Setiap orang mempunyai cabaran yang berbeza dalam kehidupannya. Sejak dunia alami pandemik covid-19, ramai yang kehilangan pekerjaaan. Situasi ini juga dialami di negara kita.

Begitulah kisah sedih yang dipaparkan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad mengenai kisah sebuah keluarga yang alami kesukaran hidup setelah kehilangan pekerjaaan.

Ikuti perkongsian ini

IKLAN

’30 Biji Telur Dapatlah Makan 10 Hari. Itu Paling Murah’. Diberhentikan Kerja Sejak PKP. Meruntun Jiwa Kisah Keluarga Ini.

Dia beriya duk menangis. Ada seorang makcik duk cakap “ala pergi beli lain, kalau takda duit, nah makcik kasi.”, dia gelengkan kepala ja. Saya ikut tanya “kenapanya sampai nak menangis ni, beli lainlah. Kita orang lelaki kena kuat!”
Dia jawab “nanti ayah marah! Ayah dah takda duit!”
Kami berdua berpandangan. “Nah ambil duit makcik, pergi beli lain.”
“Tapi makcik jangan kasi tau ayah. Nanti ayah marah, ayah pukul.”
Baler aku tergamam sekali lagi. Budak itu masuk ke dalam kedai dan beli semula telur. Telur yang dibeli awalnya itu jatuh dan boleh kata pecah semua. 1 sarang besar.
Masa dia keluar saya cakap biar pakcik hantar kang jatuh lagi. Budak itu tak nak. Dia tetap nak bawa naik basikal. Dia beriya ikat dan kemudian ada motor sampai.
“Kenapa lambat?” Ada seorang lelaki menghampiri budak tersebut. Budak itu beriya lap muka.
“Kenapa menangis?” Lelaki itu tanya lagi. Lalu makcik yang duk kasi duit tadi cakap “tak yah marah, tadi telur tu jatuh. Dia dah beli lain dah tu.”
Lelaki itu turun dari motor. Ambil telur tersebut dan pandang kepada kami. Makcik itu terus cakap “tak yah marah-marahlah ke budak tu. Kesian dia. Dah nak jatuh. Takpalah dah berganti dah tu.”
“Akak yang kasi duit ke?” Lelaki itu bertanya.
“Ha ah. Ala takpalah. Rezeki kau.”

IKLAN

INILAH MAKAN KAMI SELAMA 10 HARI.
Lelaki itu datang dekat dan cakap “terima kasih banyak kak, sebenarnya ni la lauk kami bulan ni. 30 biji telur dapatlah makan dalam 10 hari. Itu paling murah.
Kerja dah takda, kena buang masa PKP, isteri pun tak kerja dan sekarang sarat. Bulan ini last moratorium, nak balik kampung segan kak. Terima kasih banyak kak. Akak kasi nombor phone nanti saya ada duit saya ganti balik duit akak.”
Saya cakap ke abang tersebut suruh tunggu sekejap. Saya masuk dalam pasar, ambil ayam 3 ekor, ambil ikan, sayur, beras, tepung gula semua. Lantaklah berapa pun dan kasi ke dia. Memang dia tunggu dekat motornya.
Saya kasi semua barang kepadanya. Anaknya dah balik naik basikal. Dia nak nombor saya, saya tak kasi. Saya beritahu dia, “jangan segan bang buat grab ke apa ke, kita kena berusaha selagi boleh. Saya tak tahu abang kerja apa dulu, tapi saya yakin abang boleh buat.”
Dia tanya macam mana. Saya pun ajar guna phone semua. Dia senyum dan kata kalau boleh nak mula hari ini. Ya Allah syukurnya. Rupanya memang dia tak berapa pandai guna phone.
*****

HULUR BANTUAN 

IKLAN

’30 Biji Telur Dapatlah Makan 10 Hari. Itu Paling Murah’. Diberhentikan Kerja Sejak PKP. Meruntun Jiwa Kisah Keluarga Ini.
Kawan-kawan,
Kita semua ada cerita kesusahan. Nak minta tolong, segan. Nak sembang, malu. Maka kita pun duduklah dalam rumah dan murung.
Abang tadi memang nampak banyak masalah. Rambut tak bersikat, baju kusut, isteri pula sarat. Tak tahu dah berapa lama duk makan telur setiap hari.
Kita mungkin ingat kita duk perumahan, semua orang relaks dan tak susah. Tak tahu jiran kita bagaimana.
Inilah bagusnya berdoa untuk jiran-jiran. Semoga kita sama-sama dapat peluang bantu dan peroleh pahala berganda. Allah akan lorongkan kita jumpa jiran begini jika kita sentiasa letak dalam hati untuk hidup berjiran.
Kita ada sikit, hulur sikit.
Kita ada banyak, hulur banyak.
Semoga kita semua dapat beri susu kepada bayi, beri isteri makan, beri kenyang kepada anak-anak. Sebagai suami, usaha. Buang malu, buanglah segan. Mungkin dulu kita tinggi tak tercapai, hari ini Allah ambil dan minta kita bermula semula.
Ingat ini kawan, senang itu sementara, susah juga sementara, asal kita mahu berubah, Allah akan bantu lorongkan. Kita usaha sampai jaya, Allah sentiasa ada.
Begitulah.

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI