
Selain jeruk cili padi, ada juga antara kita gemarkan rasa jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng mahu pun cukup popular untuk melengkapkan lagi sajian cha kiew tiaw yang dijamah. Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurnan.
Untuk itu, mungkin ada yang tercari-cari cara dan bagaimana untuk menyediakan cili jeruk yang enak dan ranggup. Dan bertuahnya, resipi tersebut banyak di kongsikan oleh rakan kita di media sosial dan tanpa lokek berkong tip dan petua bagi menghasilkan cili jeruk yang terbaik.
Ini sebagaimana perkongsian Nurul Nadia di akaun fbnya. Jom semak.
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk…Biasa kalau ada tempahan mee goreng atau mee kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali..Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian..Cili jeruk yang biasa saya buat,boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau…”–Nurul
Bahan-bahan:
Cili hijau (ambil yang segar/keras)
Gula
Garam
Cuka
cara buat :
LANGKAH PERTAMA: Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama,lap pakai tisu, yang penting kering.

LANGKAH KEDUA : Bila dah kering,potong ikut suke ye. Nak cantik, pakai pisau yg betul2 tajam. Lepas dah siap potong. Buang biji-bijinya.

LANGKAH KE TIGA : Masukkan dalam botol kaca, kalau botol lain saya tak jamin fresh. Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam..dalam kes saya ni,saya bubuh 5/6 cili,buh gula dan garam,kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sbb tak nk bagi gula dan garam tumpah. Kemudian masukkan cuka sehinga 2/3 botol…takyah buh penuh cukanya,nanti susah nak ceduk..membazir pun ado).

LANGKAH KE EMPAT : Dah siap,tutupkan botol kaca tu,tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.

AKHIRNYA : Siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.
Tips: Botol dan cili perlu dipastikan betul-betul kering. Kalau tak ,cili jeruk akan cepat diselaputi lapisan putih (kulat).
sumber : Nurul Nadia Dan Azhar Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Injap Jantung Terbalik & Ada Lubang Serius. Tapi Lubang Tu Buat Dia Bernafas.” Ali Puteh Kongsi Anak Kedua Ada Masalah Jantung, Mohon Doa Dari Semua

Bergelar ibu bapa buat kali kedua nyata menambahkan lagi rasa syukur dan gembira buat Ali, pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh.
Disebalik kegembiraan tersebut, Ali memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang kini dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Ainul Mardhiah baru berusia seminggu dan pada mulanya dimasukkan ke wad kerana jaundice.
“Namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, anak saya disahkan mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang,” katanya.
Tambah Ali lagi Ainul Mardhiah dipindahkan daripada Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati ke Hospital Ampang.
Ali juga sedang menunggu jawapan daripada Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan Ainul Mardhiah akan dipindahkan ke sana.

“Menurut doktor pembedahan akan dilakukan dan mengambil masa agak panjang. Saya hanya menanti keputusan daripada doktor pakar di Hospital Serdang.
“Terima kasih yang mendoakan Ainul Mardhiah dan saya harap kawan-kawan semua dapat terus mendoakan kesihatan anak saya dan semoga semua urusan berjalan lancar,” ujarnya.
Reda dengan keadaan Ainul Mardhiah, Ali menganggap ini dugaan buatnya dan isteri serta menyerahkan semuanya kepada Allah SWT selain berusaha untuk memastikan anak keduanya itu kembali sihat.
“InsyaAllah, Allah SWT tidak akan menguji hambanya jika orang itu tidak mampu menghadapi dugaan…Semuanya akan baik,” katanya.
Sementara itu,Melati Fitri Abdullah, isteri kepada Ali turut berkongsi keadaan anak mereka yang dibawa dari Hospital Ampang ke Hospital Serdang, untuk bertemu pakar jantung di sana. Melati telah berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi kemas kini terbarunya di instagram.
View this post on InstagramA post shared by Pn.melsyed (@melatifitri_) on
“Assalamualaikum semua, hari ni adik Ainul dah dibawa ke Hospital Serdang untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung.
“Doktor pakar iaitu, Dr. Oii Yin sahkan adik Ainul menghadapi masalah injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di bahagian tengah.
“Doktor beritahu keadaan adik Ainul agak serius, dan berita baiknya kata doktor, lubang itulah yang membantu adik Ainul bernafas hingga sekarang,” tulisnya.

Tambah Melati lagi, doktor pakar menyarankan pembedahan dijalankan secepat mungkin dan anaknya kini sedang berada dalam pemantauan doktor.
“Doktor sarankan pembedahan dilakukan seawal mungkin dan adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang untuk menanti hari pembedahannya tidak lama lagi, kemungkinan dua hingga tiga minggu dari sekarang.

“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat menghadapi dugaan ini. Saya ibu dan walid kepada adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yang tak henti2 dan banyak bagi saya tips untuk menghadapi situasi macam ni.
“Dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn… ~SALAM SYG DARI ADIK AINUL~~SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH~

Dalam pada itu, Ali turut berkongsi hal yang sama di laman instagramnya.
Harini adik kene transfer checkup kat hospital serdang…walid tau…adik kuat…sikit lagi nnti adik sihat tau…walid ngn ibu tggu adik yerr,” tulisnya.
Sumber: IG syedaliputeh & melatifitri_
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang Lelaki Tak Tahan Perempuan Kuat Membebel. Tapi Mampu Tahan Sakit Bersalin Seperti Isteri Rasai?

Indahnya sesebuah perkahwinan bila mana saling melengkapi. Bantu membantu dan hanya tahu menyerahkan bulat-bulat segala kerja rumah pada isteri.
Lebih-lebih jika isteri suri rumah. Usah jadikan itu satu alasan kerana kerja di rumah lebih berat dan penat berbanding di pejabat.
Sesekali apa salahnya biarkan bahu anda dijadikan tempat isteri bersandar, atau telinga untuk mendengar mungkin bebelan remeh namun mungkin itu boleh memberi ketenangan. Jangan ralit dengan kesibukan sendiri hingga terlepas pandang emosi si isteri.

Dan paling penting, jangan hanya tahu mengherdik atau mengeluarkan kata-kata kesat terutama sekali ketika bersama isteri di luar sana. Jagalah air muka dan perasaan si isteri yang telah banyak berkorban segalanya untuk anda.

Perkongsian oleh seorang guru bernama Ws Adli W Muhammad cukup sebak bila membacanya. Seorang isteri yang hanya mahu bergurau namun herdikan yang diperoleh, hati mana yang tak pilu kan.

Semoga kisah ini menjadi iktibar dan membawa mnafaat untuk semua!
Isteri yang sedang sarat, tangan kiri memegang lengan suaminya, sambil tangan kanan pula memimpin anaknya berjalan perlahan di bahagian barangan elektrik, mengeluarkan suara “Abang, abang tengok tu. Tv tu besar. Siap abang boleh masuk sekali dalam tu, ni ha bawa sekali kakak ni. Abang dengan kakak kan suka tengok tv”.
“Hahaha (gelak yang saja dibuat-buat, 2 kali). Gelaklah juga walaupun tak kelakar. Awak ingat kelakar ke tu?” serius suaminya berkata.
Wajah isteri berubah. Nampak merah-merah mukanya. Muka dia malu sangat. Pandang ke kiri, ke kanan, bimbang-bimbang ada orang memerhati agaknya. Bila terpandang ke arah kami, lekas-lekas dia berjalan ke hadapan lebih 2-3 langkah dari suaminya, cepat dilepaskan pegangan tangannya di lengan suaminya.
“Ha itulah. Buat lawak tak reti, kemudian merajuk. Dulu bolehlah masa kita berdua, ni anak nak masuk dua ingat nak layan sangat rajuk awak tu? Suka sangat buat lawak bodoh” kasar bebel suaminya, tanpa menghiraukan kami yang berada berhampiran.Isteri saya menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat secara langsung seorang suami memalukan isterinya.
Kami beredar. Beralih ke lorong yang ada jual barang-barang aksesori kereta. Ralit kami melihat barang-barang di situ. Selesai , kami berpindah lagi ke lorong barangan lain.
Sampai di satu lorong, kami lihat ada seorang perempuan sedang mengesat-ngesat matanya menggunakan tisu. Itulah perempuan tadi. Yang dikata suaminya suka sangat membuat lawak bodoh.
Kasihan betul melihat suasananya. Anaknya yang dipanggil si kakak itu, sekadar memeluk kaki ibunya. Apalah yang dia tahu tentang perasaan sedih seorang isteri dalam umurnya sementah itu.
Kami tidak pergi merapati dia. Tapi jarak tidaklah jauh sangat. Buat-buat pegang barang yang ada di depan mata. Nampaknya, macam kami nak membawang.
Isteri saya mencuit pinggang saya, minta saya pasang telinga dengar apa perempuan tu berkata pada anaknya. Dia macam tak perasan kami ada di belakangnya.
Saya dengar, sayu “Tak apalah dik, mama selalulah dah macam ni, adik jangan takut. Ayah tak pukul. Ayah cakap sahaja. Tak payahlah pegang kuat sangat kaki mama ni. Susah mama nak berjalan. Mari kita jalan tempat mainan sana, jom”.
Dipimpin tangan anaknya, menghala ke bahagian mainan. Sambil-sambil masih juga dia mengelap matanya. Suaminya sudah tidak kelihatan.
Ya Allah ya Tuhan. Tenangkanlah hati dia. Kurniakanlah dia kegembiraan.
Sebenarnya, peristiwa seperti di atas sudah beberapa kali kami saksikan.
Tetapi, rasanya inilah yang paling teruk. Ada lagi ayat-ayat bebel yang suami dia bagi pada isteri, saya tak masukkan. Apalah dosa si isteri berkata sekadar begitu, untuk melawak je pun. Suka-suka. Bukan menghina.
Isteri anugerah emas dalam keluarga. Dia datang bukan sekadar menemani hidup seorang lelaki. Dia datang bukan sekadar tempat lelaki memuaskan nafsu. Dia datang, tinggalkan jauh keluarganya, sanggup berkorban apa sahaja yang dia ada untuk suaminya. Segala-galanya.
Tenaganya, masanya, jiwanya, malah sakitnya.
Kalian (termasuk saya),
Selalu kita dengar orang lelaki tak tahan dengan orang perempuan yang kuat membebel. Tapi pernahkah kita terfikir, mampukah kita tahan sakit melahirkan anak sepertimana isteri telah lakukan dan rasai?
Dia berhadapan dengan hidup dan mati. Dia sanggup keluarkan darahnya untuk zuriat kita. Tak henti-henti darah mengalir. Setelah lahir si anak, berbulan pula perlu bersabar menunggu jahitan, menanti luka kembali sembuh.
Itupun masih terasa ngilu entah beberapa tahun lagi.
Dia jaga anak dan suaminya sehabis baik. Sibuk dengan memasak, sediakan keperluan. Tak pernah mengeluh. Tak pernah menulis apa kerja dia buat hari ini. Tak pernah tampal kertas nota jadi tatapan suaminya apa yang dia dah lakukan sepanjang hari. Cukup dia sahaja simpan semuanya dalam hati, kekal beri senyuman kepada semua yang ada dalam rumah.
Biar orang bahagia. Bahagian badan dia penat, seksa, sakit-sakit badan, malam nanti dia sapulah sendiri ubatnya tanpa menyusahkan suami untuk membantu.
Apa kita tahu?
Ada yang sorok segala sakit melanda diri, bimbang orang lain terlalu fikirkan diri dia. Cukup dia sahaja yang menanggung. Betapa besar pengorbanan seorang isteri.
Alih-alih, bila dia bergurau, kita layan dia sambil lewa. Kita perli-perli, kita hina dinakan dia. Kata itu lawak bodoh, itu lawak tak bertempat, itu lawak hambar dan tiada apa untuk digembirakan, untuk diketawakan.
Bila dia memasak, terlebih sedikit garam, termasuk lebih bawang, terlepas sedikit lada, kita riuh sebandar mengadu sana sini. Siap bagitahu pada kawan, makanan di rumah tadi tidak menyelerakan, isteri masak tak sedap, lauk tak kena rasa di lidah.
Tak habis di rumah, kita aibkan dia di luar pula.
Tidak seperti isteri.
Kurus melidi macamana pun kita, dia bagitahu kepada kawan-kawan dia, betapa beruntungnya dia dikurnia suami yang gagah perkasa. Boleh angkat itu, boleh angkat ini, boleh dukungnya di dalam rumah. Tunjukkan betapa bahagianya dia hidup bersama kita.
Gemuk besar (macam saya) bentuk badan suaminya, dia akan bercerita, suaminya itulah dulu-dulu menjadi kegilaan makcik-makcik bawang untuk dibuat menantu, jadi kegilaan gadis-gadis kampung untuk bersuamikan suaminya.
Untungnya kata dia, lelaki yang jadi buah mulut orang itu adalah milik dia, peneman hidup dia. Orang lain melepas sahajalah. Untung sangat-sangat. Senyum sepanjang jalan.
Itulah si isteri.
Tak pernah dia malukan kita, tak pernah dia tenyeh-tenyeh peribadi kita di telinga orang lain.
Dia buat lawak, tak kelakar, kita gelaklah macam biasa. Macam kelakar sungguh. Jangan kecilkan hati dia dengan gelak yang dibuat-buat kita. Layanlah cerita dia. Buat-buat tanya, bercakap baik melayan kata-kata seronok dia.
Yang kita kena pegang, dia bukan juara raja lawak mana-mana siri dalam televisyen. Masuk bertanding pun tidak.
Seharian dia penat menguruskan segala, seminggu dia ralit dengan tugasnya di rumah, sebulan dia bersusah payah tanpa mengira letih dirinya dalam menguruskan segala makan pakai, segala keperluan seorang suami dan anak-anak.
Apalah sangat nak berkira-berkira dengannya apabila dia mahu menceriakan dirinya dengan caranya.
Sampailah tahap bila dia membebel, selagi dia tak sakitkan jantung kita, tak ganggu gula-gula dalam badan dan tak tinggi-tinggikan darah kita sampai memancut keluar, biarlah dia berkata-kata melepas segala, itulah caranya dia nak melapangkan segala yang mengganggu kusut dirinya.
Bukan lama pun. Sekejap sahaja begitu.
Ada sikit-sikit perselisihan, selesailah cara baik. Semua dah tua. Tak perlu nak panjang-panjang. Nak buat sesuatu benda yang menyakitkan pasangan masing-masing, fikirlah dulu baik buruknya, fikirlah mana syurga mana neraka.
Yang penting, sama-sama senyum, sama-sama bahagia. Sehingga syurga.
WS Adli W Muhammad,
Suami penyejuk jiwa. Hihi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Beradab Betul. Inilah Didikan Dari Rumah.”Bapa Tak Sengaja Sebut ‘Wey’, Reaksi Anak Tegur Dapat Pujian Ramai!

Anak-anak ibarat kain putih bersih dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya dengan didikan kepada mereka.
Dalam satu perkongsian video ditiktok, gelagat anak kecil bersama bapanya mengundang perhatian ramai.
Menerusi rakaman tersbeut, kelihata dua beranak ini sedang berbual. Telatah comel anak kecil yang dikenali sebagai Yaya nyata mencuri tumpuan.
Gelagat Yaya sememannya menjadi perhatian ramai di sosial media dek kepetahannya berkata-kata. Sudahlah comel bijak pula. Malah, loghat utaranya yang pekat memang cukup menghiburkan.
Menerusi perkongsian terbaru itu, Yaya menegur bapanya yang tanpa senegja terlepas kata dan menyebut perkataan ‘wey’.

Lantas Yaya yang memanggil ayahnya abi terus menegurnya secara berbisik. Berikut adalah rakaman anak kecil bijak tegur bapa yang dikongsikan ini:
@uwaisqalish cara tegur pun sopan betul hehe 😍 #fyp #fypage #cute ♬ original sound – Uwaisqalish
Sumber: Uwaisqalish
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

