Apabila tiba masanya Allah akan berikan. Jangan pernah putus asa untuk terus berdoa. Sesungguhnya zuriat itu adalah rezeki buat kita.
Lambat atau cepat, ia mengajar kita erti kesabaran. Memang pahit untuk ditelan tetapi ia menuntut kesabaran yang tinggi.
Begitu juga dengan kisah sebak ini, dimana 22 tahun dia tabah menunggu zuriat. Dia diuji iman dengan ketiadaan zuriat dalam tempoh yang lama. Jangan berprasangka kepada tuhan. Ini tandanya dia sayang hambaNya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
22 tahun tunggu zuriat ‼️ MasyaAllah, sangat kagum dengan kesabaran dan tawakal kakak ni. Dia kawen tahun 2001, ini kali pertama dia mengandung.
Dengar nurse pakat congratulate dia, kita yang sebak. Dia pun berkaca tubir mata duk cerita. Seronok sangat.
Lama tu 22 tahun. Tak pernah mengandung, tak pernah gugur. Dia usia dia macam ni, Allah tiupkan roh zuriat buat dia. Moga sihat sampai bersalin ye kakak. Selamat ibu dan anak.
Edit: ramai pm minta nak kenal kakak ni, minta maaf, saya tak kenal siapa dia. Kami berjumpa di Hospital Taiping tadi. Yang saya tahu namanya Fatimah, tinggal di Taiping.
Ads
MOGA TABAH BAGI YANG MENUNGGU ZURIAT
Surah maryam ayat 4
” Dia (zakaria) berkata, ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa berdoa kepada – Mu ya Tuhanku”
Surah maryam ayat 5
” Sesungguhnya aku bimbang terhadap kerabatku dalam menyempurnakan tugas agama sepeninggalanku, isteriku pula mandul, maka anugerahilah aku seorang anak lelaki yang baik disisi – Mu”
Semoga tuhan berikan kesabaran dan dimakbulkan permintaan untuk orang-orang yang menanti zuriat. Aminn.
Sekali sekala bila anak-anak ada hal dan suami pula ada kerja pada hujung minggu, mesti kita rasa malas hendak masak nasikan? Bukan apa, biasanya kita akan memikirkan siapa pula yang akan makan nasi yang dimasak seperiuk tu. Bimbang juga nanti akan membazir sahaja.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada cara tertentu yang boleh anda lakukan untuk memasak dalam kuantiti yang sedikit (anggaran seorang makan). Istimewanya juga cara ni, nasi yang dimasak tidak akan berkerak. Oleh itu, memang menjimatkan dan memudahkan anda!
Nak tahu bagaimana caranya itu?
Ini telah dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz untuk menyediakan hidangan nasi yang dimasak untuk dua orang. Dan siapa sangka dengan sekali percubaan sahaja memang hasil masakannya sempurna.
Langkah demi langkah :
1- Basuh beras macam biasa
2- Isi dalam mug, anggarkan dalam separuh mug, masuk air secukupnya jangan penuh.
3- Masuk air dalam periuk lebih kurang separuh
4- Masak macam biasa
sumber : Amalina Aziz via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanyalah pada setiap pasangan suami isteri tentang keinginan untuk memiliki rumah sendiri selepas berkahwin. Pasti jawapannya semua orang mahu membeli rumah untuk didiami bersama keluarga tercinta malah jika ada rezeki ingin juga ditambah jumlahnya agar boleh dijadikan aset yang bernilai di kemudian hari.
Pun begitu, hakikatnya pembelian rumah adalah suatu pembelian yang memerlukan komitmen yang besar dan perlu dirancang dengan sebaik mungkin. Pokok pangkalnya bukan pada kemampuan kewangan semata-mata tapi lebih kepada perancangan dan pelaksanaan.
Andai kata merancang untuk menangguhkan pembelian rumah kerana ingin melunaskan terlebih dahulu hutang kereta 9 tahun, adakah ini keputusan yang tepat? Jika itu perancangannya, tanyalah dalam diri adakah 9 tahun akan datang anda mampu membeli rumah yang pastinya harganya menjadi jutaan ringgit.
Sewajarnya jika anda telah membeli kereta awal, tak perlu tunggu hutang kereta habis. Anda ada beberapa cara lain untuk beli rumah dan tip ini telah di kongsikan oleh Haristh Faisal di laman facebooknya, semoga memberi manfaat.
1. Kalau masa beli kereta dulu tu, hutang dengan bank nama suami, kali ni usahakan untuk beli rumah dengan nama isteri pula.
2. Kalau isteri surirumah sepenuh masa, mungkin boleh usaha untuk cari kerja tetap pula. Dah ada payslip, senang sikit.
3. Anda belajarlah dulu cara kira kelayakan. Manalah tahu kot-kot masih layak beli rumah dengan gaji sekarang ni.
4. Kalau tak layak rumah teres dua tingkat, beli teres setingkat. Atau apartmen dulu ke. Tak dapat 1,000sqft, yang 700sqft pun okay.
5. Kalau nak harap gaji suami seorang tak layak, gabung saja gaji suami isteri. Takpa. Nanti boleh refinance bila dah sedia.
6. Kalau anda tak dapat simpan deposit rumah sebab kos selenggaraan kereta yang tinggi ya amat, anda mulakanlah hidup berjimat cermat.
7. Tapi kalau dah berjimat kaw-kaw, masih juga tak dapat menyimpan, anda kenalah cari side income. Banyak benda boleh buat.
8. Kalau tak cukup juga duit, buatlah 2 side income. Tak cukup juga, buat 3 side income. Ikutlah tahap pengorbanan masing-masing.
9. Tak beli rumah sebab risau nanti komitmen tinggi? Buat simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Risau juga? Upgrade jadi 6 bulan gaji.
10. Kalau dah terbeli kereta bayar RM1,000 sebulan, juallah. Memang harga jatuh pun. Nasiblah. Pakai ja kereta bayar RM400.
“Semoga bermanfaatlah ya. Saya bagi idea saja. Yang nak buatnya anda sendiri juga. Yang penting, isteri kena support suami! Dah tahu suami sedang gigih jimat dan cari duit nak beli rumah, janganlah isteri asyik nak travel dan ajak dia shopping benda tak perlu pula.”
Sumber : Haristh Faisal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengurat suami? Biasanya kita mendengar lelaki yang mengurat perempuan. Kali ini giliran si isteri pula untuk memikat hati suami. Jika artikel sebelum ini saya pernah menyentuh tentang suami mengurat isteri, kali ini saya berkongsi ilmu bagaimana isteri mengurat suami.
Keluarga ialah asas dalam kekuatan ummah. Keluarga bahagia akan menjadikan ummah kita kuat. Faktor utama kebahagian sesebuah keluarga ialah kasih sayang. Maka, salah satu kaedah dalam mewujudkan kasih sayang ialah dengan mengurat.
Cuba kita renung kembali zaman sebelum berkahwin. Bagaimana suami berusaha dengan teknik dan gaya masing-masing dalam mengurat bakal isteri. Alangkah manisnya hubungan bila isteri membalas pula dengan mengurat suami.
Jangan asyik ingin dibelai dan dimanja suami, sehingga terlupa untuk membalasnya. Suami juga walaupun nampak macho dan ego yang tinggi.. kononnya, mempunyai perasaan yang sama dengan isteri. Perasaan ingin dihargai. Perasaan ingin disayangi dan dimanja.
Kita semuanya dikurniakan seketul daging yang sama, iaitu hati. Dari hati itu la kita berkongsi rasa yang sama, kita berkongsi keinginan yang sama, dan kita berkongsi jiwa yang sama. Moga perkongsian tips ini dapat memberi manfaat dalam perhubungan kita. Insyaallah.
#1. SENTIASA MANJA DENGAN SUAMI
Suami juga memerlukan layanan ingin di manja. Itu lumrah kejadian manusia. Bagaimana untuk bermanja?
Ada banyak cara. Dengan lirikan mata pun boleh mewujudkan manja. Dengan belaian tangan seorang isteri pun dapat melahirkan perasaan manja.
#2. SENYUM SELALU
Hanya dengan menghadiahkan senyuman, sudah cukup untuk menenangkan hati suami. Senyum dapat menyalurkan aura yang sungguh hebat.
Kepenatan dan keletihan suami dapat diubat hanya dengan senyuman.
Senyum itu satu sedekah. Dari sedekah lah rahmat itu turun.
#3. SENTIASA ROMANTIK
Sifat romantik perlu sentiasa ada dalam perhubungan. Romantik itu boleh wujud dalam pelbagai cara. Layanan seorang isteri juga dapat menimbulkan suasana romantik.
Sekali sekala isteri boleh menyediakan kejutan kepada suami dengan candle light dinner. Air tangan dari masakan seorang isteri adalah makanan terbaik untuk seorang suami.
Layanlah suami umpama raja. Insyaallah..isteri akan dapat layanan bak permaisuri dari suami.
#4. MEMAKAI WANGI-WANGIAN
Wangi-wangian boleh menimbulkan satu aura yang sangat hebat dalam perhubungan. Pelbagai jenis minyak wangi boleh didapati dipasaran. Cuma sahaja tinggal memilih mengikut kegemaran dan kemampuan. Dan pastikan penggunaannya mengikut kesuaian tempat dan masa.
#5. SENTIASA MEMBERIKAN KEJUTAN BERUPA HADIAH
Isteri boleh mewujudkan elemen kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Tidak perlu menunggu ulang tahun perkahwinan atau harijadi.
Hadiah yang simple sahaja sudah cukup bagi suami. Dan pastikan juga hadiah itu disukai oleh suami.
Apa yang penting ialah keilkhlasan isteri dalam memberikan hadiah. Kenanglah ketika suami mengurat dahulu. Pelbagai jenis hadiah diberi dalam usaha untuk memikat hati.
KESIMPULAN
Dalam apa juga perhubungan, kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci utama. Dengan mewujudkan elemen ‘mengurat suami’ dalam hubungan, isteri haruslah bijak mengatur strategi.
Sekiranya ingin menambah ummp dalam mengurat, isteri rajin-rajinlah memakai pakaian yang seksi dihadapan suami. Kompom boleh bikin cair hati dan hidung suami. Jangan asyik memakai pakaian yang sama saja.
Variasikan kaedah moga perhubungan terus bertambah erat tanpa dimakan usia. Dan dalam asyik kita mengurat, jangan terlupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keberkatan dalam perhubungan suami isteri. Mohon agar ikatan yang dipegang kekal erat hingga ke hujung nyawa.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.