Spaghetti sebagai mana kita tahu macam-macam menu boleh disediakan untuk dijamu kepada seisi keluarga pada bila-bila masa. Sama ada untuk dijadikan menu sarapan, tengah hari mahupun menu makan malam, nyata menepati selera.

Jadi di sini KELUARGA kongsikan 3 resipi berasaskan spaghetti yang viral dan mendapat tumpuan warganet.

 

 

RESEPI SPAGHETTI SEAFOOD AGLIO OLIO

3 Resipi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!

1 paket spaghetti =(500 gram)
Udang sederhana anggaran 400gram
Sotong 400 gram
Cendawan butang10biji(boleh letak jika suka
Cili padi hijau 5 batang- dihiris
Cili padi merah5 batang- dihis
Bawang Holland atau bawang besar 1 biji -dipotong dadu
Bawang putih 7 ulas -dicincang
Butter 5 cm
Minyak zaiton 5 sudu besar
(Kalau nak letak minyak masak pun tak apa)
Parsley 1 sudu kecil
Oregano 1 sudu kecil
Basil 1 sudu kecil
Lada hitam1 sudu kecil
Serbuk cili @chili flakes 1 sudu kecil jika
Garam dan serbuk perasa
Air rebusan speghetti 2 senduk

Cara rebus spaghetti

1)masak air sehingga mendidih,gunakan periuk Yang lebih besar supaya mudah untuk speggheti kembang Dan masak dengan sempurna
2)apabila Sudah mendidih,masukkan garam=2 cubit,Dan minyak masak 2 sudu besar Dan masukkan spagheeti
3)anggaran masak spaggheti 12-15 minit
4. Dan tapiskan spaggheti

Cara MEMASAK spaghetti aglio olio

1)API Yang sederhana
2.panaskan butter Dan minyak zaitun,
2)masukkan bawang putih(masak sehingga sedikit kekuningan)
3.masukkan bawang Holland atau bawang besar(masak sehingga sedikit kekuningan)
5.masokkan udang Dan sotong(Gaul sehingga masak
6.masukkan cili padi,lada hitam,parsley,basil,oregano,serbuk cili@chili flakes ,garam Dan serbuk perasa
7.masukkan spaghetti Yang telah direbus Dan Gaul sebati,masukkan air rebusan speghetti ,Serta rasakan dengan secukup rasa Yang diinginkan

kredit: Nurul Ateekah

 

IKLAN

 

Creamy Salsa Spaghetti Pepperoni With Salmon Grill

3 Resipi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!
Untuk hidangan 4 orang
Rebus sebungkus spaghetti / any pasta anda suka toskan, gaulkan bersama olive oil..letak tepi.

Panaskan kuali..
-Masukkan butter 2 tbsp bersama sedikit olive oil kedlm kuali.
-Tumis garlic cincang & bawang merah dadu
(Banyak mana, agak-agak)
-masukkan 1/2 cup hirisan mushroom shitake ( boleh letak lebih ikut citarasa)
-Masukkan 1-2 tbsp tepung gandum
(Kacau sebati bersama tumisan)
– masukkan 1 cawan susu full cream
Kacau sampai likat
– masukkan 1/2 cawan cream cheese KC guna jenama Tatura.
(Kalau takde cream cheese boleh guna cheese keping dlm 5 – 6 keping atau cooking cream)

*Kacau sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit kawal kelikatan anda suka..

( tutup api dan blend halus jadikan dia creamy sos yang sangat flavourful, licin dan cantik).

Kemudian dah blend tuang kembali ke kuali asal..pasang api medium

Masukkan semua bahan di bawah ke dalam kuali bersama creamy sauce blend tadi.

IKLAN

– masukkan 3 tbsp tomato puri
– masukkan 1 tbsp cili powder
– masukkan 1 tbsp cili flake/cili powder
– masukkan 1 tsp serbuk lada hitam
– 1 tbsp mix herb
– dry pasley, agak2
– 1 – 2 tbsp perahan lemon
– garam dan gula secukup rasa
– jika nak sedap lagi boleh tambah kiub ayam atau serbuk perisa..kc tak letak sbb jarang masak guna bahan bersumberkan msg. Kadang2 saja.

Kacau2..kalau telalu likat masukkan air..kawal kelikatan mengikut selera anda..

Panas kan pan lain..tumiskan garlic cincang
-Masukkan cendawan shitake/ cendawan butang yg anda suka(potong slice)
– masukkan pepperoni. Sedikit lada hitam dan sos tiram..kacau2..sampai agak garing..masukkan dlm kuah kita dalam kuali gaul2 dan masukkan skali spaghetti..kacau2..tambah air jika terlalu likat..ikut citarasa anda…

Hidangkan ..tabur pasley+cheese powder. Siap.

Sumber : Shida Razak KC

 

Spaghetti Goreng Telur Masin/Salted Egg Yolk Spaghetti

3 Resipi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!

IKLAN

Bahan
Spaghetti 1 bungkus (boleh guna pasta jenis lain)- rebus, tos, simpan seedikit air rebusan & ketepikan
Udang/ayam/sotong – kupas/potong & bersihkan
4-5 biji Telur masin (rebus, ambil kuning sahaja & lenyek hancurkan dgn garfu)
Bwg putih 3-4 ulas – ketuk
Butter (salted) 2-3 sudu
Daun kari
Cili padi potong (ikut kepedasan msg2. Sy letak 2-3 biji)
Garam & gula secukup rasa

Cara
1. Panaskan kuali, masukkan butter & bwg putih. Tumis
2. Masukkan cili padi, daun kari, kuning telur. Goreng sehingga berbuih
3. Masukkan udang/ayam/sotong. Masukkan garam & gula.
4. Masukkan spaghetti & 5 sudu besar air rebusan spaghetti. Gaul hingga sebati. Tutup api setelah sedikit kering. Sedia dihidang

Variasi:
1. Boleh tambah sedikit susu segar (1/2 hingga 1 cawan) jika mahu versi basah
2. Boleh tambah sedikit susu sejat jika mahu lebih lemak. Tak boleh banyak nnt muak.
3. Boleh guna resepi sama utk udang/ketam/sotong/ayam goreng telur masin (rujuk gambar akhir). Udang/ketam/sotong/ayam diperap dgn sedikit garam, serbuk lada hitam & tepung jagung (jgn tambah air nnt keras kejung) & digoreng terlebih dahulu. Selebihnya ikut resepi di atas.

Selamat mencuba!

Sumber : Hani mohamed

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

3 Resipi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI