abdul Karim(PN-PAS)
P.086: MARAN
1. Muhamad Hafiz Ishak(Bebas/IND)
2. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin(BN-UMNO)
3. Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib(PN-PAS)
4. Ahmad Shuhor Awang(PH-Amanah)
P.087: KUALA KRAU
1. Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said(BN-UMNO)
2. Kamal Ashaari(PN-PAS)
3. Juhari Osman(PH-Amanah)
4. Datuk Dr Shahruddin Mohamed Salleh(Pejuang)
P.088: TEMERLOH
1. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin(BN-UMNO)
2. Salamiah Mohd Nor(PN-PAS)
3. Mohd Hasbie Muda(PH-Amanah)
4. Aminuddin Yahaya(Pejuang-Gagasan Bangsa)
P.089: BENTONG
1. Mohd Khalil Abdul Hamid(Bebas/IND)
2. Young Syefura Othman(PH-DAP)
3. Tan Sri Liow Tiong Lai(BN-MCA)
4. Datuk Roslan Hassan(PN-Bersatu)
5. Wong Tack(Bebas/IND)
P.090: BERA
1. Asmawi Harun(PN-Bersatu)
2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(BN-UMNO)
3. Abas Awang(PH-PKR)
P.091: ROMPIN
1. Hamizi Hussain(Bebas/IND)
2. Datuk Seri Hasan Arifin(BN-UMNO)
3. Datuk Abdul Khalib Abdullah(PN-Bersatu)
4. Erman Shah Jaios(PH-PKR)
P.092: SABAK BERNAM
1. Idris Md Yusof(Pejuang-Gagasan Bangsa)
2. Datuk Dr Abd Rahman Bakri(BN-UMNO)
3. Kalam Salan(PN-Bersatu)
4. Shamsul Ma’arif Ismail(PH-Amanah)
P.093: SUNGAI BESAR
1. Datuk Seri Jamal Md Yunos(BN-UMNO)
2. Asmawar Samat @ Samad(Pejuang-Putra)
3. Datuk Muslimin Yahaya(PN-Bersatu)
4. Saipolyazan Mat Yusop(PH-PKR)
P.094: HULU SELANGOR
1. Azlinda Baroni (Bebas/IND)
2. Datuk T. Mohan (BN-MIC)
3. Harumaini Omar (Pejuang)
4. Dr. N. Sathia Prakash (PH-PKR)
5. Haniza Talha (PBM)
6. Mohd
Hasnizan Harun (PN-PAS)
P095 PARLIMEN TANJONG KARANG
1. Azlan Sani Zawawi (PEJUANG)
2. Mohd Rosni Mastol (Bebas)3. Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN)
4. Siti Rahayu Baharin (PH+MUDA)
5. Datuk Habibah Mohd Yusof (BN)
P.096: KUALA SELANGOR
1. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz(BN-UMNO)
2. Mohd Shaid Rosli(Pejuang)
3. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad(PH-Amanah)
4. Mohd Noor Mohd Sahar(PN-PAS)
P.097: SELAYANG
1. Datuk Abdul Rashid Asari(PN-Bersatu)
2. Chan Wun Hoong(BN-MCA)
3. Sallehudin Amiruddin(Pejuang)
4. Muhammad Zaki Omar (Bebas/IND)
5. William Leong Jee Keen(PH-PKR)
P.098: GOMBAK
1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali(PN-Bersatu)
2. Datuk Seri Amirudin Shari(PH-PKR)
3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir(Pejuang-Putra)
4. Zulkifli Ahmad(Bebas/IND)
5. Datuk Megat Zulkarnain Omardin(BN-UMNO)
P.099: AMPANG
1. Rodziah Ismail(PH-PKR)
2. Ivone Low Yi Wen(BN-MCA)
3. M Raveendran(Bebas/IND)
4. Datuk Zuraida Kamaruddin(PBM)
5. Dr Nurul Ashikin Mabahwi(Pejuang)
6. Lai Wai Chong(Warisan)
7. Sasha Lyna Abdul Latif(PN-Bersatu)
8. Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos(Bebas/IND)
9. Tan Hua Meng(Bebas/IND)
P.100: PANDAN
1. Rafizi Ramli(PH-PKR)
2. Tan Sri Ong Tee Keat(Warisan)
3. Muhammad Farique Zubir Albakri(PN-PAS)
4. Nadia Hanafiah(Pejuang-Gagasan Bangsa)
5. Datuk Leong Kok Wee(BN-MCA)
P.101: HULU LANGAT
1. Mohd Sany Hamzan(PH-Amanah)
2. Datuk Markiman Kobiran(Pejuang)
3. Abdul Rahman Jaafar(Warisan)
4. Datuk Johan Abd Aziz(BN-UMNO)
5. Mohamed Noortheen Ahamed Mustafa(Bebas/IND)
6. Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif(PN-Bersatu)
P.102: BANGI
1. Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir(PN-PAS)
2. Jamal Hisham Hashim(Bebas/IND)
3. Datuk Hoh Hee Lee(BN-MCA)
4. Muhammad Fauzi Hasim(Bebas/IND)
5. M. Suthan (Bebas/IND)
6. Chee Chee Meng(PRM)
7. Syahredzan Johan(PH-DAP)
8. Annuar Salleh(Pejuang-Berjasa)
P.103: PUCHONG
1. Yeo Bee Yin(PH-DAP)
2. Kuan Chee Heng(Bebas/IND)
3. Datuk Seri Syed Ibrahim Kader(BN-KIMMA)
4. Chew Jyh Gang(PN-Gerakan)
P.104: SUBANG
1. Ang Hiang Ni(PN-Gerakan)
2. Dr Kow Cheong Wei(BN-MCA)
3. Wong Chen(PH-PKR)
P.105: PETALING JAYA
1. Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor(PRM)
2. K.J. John Joan Kuruvilla(Bebas/IND)
3. Chew Hian Tat(BN-MCA)
4. Mazween Mokhtar(Pejuang-Gagasan Bangsa)
5. Theng Book (PN-Bersatu)
6. Lee Chean Chung(PH-PKR)
P.106: DAMANSARA
1. Gobind Singh Deo(PH-DAP)
1. Lim Si Ching(PN-Gerakan)
2. Tan Gim Tuan(BN-MCA)
P.107: SUNGAI BULOH
1. Ahmad Jufliz Faiza (PRM)
2. Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang)
3. Nurhaslida Basri (Bebas/IND)
4. Khairy Jamaluddin (BN-UMNO)
5. Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas/IND)
6. Datuk R. Ramanan (PH-PKR)
7. Mohd Ghazali Md Hamin (PN-PAS)
P.108: SHAH ALAM
1. Azli Yusof (PH)
2. Muhammad Rafique Rashid Ali (GTA)
3. Hizatul Isham Abdul Jalil (BN)
4. Dr Afif Bahardin (PN)
P.109: KAPAR
1. Muhammad Noor Azman @ Noor Hizam(BN-UMNO)
2. Daroyah Alwi(PBM)
3. Mohd Pathan Hussin(Pejuang-Berjasa)
4. Dr. Halimah Ali(PN-PAS)
5. Rahim Awang(Warisan)
6. VP Sevelinggam (Bebas/IND)
7. Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid(PH-PKR)
P.110: KLANG
1. P. Jaya Chandran(PN-Bersatu)
2. Mohd Hedrhin Ramli(Bebas/IND)
3. Tee Hooi Ling(BN-MCA)
4. Loo Cheng Wee(Warisan)
5. S. Chandrasegar(PRM)
6. V Ganabatirau(PH-DAP)
7. JR Deepak Jaikishan(Bebas/IND)
P.111: KOTA RAJA
1. Fahmi Bazlan Muda(Pejuang-Berjasa)
2. Mohamed Diah Baharun(PN-PAS)
3. K. Kumar(Bebas/IND)
4. D. Kajendran(BN-MIC)
5. Mohamad Sabu(PH-Amanah)
6. P Raveetharan(Bebas/IND)
7. Sarah Afiqah Zainol Arif(PRM)
8. S Surendhar(Bebas/IND)
P.112: KUALA LANGAT
1. Zanariah Jumhuri(Bebas/IND)
2. Datuk M. Mohana(BN-MIC)
3. Ridzuan Abdullah(Pejuang-Gagasan Bangsa)
4. Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi(PN-PAS)
5. M. Ganeskumar (PRM)
6. G. Manivanan(PH-PKR)
P.113: SEPANG
1. Mohd Syahrul Amri Mat Sari(Bebas/IND)
2. Datin Che Asmah Ibrahim (Pejuang)
3. Mohd Daud Leong Abdullah(PUR)
4. Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu(PH-Amanah)
5. M Muneswaran(Bebas/IND)
6. Datuk Seri Rina Mohd Harun(PN-Bersatu)
7. Anuar Basiran(BN-UMNO)
8. R Nageswaran (PRM)
P.115: BATU
1. Siti Kasim(Bebas/IND)
2. Tian Chua(Bebas/IND)
3. P Prabakaran(PH-PKR)
4. Zulkifli Fattah(Bebas/IND)
5. Too Gao Lan(Bebas/IND)
6. Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang)
7. Azhar Yahya (PN-PAS)
8. Naganathan Pillai(Warisan)
9. A Kohilan Pillay(BN-MIC)
10. Nur Fathiah Syazwana @ Cleo(Bebas/IND)
P.116: WANGSA MAJU
1. Zahir Hassan(PH-PKR)
2. Wee Choo Keong(Warisan)
3. Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah(BN-UMNO)
4. Raveentheran Suntheralingam (Bebas/IND)
5. Nuridah Mohd Salleh(PN-PAS)
6. Norzaila Arifin(Pejuang-Putra)
P.117: SEGAMBUT
1. V. Prabagaran(PN-Gerakan)
2. Datuk Daniel Ling Sia Chin(BN-MCA)
3. Hannah Yeoh(PH-DAP)
P.119 TITIWANGSA
1. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN)
2. Khalid Abdul Samad (PH)
3. Dr Rosni Adam (PN)
4. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (GTA)
P.120: BUKIT BINTANG
1.Chen Win Keong(PN-Bersatu)
2.Fong Kui Lun(PH-DAP)
3.Tan Teik Peng(BN-MCA)
P.121: LEMBAH PANTAI
1.Noor Asmah Mohd Razalli(Pejuang-Putra)
2. Fauzi Abu Bakar(PN-PAS)
3.Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil(PH-PKR)
4. Datuk Ramlan Shahean @ Askolani(BN-UMNO)
P.122: SEPUTEH
1. Lee Kah Hing(BN-MCA)
2. Alan Wong Yee Yeng(PN-Gerakan)
3. Lian Choy Ling(Bebas/IND)
4. Teresa Kok Suh Sim(PH-DAP)
5. Lee Wai Hong(Bebas/IND)
P.123: CHERAS
1. Tan Kok Wai(PN-DAP)
2. Chong Yew Chuan(BN-MCA)
3. Chin Yoke Kheng(PN-Bersatu)
P.124: BANDAR TUN RAZAK
1. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail(PH-PKR)
2. Datuk Chew Yin Keen(BN-MCA)
3. Datuk Kamarudin Jaffar(PN-Bersatu)
P.125 PUTRAJAYA
1. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)
2. Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN)
3. Dr Noraishah Mydin Abd Aziz ( PH)
4. Mohd Rosli Ramli (GTA)
P.126: JELEBU
1. Ahmad Fakri Abu Samah(Pejuang-Putra)
2. Datuk Seri Jalaludin Alias(BN-UMNO)
3. Datuk Zulkefly Mohamad Omar(PH-Amanah)
4. Zaharuddin Baba Samion(PN-Bersatu)
P.127: JEMPOL
1. Muhammad Noraffendy Mohd Salleh(PN-Bersatu)
2. Mohd Khalid Mohd Yunus(Pejuang-Putra)
3. Datuk Shamsulkahar Mohd Deli(BN-UMNO)
4. Norwani Ahmat(PH-Amanah)
P.128: SEREMBAN
1. Anthony Loke Siew Fook(PH-DAP)
2. Izzat Lesly(BEBAS)
3. Felica Wong (BN-MCA)
4. Mohamad Jani Ismail(Pejuang)
5. Mohd Fadli Che Me(PN-PAS)
P.129: KUALA PILAH
1. Kamarulzaman Kamdias (Pejuang)
2. Datuk Eddin Syazlee Shith (PN)
3. Datuk Azman Idris (Warisan)
4. Nor Azman Mohamad (PH)5. Datuk Adnan Abu Hassan (BN)
P.130: RASAH
1. Ng Kian Nam(BN-MCA)
2. Datuk Choong Vee Hing(PN-Gerakan)
3. Cha Kee Chin(PH-DAP)
P.131: REMBAU
1. Mohd Nazree Mohd Yunus(PN-Bersatu)
2. Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO)
3. Jufitri Joha(PH-PKR)
4. S. Tinagaran(PSM)
5. Ramly Awalluddin(Pejuang)
P.132 PORT DICKSON1. Datuk Seri Aminuddin Harun (PH)
2. Datuk P Kamalanathan (BN)
3. Rafiei Mustapha (PN)
4. Ahmad Idham Ahmad Nadzri (GTA)
P.133: TAMPIN
1. Datuk Mohd Isam Mohd Isa(BN-UMNO)
2. Zamani Ibrahim(Pejuang-Berjasa)
3. Abdul Halim Abu Bakar (PN-PAS)
4. Muhammad Faiz Fadzil(PH-Amanah)
P.134: MASJID TANAH1
. Abdul Hakim Abdul Wahid (BN-UMNO)
2. Datuk Mas Ermieyati Samsudin(PN-Bersatu)
3. Mutalib Uthman (MUDA)
4. Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang)
P.135: ALOR GAJAH
1. Shahril Sufian Hamdan(BN-UMNO)
2. Adly Zahari(PH-Amanah)
3. Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof(PN-Bersatu)
4. Muhammad Nazriq Abdul Rahman(Pejuang-Berjasa)
P.136: TANGGA BATU
1. Ghazali Abu(Pejuang-Putra)
2. Shahril Mahmood(Bebas/IND)
3. Dr Rusnah Aluai(PH-PKR)
4. Bakri Jamaluddin(PN-PAS)
5. Datuk Lim Ban Hong(BN-MCA)
P.137: HANG TUAH JAYA
1. Adam Adli Abd Halim(PH-PKR)
2. Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh(Pejuang)
3. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali(BN-UMNO)
4. Mohd Azrudin Md Idris(PN-Bersatu)
P.138: KOTA MELAKA
1. Khoo Poay Tiong(PH-DAP)
2. Kon Qi Yao(BN-MCA)
3. Suhaime Borhan Hing(PN-Gerakan)
4. Dato’ Dr. Norazlanshah Hazali (Bebas/IND)
P.139: JASIN
1. Datuk Harun Mohamed(PH-Amanah)
2. Datuk Roslan Ahmad(BN-UMNO)
3. Mohd Daud Nasir(Pejuang-Calon Langsung/Direct Candidate)
4. Zulkifli Ismail(PN-PAS)
P.140: SEGAMAT
1. Syed Hairoul Faizey Syed Ali(Pejuang-Putra)
2. Tan Sri M. Ramasamy (BN-MIC)
3. R. Yuneswaran(PH-PKR)
4. P. Poobalan (PN-Bersatu)
P.141: SEKIJANG
1. Md Salleheen Mohamad(BN-UMNO)
2. Uzzair Ismail (PN-Bersatu)
3. Dr Mohd Zohar Ahmad(Warisan)
4. Dr Zaliha Mustafa(PH-PKR)
5. Mohd Saiful Faizal Abd Halim(Pejuang-Putra)
P.142: LABIS
1. Alvin Chang Teck Kiam(PN-Bersatu)
2. Pang Hok Liong(PH-DAP)
3. Datuk Chua Tee Yong(BN-MCA)
P.143 PAGOH
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN)
2. Datuk Seri Razali Ibrahim (BN)
3. Iskandar Shah (PH)
P.144: LEDANG
1. Syed Ibrahim Syed Noh(PH-PKR)
2. Zainal Bahrom A. Kadir(Bebas/IND)
3. Yunus Mustakim(Bebas/IND)
4. Rafidah Ridwan(Pejuang)
5. Datuk Hamim Samuri(BN-UMNO)
6. Zaidi Abd Majid (PN-Bersatu)
P.145: BAKRI
1. RS CHELVA (PN)
2. CHRIS LEE CHING YONG (BN)
3. TAN HONG PIN (PH)
4. HARON JAFFAR (BEBAS
P.146: MUAR
1. Mohd Helmy Abd Latif(BN-UMNO)
2. Abdullah Husin (PN-PAS)
3. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA)
P.147: PARIT SULONG
1. Datuk Seri Noraini Ahmad(BN-UMNO)
2. Dr Abdul Karim Deraman(PN-PAS)
3. Mohd Faizal Dolah (PH-Amanah)
P.148 AYER HITAM
1. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN)
2. Sheikh Umar Baghrib Ali (PH)
3. Muhammad Syafiq A Aziz (PN)
P.149: SRI GADING
1. Aminolhuda Hassan(PH-Amanah)
2. Zanariyah Abdul Hamid(PN-PAS)
3. Datuk Mohd Lassim Burhan(BN-UMNO)
4. Mahdzir Ibrahim(Pejuang)
P.150: BATU PAHAT
1. Onn Abu Bakar (PH-PKR)
2. Zahari Osman@Othman(PRM)
3. Ishak@Mohd Farid Siraj(BN-UMNO)
4. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir(Pejuang)
5. Datuk Mohd Rashid Hasnon(PN-Bersatu)
P.151 SIMPANG RENGGAM
1. Dr Maszlee Malik (PH)
2. Datuk Seri Hasni Mohamad (BN)
3. Kamal Kusmin (GTA)4. Mohd Fazrul Kamat (PN)
P.152: KLUANG
1. Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu(BN-MCA)
2. Wong Shu Qi (PH-DAP)
3. U. Ramendran (Bebas/IND)
4. Dzulkarnain Alias(PN-Bersatu)
P153 SEMBRONG
1. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN)
2. Hasni Abas (PH)
3. Aziz Ismail (PN)
P.154: MERSING
1. Fatin Zulaikha Zaidi (PH-DAP)
2. Ismail Don(Bebas/IND)
3. Muhammad Islahuddin Abas(PN-Bersatu)
4. Nurfatimah Ibrahim(Pejuang)
5. Datuk Abdul Latif Bandi(BN-UMNO)
P.155: TENGGARA
1. Manndzri Nasib(BN-UMNO)
2. M Azhar Palal(Pejuang-Putra)
3. Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PN-PAS)
4. Zuraidah Zainab Mohd Zain(PH-PKR)
P.156: KOTA TINGGI
1. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin(BN-UMNO)
2. Mohamad Ridhwan Rasman (PN-Bersatu)
3. Onn Jaafar(PH-Amanah)
P.157: PENGERANG
1. Fairulnizar Rahmat(PN-Bersatu)
2. Datuk Seri Azalina Othman Said(BN-UMNO)
3. Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (PH-Amanah)
P.158: TEBRAU
1. Jimmy Puah Wee Tse (PH)
2. Mohamad Isa Mohamad Basir (PN)
3. Nicole Wong Siaw Ting (BN)
P159 PASIR GUDANG
1. Noor Azleen Ambrose (BN)
2. Hassan Abdul Karim (PH)
3. Mohammad Raffi Beran (PEJUANG)
4. Mohamad Farid Abdul Razak (PN)
P.160: JOHOR BAHRU
1. Johan Arifin Mohd Ropi(BN-UMNO)
2. Mohd Mohtaj Yacob(PN-Bersatu)
3. Mohd Akhiri Mahmood(Pejuang)
4. Akmal Nasrullah Mohd Nasir(PH-PKR)
P161 PULAI
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN)
2. Loh Kah Yong (PN)
3. Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH)
P.162: ISKANDAR PUTERI
1. Tan Nam Cha (PN-Bersatu)
2. Datuk Jason Teoh Sew Hock (BN-MCA)
3. Liew Chin Tong(PH-DAP)
P.163: KULAI
1. Chua Jian Boon (BN)
2. Teo Nie Ching (PH)
3. Datuk Tan Chin Hock (PN)
P.164: PONTIAN
1. Datuk Isa Ab Hamid(PN-Bersatu)
2. Datuk Seri Ahmad Maslan(BN-UMNO)
3. Shazwan Zdainal Abidin(PH-DAP)
4. Jamaluddin Mohamad(Pejuang)
P.165: TANJUNG PIAI
1. Najwah Halimah Ab Alim(PN-Bersatu)
1. Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-MCA)
3. Lim Wei Jiet (MUDA)
P.166: LABUAN
1. Datuk Seri Ramle Mat Daly(Pejuang-Putra)
2. Datuk Suhaili Abd Rahman(PN-Bersatu)
3. Datuk Bashir Alias(BN-UMNO)
4. Datuk Dr Ramli Tahir(PH-Amanah)
5. Datuk Rozman Isli(Warisan)
6. Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din(PBM)
P.167: KUDAT
1. Datuk Seri Ruddy Awah(GRS-Bersatu)
2. Nur Alya Humaira Usun Abdullah(Pejuang)
3. Rashid Harun(Warisan)
4. Verdon Bahanda(Bebas/IND)
5. Thonny Chee(PH-PKR)
P.168: KOTA MARUDU
1. Mohd Azmi Zulkiflee(Pejuang)
2. Shahrizal Denci(MUDA)
3. Norman Tulang(Bebas/IND)
4. Datuk Jilid Kuminding(Warisan)
5. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili(GRS-PBS)
6. Datuk Wetrom Bahanda(KDM)
P169 KOTA BELUD
1. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (BN)
2. Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)
3. Madeli @ Modily Bangali (PH)
P.170: TUARAN
1. Datuk Seri Madius Tangau(PH-UPKO)
2. Boby Lewat(Bebas/IND)
3. Noortaip Suhaili @ Sualee(Bebas/IND)
4. Jo-Anna Sue Henly Rampas(Warisan)
5. Muminin Norbinsha(Pejuang)
6. Datuk Joniston Bangkuai(GRS-PBS)
P.171: SEPANGGAR
1. Datuk Mohd Azis Jamman(Warisan)
2. Datuk Yakub Khan(BN-UMNO)
3. Yusof Kunchang(Pejuang)
4. Mustapha Sakmud(PH-PKR)
5. Jumardie Lukman(KDM)
P.172: KOTA KINABALU
1. Yeo Yan Yin(Warisan)
2. Marcel Jude(Bebas/IND)
3. Datuk Seri Winston Liaw Kit Siong(KDM)
4. Chan Foong Hin(PH-DAP)
5. Yee Tsai Yiew(GRS-PBS)
P.173: PUTATAN
1. Awang Husaini Sahari(PH-PKR)
2. Datuk Shahelmey Yahya(BN-UMNO)
3. Poyne Tudus @ Patrick Payne(Pejuang-IMAN)
4. Ahmad Mohd Said(Warisan)
P.174: PENAMPANG
1. Datuk Ewon Benedick(PH-UPKO)
2. Richard Jimmy(Bebas/IND)
3. Kenny Chua Teck Ho(GRS-STAR)
4. Datuk Darell Leiking(Warisan)
P.175: PAPAR
1. Nicholas Sylvester @ Berry(Pejuang)
2. Chin Chuan Siong @ Norbert Chin(Bebas/IND)
3. Henry Shim Chee On(PH-DAP)
4. Johnny Sitamin(Bebas/IND)
5. Ahmad Hassan(Warisan)
6. Datuk Armizan Mohd Ali(GRS-Bersatu)
P.176: KIMANIS
1. Datuk Mohamad Alamin(BN-UMNO)
2. Dr Daud Yusof(Warisan)
3. Yusop Osman @ Othman(Pejuang)
4. Rowindy Lawrence(PH-UPKO)
5. Amat Mohd Yusof(KDM)
P.177: BEAUFORT
1. Dikin Musah(PH-PKR)
2. Matlani Sabli (Bebas/IND)
3. Datuk Johan @ Christopher O T Ghani(Bebas/IND)
4. Masri Adul(Warisan)
5. Datuk Siti Aminah Aching(BN-UMNO)
6. Datuk Johair Mat Lani(KDM)
P.178: SIPITANG
1. Datuk Matbali Musah(GRS-Bersatu)
2. Lahirul Latigu(PH-Amanah)
3. Datuk Adnan Puteh(Warisan)
P.179: RANAU
1. Apirin Jahalan @ Taufik Sham(PH-PKR)
2. Datuk Jonathan Yassin(GRS-Bersatu)
3. Azizul Julirin(Pejuang)
4. Markus Siton(Warisan)
5. Datuk Ewon Ebin(PBRS)
P.180: KENINGAU
1. Grelydia Gillod(PH-DAP)
2. Rasinin Koutis(Warisan)
3. Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan(GRS-STAR)
4. Jikulin Nointin @ Anastasius(KDM)
P.182: PENSIANGAN
1. Jamani Derimin @ Gampalid(Pejuang)
2. Siti Noorhasmahwatty Osman(Warisan)
3. Jekerison Kilan(KDM)
4. Datuk Dr Sangkar Rasam(PH-PKR)
5. Datuk Arthur Joseph Kurup(BN-PBRS)
P.183: BELURAN
1. Benedict Asmat(BN-UMNO)
2. Rowiena Rasid(Warisan)
3. Hausing Samsudin @Sudin(Pejuang)
4. Datuk Seri Dr Ronald Kiandee(PN-Bersatu)
5. Felix Joseph Saang(PH-UPKO)
P.184: LIBARAN
1. Nordin Khani(PPRS)
2. Dr Peter Jr Naintin(PH-UPKO)
3. Amdan @ Saban Tumpong(Bebas/IND)
4. Jeffri Pudang(Pejuang)
5. Sh Bokrata Sh Hassan(Warisan)
6. Suhaimi Nasir(BN-UMNO)
P.185: BATU SAPI
1. Liau Fui Fui (PH)
2.Othman B. Ahmad (Bebas)
3.Narseso P. Juanico (Pejuang)4.Khairul Firdaus B.Akhbar Khan (GRS)5.Alias Sani ( Warisan )
P.186: SANDAKAN
1. Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik(Bebas/IND)
2. Lokeman Hazli Azali(Bebas/IND)
3. Lau Chi Keong(GRS-SAPP)
4. Vivian Wong Shir Yee(PH-DAP)
5. Alex Thien(Warisan)
6. Lita Tan Abdullah(Bebas/IND)
P.187: KINABATANGAN
1. Mazliwati Abdul Malek(Warisan)
2. Datuk Seri Bung Moktar Radin(BN-UMNO)
P.188: SILAM
1. Oscar Sia Yu Hock(PH-DAP)
2. Datuk Mohammad Yusof Apdal(Warisan)
3. Datin Maizatul Akmam Alawi(BN-UMNO)
P.189: SEMPORNA
1. Arastam Pandorog(PH-PKR)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal(Warisan)
3. Nixon Abdul Hadi(GRS-Bersatu)
4. Ab Razik @ Ab Rajak Ab Hamid(Pejuang)
P.190: TAWAU
1. Chen Ket Chuin(Warisan)
2. Chin Chee Syn(Bebas/IND)
3. Mohd Salleh Bacho(Bebas/IND)
4. Datuk Christina Liew(PH-PKR)
5. Herman Amdas(Pejuang)
6. Lo Su Fui (GRS-PBS)
P.191: KALABAKAN
1. Dr Nur Aini Abdul Rahman(Pejuang)
2. Andi Muhammad Suryady Bandy(BN-UMNO)
3. Ma’mun Sulaiman(Warisan)
4. Muhamad Dhiauddin Hassan(Bebas/IND)
5. Noraini Abd Ghapur(PH-PKR)
P.192: MAS GADING
1. Sim Min Leong(PBK)
2. Lidang Disen(GPS-PDP)
3. Mordi Bimol(PH-DAP)
P.193 SANTUBON
1. Nancy Shukri (GPS)
2. Affendi Jeman (Bebas)
3. Mohamad Zen Peli (PH)
P.194: PETRA JAYA
1. Datuk Seri Fadillah Yusof(GPS-PBB)
2. Sopian Julaihi(PH-PKR)
3. Datuk Othman Abdillah (SEDAR)
P.195: BANDAR KUCHING
1. Tay Tze Kok (GPS-SUPP)
2. Voon Lee Shan (PSB-Calon Langsung/Direct Candidate)
3. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-DAP)
P.202: SRI AMAN
1. Datuk Seri Doris Sophia Brodie(GPS-PRS)
2. Wilson Entabang(PSB)
3. Datuk Masir Kujat(Bebas/IND)
4. Tay Wei Wei(PH-PKR)
P.203: LUBOK ANTU
1. Tambat @ Jugah Muyang(PN-Bersatu)
2. Dr Johnichal Rayong Ngipa(PSB)
3. Roy Angau Gingkoi(GPS-PRS)
4. Langga Lias(PH-PKR)
P.204: BETONG
1. Patrick Kamis(PH-PKR)
2. Hasbie Satar(Bebas/IND)
3. Dr Richard Rapu @ Aman Begri(GPS-PBB)
P.205: SARATOK
1. Giendam Jonathan Tait(GPS-PDP)
2. Datuk Ali Biju(PN-Bersatu)
3. Ibil Jaya (PH-PKR)
P.206: TANJONG MANIS
1. Yusuf Abd Wahab(GPS-PBB)
2. Zainab Suhaili(PH-Amanah)
P.207: IGAN
1. Ahmad Johnie Zawawi(GPS-PBB)
2. Hud Andri Zulkarnaen(PH-Amanah)
P.208: SARIKEI
1. Datuk Seri Huang Tiong Sii(GPS-SUPP)
2. Roderick Wong(PH-DAP)
P.209: JULAU
1. JOSEPH SALANG GANDUM (GPS)
2. LARRY SNG WEI SHIEN (PBM)
3. SUSAN GEORGE (PBDS)
4. ELLY LAWAI NGALAI (BEBAS)
P.210: KANOWIT
1. Mohd Fauzi Abdullah @ Joseph(PH-PKR)
2. Elli Luhat(Bebas/IND)
3. Datuk Aaron Ago Dagang(GPS-PRS)
4. Chen Nguk Fa(Bebas/IND)
5. Michael Lias(Bebas/IND)
P.211: LANANG
1. Wong Tiing Kiong(Bebas/IND)
2. Priscilla Lau(PSB)
3. Alice Lau Kiong Yieng(PH-DAP)
4. Wong Ching Yong(GPS-SUPP)
P.212: SIBU
1. Oscar Ling Chai Yew(PH-DAP)
2. Clarence Ting Ing Horh(GPS-SUPP)
3. Datuk Seri Wong Soon Koh(PSB)
P.213: MUKAH
1. Datuk Hanifah Hajar Taib(GPS-PBB)
2. Abdul Jalil Bujang(PH-PKR)
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selamat datang tahun 2020! Pastinya bila tahun baru, bermakna ada azam baru yang ingin direalisasikan untuk tahun tersebut. Apatah lagi bila bercakap tentang tahun 2020, ianya begitu istimewa dan unik sekali.
Sejak zaman kanak-kanak lagi kita tertunggu-tunggu untuk berada di tahun 2020 ini, dan alhamdulillah hari ini kita direzekikan dengan usia yang panjang hidup bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Oleh itu, apa sebenarnya azam anda dan pasangan ye untuk tahun ini?
Andai masih keliru, ini disenaraikan 12 azam yang wajar anda dan pasangan lakukan bersama demi hubungan yang membahagiakan. Nak tahu lanjut, jom hadam perkongsian dari Saudara Akhtar Syamir ini yang dikongsikan baru-baru ini di akaun fbnya.
Jom semak.
2020 hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Pelbagai azam tahun baru kita sudah fikirkan. Banyak juga azam tahun-tahun lepas yang kita gagal tunaikan.
Tapi perasan tak yang kebanyakan azam kita itu bersifat individu? Apa kata tahun 2020 ini kita terbitkan azam untuk tingkatkan kualiti perhubungan suami dan isteri juga?
Pada pendapat saya, segalanya bermula dari rumah. Prestasi kita di luar, di tempat kerja, perniagaan, perhubungan dengan orang lain, saudara-mara, adik beradik dan sebagainya, banyak bergantung kepada betapa harmoni dan gembiranya keluarga kita.
Jadi, tidak keterlaluan jika tahun ini kita berazam untuk perhubungan yang lebih berkualiti. Mari kita lihat, bagaimana pecahan azam perhubungan suami isteri.
Kita mulakan dengan deria yang ada pada diri kita.
1. Mata dan Penglihatan – Berazamlah untuk mula melihat gaya tubuh dan air muka pasangan kita. Jika geraknya longlai dan lemah, dia sedang penat. Kita beri dia rehat. Jika pergerakannya agresif, dia sedang marah dan kita beri dia ruang dan masa. Jika mukanya berkerut, dia sedang risau. Kita peluklah dan serap kerisauannya.
2. Telinga dan Pendengaran – Berazamlah untuk mula mendengar. Sama ada suami atau isteri, ada percakapannya yang jelas dan ada percakapannya yang disebut SEKALI sahaja. Mula fokus pada yang sangat jarang disebut itu kerana besar kebarangkalian, itu hasrat hatinya yang paling utama tetapi disimpan.
Mula mendengar dengan teliti apa yang pasangan ungkapkan supaya tiada maklumat yang tertinggal dan boleh mencetus keadaan tegang yang sia-sia di dalam perhubungan.
3. Hidung dan Bau – Berazamlah untuk sentiasa wangi apabila bersama pasangan. Bau badan, bau mulut dan bau ketiak adalah antara bau yang selalu diabaikan bila berada di rumah. Bau yang menyenangkan bakal membawa lebih kemesraan dan jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan kemesraan ini.
4. Kulit dan Sentuhan – Berazamlah untuk selalu menyentuh pasangan. Tidak kira sama ada pegang tangan, pinggang, bahu atau pelukan. Semuanya baik untuk lebih intim. Mulakan di rumah. Sekali sekala apabila berjalan di luar pula, cuba tarik tangan pasangan. Kalau tak boleh lama, sekejap pun sudah mencukupi.
5. Lidah dan Rasa – Berazamlah untuk selalu makan di rumah. Banyak kebaikan makan di rumah sebagai contohnya bahan-bahan yang lebih baik berbanding di luar. Jika anda pandai masak, teruskan memasak. Jika anda kurang pandai, cari inisiatif untuk menambah kemahiran memasak. Terlalu banyak resipi yang mudah untuk dibuat. Saya pasti suami atau isteri akan hargai kesungguhan anda menyediakan makanan buat pasangan.
Selesai bab deria luaran. Kita sentuh pula bab emosi.
6. Tidak kira suami atau isteri, berazamlah untuk mula menjaga emosi pasangan. Jika dia sedang marah, jangan ditambah marahnya. Jika dia sedang sibuk, jangan mengganggunya dengan perkara yang penting. Jika dia terlalu penat, dia perlukan rehat. Jangan dipaksa-paksa.
7. Sebut mengenai rehat, berazamlah untuk mengambil berat masa rehat isteri. Sama ada yang bekerja atau suri rumah. Kedua-duanya penat, penat dan penat. Mereka memang penat dan suami kena mula bantu buat kerja-kerja di rumah. Pilih apa sahaja yang anda boleh biasakan buat dan selalulah buat. Apa sahaja yang boleh memudahkan urusan isteri, itu adalah yang terbaik.
8. Komunikasi yang baik bakal menentukan tahap kualiti perhubungan suami isteri. Berazamlah untuk mula bercakap dengan pasangan. Tanya bagaimana harinya. Tanya apa yang ingin dilakukan nanti. Berbuallah. Berterus teranglah. Berilah teguran dengan baik dan terimalah teguran dengan baik juga. Amalkan komunikasi yang jelas dan tidak disembunyi-sembunyikan.
9. Pujian dan penghargaan adalah elemen penting dalam meningkatkan kualiti perhubungan. Berazamlah untuk memuji pasangan. Dari sekecil-kecil perbuatan, sehinggalah sebesar-besar pengorbanan. Bukan pasangan tidak tahu, tetapi pasangan suka untuk mendengarnya dari mulut orang yang dia cintai sebenarnya. Pujian juga memberi semangat untuk pasangan melakukan sesuatu dengan lebih ikhlas dan gembira.
10. Berazamlah untuk mengendalikan sesuatu isu dengan lebih baik. Kadang-kala, apabila masalah timbul, kita panik dan benda yang kecil boleh jadi pergaduhan yang besar. Fokus pada penyelesaian masalah dan bukannya mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. Membincangkan dan membetulkan yang salah bukanlah satu pertengkaran. Tidak perlu anggap ia begitu. Anggaplah ia sebagai suatu perbincangan yang tidak dipengaruhi emosi.
11. Berazamlah untuk menjaga ketrampilan pasangan. Yang suami, pastikan keperluan penjagaan isteri mencukupi dan isteri, sentiasalah menjaga pemakaian dan penampilan suami. Ia perlu seiring.
12. Yang paling penting. Berazamlah untuk menjaga solat dan mementingkan solat berjemaah bersama pasangan. Solat bersama ini terlalu banyak kebaikannya. Jangan amalkan solat berasingan. Jika ada kesempatan bersama di rumah, solatlah bersama.
________________________________
Itulah serba sedikit cadangan azam tahun baru untuk pasangan suami isteri. Semoga tahun baru ini menjadikan ikatan perhubungan kita semua semakin erat. Ikatan yang erat tidak akan terkesan dengan anasir luar yang merosakkan. Jadikan perhubungan dengan pasangan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.