Pengacara popular, Jihan Muse antara selebriti yang menjadi mangsa banjir di Shah Alam Selangor apabila kawasan rumahnya ditenggelami air.
“Sorry team GV tak dapat ke PiCC malamni. Ade rezeki jumpa esok,” tulisnya ringkas.
Disebabkan tidak dapat mengacara program Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu kelima itu. Jihan digantikan dengan Elly Mazlein.
Dalam perkongsiannya, Jihan mengakui ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman banjir besar sejak tinggal di Shah Alam, Selangor kira-kira 30 tahun lalu.
“Ini bukan kawasan yang selalu kena banjir jadi agak terkejut juga. Walau macam mana pun, kita dah hadapi pelbagai jenis musibah dalam dua tahun ini. Terkejut tapi ada sedikit ketenangan, saya fikir ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, ujarnya lagi.
“Untuk rumah saya sendiri Alhamdulillah semua selamat termasuk kereta. Tapi rumah ahli keluarga saya di kawasan Hulu Langat, air sudah cecah paras bumbung.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!