Ada ramai wanita yang takut-takut untuk mencuba beberapa makanan yang selalu dianggap jahat. Bimbang badan naik gara-gara kolesterol dan kalori makanan itu yang tinggi. Sebenarnya setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi rugilah kalau mengelak daripada mengambil satu-satu jenis makanan itu.

Empat jenis makanan ini antara makanan yang sering menjadi pilihan kita dalam menu harian namun seringkali menjadi satu ketakutan untuk memilihnya. Usah takut kerana banyak khasiat tersembunyi di dalamnya. Namun berpada-padalah.

1.Daging
Ada dikalangan kita yang tidak makan sumber protein lain selain daging, tiba-tiba anda diminta berdiet tanpa daging, tentulah seksa jadinya. Ubahlah pemikiran anda. Daging walaupun tinggi kolesterolnya tetapi mengandungi protein yang tinggi serta nutrisi lain yang sangat diperlukan wanita seperti zat besi, zink dan juga vitamin B12.

Jika anda penggemar steak, potongan “lean cuts” paling disarankan kerana dalam daging steak ini mengandungi kurang dari 4.5 gram lemak. Pilihlah steak ‘sirloin’, ‘tenderloin’ dan ‘top round’. Hindarilah steak T-Bone, dan ‘prime rib’ yang mengandung lemak dan kalori 2 kali lebih banyak. Pilihan daging bakar atau direbus yang kemudiannya dicicah bersama air asam menjadi variasi sihat untuk anda mengambil daging ini dengan selamat. Pastikan anda mengambilnya dalam kuantitinya yang sedikit.

 

2. Susu
Ramai wanita hari ini tidak mahu makan susu dan deretan produk tenusu lain, kalau adapun jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Mengapa? Susu bukan makanan menggemukkan jika tahu cara pengambilannya. Malah susu juga kaya kalsium yang bertindak menguatkan gigi dan tulang terutama bagi wanita yang sudah berusia .

IKLAN

Lebih hebat lagi, susu mencegah terjadinya osteoporosis atau kereputan tulang, mencegah darah tinggi dan juga melawan obesiti. Jika anda tidak mahu menerima susu sepenuhnya sebaiknya jamahlah makanan berasaskan susu seperti aiskrim dengan susu dan krim karemel lain yang rasanya lebih menyelerakan. Elakkan susu pekat manis dan pilihlah yang rendah lemak dengan kalori hanya 80 kalori sahaja. Sebagai santapan bijirin pula, coklat panas dan susu rendah lemak antara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anda.

3. Kekacang
Kacang paling ditakuti wanita dengan alasan berlemak dan juga penyebab masalah jerawat. Soalnya benarkah kenyataan ini? Memang benar kacang mengandungi lemak yang tinggi namun lemak tidak tepu ini sebenarnya bertindak mengurangi risiko terkena penyakit jantung. Malah kacang juga dapat menurunkan berat badan anda kerana kandungan lemaknya mampu membuat anda berasa kenyang dari terus mengambil makanan ringan lain yang berisiko menambahkan berat. Malah kacang juga mengandungi magnesium dan dapat mengurangkan masalah senggugut wanita setiap bulan.

IKLAN

Kacang jenis apa yang paling disarankan? Makanlah jenis kacang apa sekalipun kecuali makanan yang sudah diproses daripada kacang seperti kacang tumbuk dan sebagainya. Pengolahan rasa kacang ini akan membuat tubuh mengumpul lebih banyak lemak, malah magnesium yang terkandung di dalamnya juga akan terhapus.

4. Telur
Ramai wanita menghindari diri dari makan telur kerana berpendapat telur memiliki kandungan kolesterol yang tinggi. Kajian membuktikan kandungan lemak tepu yang terdapat dalam telur sebenarnya diperlukan untuk perkembangan jantung. Sebiji telur mengandungi 5 gm lemak dengan kandungan lutein yang baik untuk penjagaan mata. Telur yang direbus pastinya lebih baik dari yang digoreng kerana kandungan minyaknya yang tinggi.