Hidangan lontong tidak dinafikan turut menjadi antara menu istimewa di Hari Raya yang enak dimakan. Kepekatan kuah lodeh dan dipadukan pula dengan rasa sambal bilis memberi rasa yang sempurna.

Menyediakan menu ini juga tidak sukar, kata orang main campak-campak pun jadi. Namun jika hendak benar-benar sedap kenalah cukup ramuannya.

 

 

Ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Ukhti Irani dan bolehlah dijadikan panduan untuk anda sediakan lontong istimewa di Hari Raya nanti.  Selamat mencuba.

Kuah Lodeh Sedap & Kaw Untuk Menu Raya, Begini Nak Buatnya!

Bahan-bahan kuah lemak lontong :

1/4 biji kubis

1 batang carrot – potong panjang

9 batang kacang panjang

1 ikat soo hoon

IKLAN

1 keping fucuk – potong panjang

1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu

2 batang serai – ketuk

1 cawan udang hidup

1/2 biji kelapa parut

Garam gula secukup rasa

Serbuk kunyit

Kuah Lodeh Sedap & Kaw Untuk Menu Raya, Begini Nak Buatnya!

IKLAN

Bahan kisar :

8 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

2 sudu besar udang kering

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Cara-caranya:

1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.

2) Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.

3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.

4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.

5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kuah Lodeh Sedap & Kaw Untuk Menu Raya, Begini Nak Buatnya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI