Hujung minggu adalah waktu untuk kita membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran. Bagi yang bekerjaya, tentunya inilah masa untuk mengemas rumah.
Bagi yang bercadang untuk membersihkan rumah, terdapat 4 petua yang boleh dipraktikskan. Ikuti cara ini.
1. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
Ads
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
2. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
Ads
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi.
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat mencuba!
Sumber: Sumber: myinfomaya via majalahilmu.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Ajal yang ditulis-Nya tidak pernah lewat mahupun terawal sesaat sekalipun. Malam tadi sekitar jam 9.44 malam, Ibu kepada Linda dan Diana Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA).
Dalam nada kesedihan, Diana berkongsi berita duka dengan memuat insta story dengan memaklumkan ibunya telah kembali keramahtullah.
“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.
“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta doaan semua ye, Rasimah Abd Rahman.
“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak. Al-Fatihah “
Manakala menerusi Instagram Linda melahirkan kesedihan dengan melahirkan coretan doa buat arwah ibu tersayang dengan alunan surah Yasin yang melatari nostalgia linda bersama arwah.
Al-Fatihah..Ya Allah. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman. Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya. Muliakanlah tempatnya. Luaskanlah. Terangilah. Dan Harumkanlah persemadiannya. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.
Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.
Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api neraka. Masukkanlah dia ke dalam syurga Masukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH. Aamiin ya robbal alaamiin
Menurut Linda, jenazah di bawa ke kediaman Linda di No 16, Jln aquatik 13/67a
D kayangan, Seksyen 13, Shah Alam. Pada jam 9 pagi di surau Al-Ikhlas sec13 Shah Alam kebumi tanah perkuburan sek 21 Shah Alam Selangor.
Arwah meninggalkan enam anak, 17 cucu dan tiga cicit. Terdahulu akhbar melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember di Hospital Shah Alam.
Semoga Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara. Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Berikut ucapan Penuh PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.
Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, filem yang berunsurkan sejarah dan tiada adegan seksi rupanya mampu meraih kejayaan.
Nyata adegan seksi dan intim sebagai pendekatan retorik untuk memujuk penonton ke pawagam untuk menonton filem berkenaan tidak lagi berhasil.
Dengan ini, kejayaan pengarah Syamsul Yusof telah membuktikan bahawa filem sebegitu tidak menarik perhatian ramai.
Sebagaimana coretan Dr Mohd Izhar Ariff yang memuji pendekatan yang digunakan oleh pengarah muda ini yang juga merupakan anak kepada Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam.
TAHNIAH SYAMSUL YUSOF
– Munafik 1: RM19.04 Juta (Hantu tutup aurat) – Munafik 2: RM48 Juta (Hantu tutup aurat) – Mat Kilau : RM71 Juta – setakat 11 Julai 2022- (kisah sejarah Melayu)
Buktinya, lakonan yang SEKSI dan SEKSA tidak menjamin kejayaan sebuah filem atau drama.
Jadi buat apa nak buka aurat? Kita yang rugi sebab dapat dosa kemudian filem pun tidak meletup sebab mak bapak tak nak bagi anak-anak tengok filem yg merosakkan moral anak-anak.
Filem yang hebat akan tehasil dari sebuah kajian yang hebat. Tak rugi melabur untuk kajian.
Ketiga-tiga filem di atas semuanya HASIL KAJIAN yg telah dilaburkan oleh Syamsul Yusof
Jaga Solat
Syamsul dikenali sebagai seorang penerbit yg jaga solat.
Maka tak pelik Allah murahkan rezekinya. Namun, sebagai manusia beliau tetap diuji kerana itu FITRAH seorang HAMBA.
Ustaz DOAKAN masalah yg menimpa dipermudah Insyaallah from Tanah Suci ini…❤️
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.