Telah diumumkan bahawa pada hari khamis ini, 13 Mei 2021, kita semua bakal meraikan Aidilfitri.
Masih sempat lagi untuk melakukan persiapan menghias rumah, menukar langsir dan sebagainya. Paling penting, rumah mesti bersih dan bebas habuk. Paling penting rumah berbau harum!
Apa kata ikut petua ni, tentu rumah kekal wangi dan bersih.
1. RUMAH WANGI SEMERBAK
Tidak perlu beli penyembur wangian lagi di rumah, guna minyak wangi DIY cukup. Caranya, sediakan satu botol penyembur, pelembut kain (Downy paling wangi), dan air kosong. Campurkan air kosong dengan Downy (1:1) ke dalam bekas penyembur, kemudian sebatikan. Sudah siap! Cuba sembur pada katil, langsir, sofa jenis fabrik, karpet, sarung kusyen. Uiihh, bau dia memang semerbak dan kekal lama tau!
Ads
2. LANTAI KILAT DAN WANGI
Teknik yang sangat berkesan, mop lantai dengan air panas dan pelembut baju yang wangi. Sediakan air panas dalam baldi, kemudian campurkan sedikit pelembut baju. Kemudian mop macam biasa. Hasilnya, lantai berkilat, bersinar dan wangi!
3. KIPAS BEBAS HABUK
Ads
Gunakan sarung bantal lama untuk buang habuk pada kipas. Kalau kita guna kain buruk atau penyapu, habislah semua habuk bertaburan atas lantai. Jadi gunalah sarung bantal lama untuk mudahkan kerja kita. Hasilnya, kips bersih, lantai pun tidak berhabuk.
Gunakan stoking lama atau span untuk cuci habuk pada bidai atau blinds. Secara tidak langsung, kita boleh cuci kedua belah permukaan bidai kalau guna stokin.
5. CERMIN BERKILAT
Hentikan teknik mencuci cermin guna kain buruk basah. Memang melekitlah cermin kita nanti. Cara tepat mengelap cermin ialah guna surat khabar lama dan pencuci cermin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejayaan anak itu adalah asbab doa dan kesungguhan ibu ayah mendidik anaknya. Biar sukar hidup, mereka tetap menyediakan keperluan buat anak.
Biar tak mewah tapi cukup seadanya untuk menjadikan anak itu seorang yang hebat dan berjaya dalam hidupnya.
Begitulah yang dipaparkan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad betapa jaga besar jaga orang tua.
Biarlah ibu ayah marah ia sebenarnya untuk mendidik anak-anaknya.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Saya ada prinsip yang super kuat tentang emak ayah. Jenis anak yang tak boleh ada dengar sesiapa burukkan mereka. Cepat melenting juga saya cepat naik angin.
Tak kiralah dia adik beradik atau sesiapa sahaja, ia memang tak boleh berlaku di hadapan saya. Saya akan sangat laju mengamuk.
Boleh tanya sesiapa sahaja. Saya tak boleh dengar langsung.
Malah jika kalian cuba burukkan emak ayah kalian dengan saya, itu adalah sebuah kesilapan yang amat besar. Saya akan pandang kalian sebagai anak tak sedar diri, tak malu, dan perbuatan itu satu dosa besar menggunung yang saya tak mahu sertai.
Kadang-kadang, benar, emak ayah kita buat silap. Namun saya tetap dengan prinsip saya iaitu “kita takkan lebih besar dari emak ayah.”
Terima sahaja kesilapan mereka, selagi tak berkaitan dengan jenayah atau kesalahan agama, tak perlu nak ambil hati.
Pelajaran saya, ya saya lebih tinggi.
Kemajuan bisnes saya, ya saya lebih perform.
Cara saya berfikir, kaedah selesaikan masalah, ya emak abah suka rujuk, namun saya takkan lebih besar dari emak abah saya.
KENA TEGUR, TANDA SAYANG
Sekiranya saya kena tegur, saya bersyukur. Nak merajuk, takkan lama. Pergilah tanya emak abah saya, mereka akan cerita, tanya orang rumah saya, beliau akan cakap.
Emak saya memang garang ya amat. Beliau nak marah, marah ja. Saya selalu kena. Hahaha. Namun dalam kurang 10 minit saya dah boleh duduk dengan emak semula seperti biasa. Marahlah macam mana pun, saya akan tetap begitu. Saya ok tak pernah simpan apa-apa dalam hati.
Itulah emak abah yang saya ada.
Lebih saya bersyukur apabila saya kena marah. Itu tanda emak abah sangat sayangkan saya. Saya pegang yang itu.
Kita ini sebagai anak, kena belajar-belajar hargai setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapa. Kena letak dalam kepala setiap teguran itu adalah untuk kebaikan.
Kita pandai, hebat dan bijak sekarang adalah dari didikan emak abah kita.
Apabila kita rasa kita besar, maka berlakulah kebodohan dalam hubungan. Emak cakap, kita bangkang. Emak tegur, kita tak nak terima. Emak panggil, kita tak peduli.
