Bukan biasa-biasa resipi pizza yang ingin dikongsikan ini, bukan sahaja enak rasanya malah apa yang lebih penting masa yang diambil untuk menyediakan menu ini cukup singkat. Hanya 25 minit, masa diperlukan bermula daripada proses penyediaan bahan hingga siap terhidang. Memang sesuai sangat untuk ibu yang sibuk namun ingin juga sediakan hidangan untuk anak dan keluarga.
Apa ramuan dan bagaimana untuk sediakan pizza yang pantas seperti ini, jom semak perkongsian resipi daripada Ummul Omar ini dan bolehlah dicuba.
RESEPI MUDAH DAN PANTAS BUAT PIZZA TANPA YIS
Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak mintak nak makan pizza mama buat tapi aduhaiii. Malas betul nak buat sebab lambat siap! Order lagi senang kan?
Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.
Ads
Bahan-bahan:
-1 cawan tepung naik sendiri
-1 cawan kecik yogurt asli (100ml)
-Tomato puri
-Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan)
-Mozarella cheese (takda dalam gambar)
*Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
Ads
Cara penyediaan:
1.Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.
2.Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak. Hihi
Ads
3.Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
Resipi Ayam Masak Merah sememangnya jadi menu kesukaan anak-anak kita di rumah. Kalau mak sediakan menu ini di hujung minggu, anak-anak melompat keriangan sambil tak sabar nak makan. Asyik jenguk ke dapur je. Suami pun macam tu juga. Begitu hebatnya penangan Ayam Masak Merah.
Bosan dengan resipi biasa, jom kita ikut resipi yang dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu. Rupanya nak rasa lebih menyengat kena letakkan serai dengan
kuantiti yang agak banyak. Katanya, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Jom kita lihat langkah demi langkah
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball) 12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ramai yang setuju kalau kita terhidu aroma ikan bakar ketika di bazar Ramadan boleh membangkitkan selera dan sekali gus membuatkan perut terus terasa semakin lapar.
Bahkan jika membayangkan keenakan rasa ikan bakar yang dilumur bersama rempah-rempah terpilih membuatkan kita pula tidak sabar untuk menyediakan menu istimewa ini untuk keluarga.
Jadi andai kata sepanjang Ramadan ini masih belum menyediakan menu ikan bakar dari air tangan sendiri, apa kata hari ini kita sediakannya dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Amy Tomy yang berasal daripada negeri Terengganu ini.
Menurutnya rempah ikan bakar tersebut boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok bagi memudahkan untuk menyediakan menu panggang yang lainnya seperti ayam, sotong, udang, lala dan sebagainya.
RESEPI REMPAH IKAN BAKOR TERENGGANU
Bahan-bahan :-
1kg Bawang merah besar
1 labu Bawang putih
5 batang Serai
1 kg Cili boh @ cili kering kisar
1 cawan Gula
3 ketul gula nisan
Garam – secukup rasa
1 sudu Belacan Bakar
Air asam jawa/asam keping secukup rasa
1 genggam Daun kesum
Daun Limau
1 cawan Minyak masak
Langkah 1
– Blender Bawang besar, Serai dan Bawang putih dan belacan sehingga lumat
Bukankah memasak lagi mudah bila ramuan dan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili dan sebagainya telah sedia ada? Tidak dinafikan juga, bila semua bahan-bahan ini ada stoknya, secara tidak langsung masa memasak juga dapat dipendikkan.
Pun begitu, perlu ambil tahu juga petua dan tip untuk pastikan stok yang kita hasilkan itu mampu bertahan lama dan kekal elok untuk digunakan di masa akan datang. Bimbang juga, jika silap gayanya, membazir pula dek kerana bahan-bahan etrsebut menjadi rosak dan busuk sebelum sempat digunakan.
Untuk itu, jom pelajari cara-caranya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Norazlina.
PETUA MUDAHKAN KERJA MEMASAK
Stok bawang kisar
Kisar bawang merah & bawang putih yang dah dikupas bersama minyak…bahagi 2 bekas, 1 bekas letak kat peti bawah untuk kegunaan harian & satu lagi letak kat peti beku (gunakan bila stok peti bawah habis)
Stok bawang besar & putih
Ini untuk stok bawang hiris, kupas bawang besar & bawang putih, letak dalam bekas berasingan bertutup ya, dialas dengan tisu dapur.
Stok cili api
Buang tangkai dan basuh bersih cili api. Letak dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Letak bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lama.
Cili api kisar
Cili api yang dah dibersihkan, kisar bersama garam sikit menggunakan pengisar kering. Letakkan 1 ulas bawang putih dalam bekas cili kisar untuk tahan lama. Nak buat sambal kicap, sambal cencaluk atau tempoyak dah mudah.
Kunyit, halia & lengkuas
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.
Bunga kantan & serai
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.
Stok cili kering
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.
Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.
sumber : Norazlina Abd Aziz Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di