Ini tip mudah ketika membersihkan rumah, tidak perlu keluar belanja yang banyak.Cepat dan mudah terutama buat suri rumah dan juga untuk ibu-ibu bekerja yang sibuk.
Hanya dengan cuka, banyak manfaat yang anda peroleh. Tip ini dikongsikan oleh Puan Shida Rahman. Nak tahu jom semak!
Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh ibu-ibu cuba sendiri di rumah.
1. singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Ads
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
Ads
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Ads
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bebola ikan tentunya selain dijadikan bahan tambahan untuk penyedap hidangan seperti bihun goreng dan mee goreng, ia juga boleh dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Ada yang gemar bebola ikan yang dicelup tepung kemudian digoreng, bahkan anak-anak amat menggemari bebola ikan yang dibuat sup dan pelbagai menu lainnya.
Apa yang pasti, untuk mendapatkan bebola ikan atau fishball tersedia dijual di pasaran memang banyak. Pun begitu, ada juga antara kita meragui tahap kebersihan serta cara pemprosesan produk tersebut.
Jadi di sini, wanita ini kongsikan resipi dan langkah demi langkah membuat fishball untuk hasilkan bebola ikan yang tentunya lebih bersih, segar, kenyal dan pastinya halal.
Ini perkongsiannya, selamat mencuba!
Fish ball yang kenyal pasti menjadi kegemaran kita dan anak-anak kan…tapi kebanyakkan dipasaraya yang buatnya ramai yang non muslim..dan bahan dan barang-barang yang digunakan belum tentu bersih dan halal..Insyaallah di sini saya tunjukkan cara buat fishball homemade yang pastinya putih dan kenyal doink..doink..doink..
Bahan-bahan :
300gm ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isi nya putih mesti yang fresh
2 sudu kecik tepung jagung
garam secukup rasa..terpulang kalau nak tambah ajinomoto pun boleh..tak isi lagi bagus..
1/2 sudu kecik lada sulah
air sejuk (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan) dalam peti – adunan nanti macam nak buat cucur pisang tu.
Cara-caranya:
1. Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik…hanya ambil isinya sahaja.
2. Kemudian blend isi ikan hingga hancur
3. Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah
4. Sudah sebati taruk air pula..air ni agak-agak ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat.
5. Kemudian keluarkan adunan dan taruk dalam besen kecil..ambil sikit-sikit dan baling adunan ni dalam bekas tu..buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin.
6. Kemudian ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tengok gambar di bawah)..keluarkan bebola fishball antara dua jari tu
7. Ambil fishball tu guna sudu dan taruk dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dalam 15 minit)
8. Setelah itu barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)
selamat mencuba!!
Ramadan adalah suatu tempoh masa yang sangat istimewa. Bulan ini adalah bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan pastinya antara kita tidak akan melepaskan peluang terbaik untuk meningkatkan ketakwaan dan ibadah kepada Allah swt dengan melakukan amalan fardhu dan sunat.
Apabila menyebut tentang pelaksanaan ibadah yang boleh dilakukan di bulan Ramadan selain bertadarus, bersedekah, berzikir bahkan berselawat ke atas nabi juga amatlah digalakkan. Mudah-mudahan setiap amalan baik yang dilakukan sepanjang Ramadan ini mendapat keredaan Ilahi.
Berkongsi satu kisah anak murid daripada seorang guru ini umpamanya cukup terinspirasi dan menginsafkan, walau dalam apa cara sekali pun anak kecil yang masih dibangku sekolah ini akan memastikan dalam sehari dapat berselawat 1000 kali dengan menandakan di buku latihannya.
Menurut perkongsian gurunya, nama anak ini Saiful Anbiya..ayahnya sudah meninggal ketika beliau darjah 3…ibunya mencari nafkah berkerja di ladang ternakan puyuh..ketika saya masuk kelas tasmik Al Quran kelihatan beliau mencorek2 buku latihannya..
Saya bertanya ” kamu buat apa lorek2 buku macam ni?”
Dia menjawab..
“Ustaz ,setiap kali Saya selawat Saya lorekkan sekali dalam buku ni sebab saya takdak tasbih..Saya target nak selawat 1000 kali macam ustaz selalu pesan..Kan ustaz kata Nabi kenal Kita sangat2 kalau rajin selawat…”
اللهم صل على سيدنا محمد 😪♥️
ALLAHU…..Saya tersentuh lagi pagi ni…anak-anak didik saya ini dimata manusia mereka tidak ada apa-apa…. mudah-mudahan disisi ALLAH mereka kelak menjadi seperti Uwais Al Qarni…hamba ALLAH yang tak dikenali makhluq di bumi namun dicintai makhluq di langit….
Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Apaun asas pembinaan sesebuah perkahwinan adalah untuk keluhuran dan kesetian pasangan serta menerima seadanya pasangan.
Moga 27 tip mudah ini menjadi panduan dalam membina sebuah rumahtangga bahagia.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.