Kawan-kawan, itu bukan anak yang baik. Kalau nanti kalian dah ada anak, percayalah apa yang kalian buat kepada emak ayah kalian hari ini, anak akan buat balik kepada kalian 10 kali lebih teruk dari itu.
Nak murah rezeki, nak tenang, nak bahagia,
Kalau kena marah, lekas minta maaf.
Kalau kena tegur, lekas minta maaf.
Kalau emak ayah kita lebih pentingkan adik beradik lain, doakan emak ayah kita dapat teruskan hal itu. Mereka lebih tahu anak mana yang utama nak dibantu. Itu kebahagiaan mereka, jangan cuba-cuba sentap benda itu dari mereka.
Itu semua emak ayah kita punya kepandaian. Mereka lebih besar dari kita.
Saya pernah dapat PM itu hari, seorang anak mengadu dia berniaga masakan dari rumah. Ibunya tinggal dengannya.
Setiap hari, ibunya akan cuba tukar resipi. Kata kena tambah itu, kena tambah ini. Nak beri lagi sedap dan sebagainya.
Si anak ini berasa hati dan apabila dah tak tahan, dia akhirnya tegur emak dia supaya jangan cuba-cuba tambah apa-apa yang dia masak untuk berniaga. Dia lagi pandai dan emaknya tak tahu apa-apa.
Akhirnya emaknya keluar pulang ke kampung. Berasa hati. Nak jadi cerita, bisnesnya semakin tak menjadi selepas itu.
Kemudian barulah dia perasan, dia tahu yang dia buat silap. Sepatutnya dia bersyukur dia pandai berniaga, dan dia ada emak yang pandai memasak. Dia takkan lebih besar dari emaknya dalam berbuat apa-apa. Sentuhan emaknya itu adalah syurga buatnya.
Kawan-kawan,
Berhenti rasa diri kita itu lebih besar dari emak ayah. Sekiranya rezeki kalian dapat ibu yang memang hari-hari suka tegur, hadap sahaja. Sayangi sahaja. Bergurau sahaja.
Sekiranya dapat emak yang tak berhenti tegur cara kita masak, hadap sahaja. Enjoy dan jangan berasa hati. Terus jadikan ia sebagai benda bahagia untuk bergurau senda.
Sekiranya dapat ayah yang garang ya amat, nak bersembang pun takut, banyak-banyak kasi hadiah, dia akan rindu suara anak dia selalu.
Kawan-kawan,
Dah ada anak nanti, kalian tahu perasaan ini. Kita memang sentiasa ada rasa nak tegur, nak nasihat, nak beritahu itu ini kepada mereka.
Boleh jadi mereka tak suka, namun itulah kita sebagai emak ayah.
Waktu itu, seandainya anak kita buat perangai dia cuba-cuba jadi lebih besar dari kita, boleh jadi Allah campakkan ingatan kepada kita apa yang kita pernah buat kepada emak ayah kita dulu.
Waktu itu, menyesal pun dah tak berguna. Hadap sahaja. Mana yang masih ada ibu bapa, hargai sahaja keberadaan mereka.
Sayangi dan bahagiakan mereka.
Mereka berdua tetap lebih besar dari kita.
Begitulah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sempena Cuti Perayaan Tahun Baharu Cina, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Lembah Klang yang ingin menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Johor dan lain-lain negeri.
Sekiranya anda ingin memulakan perjalanan keluar dari Lembah Klang di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
CADANGAN WAKTU PERJALANAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) ini berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan
Berdasarkan jadual tersebut, pengguna jalan raya yang ingin menghala ke destinasi lain dari Lembah Klang boleh memasuki yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang dinasihatkan mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Johor dan lain-lain negeri dinasihatkan bermula sebelum jam 9:00 pagi.
Pastikan servis kenderaan anda dan sekiranya anda masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID. Pandu cermat, jiwa selamat.
Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan larangan pemanduan ke atas kenderaan berat pada 20 hingga 21 Januari dan 24 hingga 25 Januari.
Jelasnya, larangan tersebut bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya akibat percampuran trafik.
KATEGORI KENDERAAN BERAT DILARANG ATAS JALAN RAYA
KATEGORI 1 (Sepanjang Masa)
1. Car carrier, tipper, dumper, tipping (melebihi 7,500kg), low loader, pole trailer, bulk cement tanker, platform trailer, lori balak, jentera berat beroda & traktor.
2. Lori pengangkut simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan lain, amang, bijih timah, arang batu & bahan galian lain.
KATEGORI 2 (12.00 Tengah Malam – 8.00 Pagi)
1. Lori kontena yang mengangkut barangan selain lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan / lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang sama & sebaliknya.
2. Lori mengangkut barangan elektronik & elektrik / bahan industri dari pelabuhan / lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri & sebaliknya.
3. Lori mengangkut barangan pengeluaran hasil sawit & getah dari ladang ke kawasan industri.
4. Lori kargo tanpa muatan.
KATEGORI 3 (6.00 Petang – 6.00 Pagi)
– Dalam jarak 25km dari tapak pembinaan tertakluk masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.
1. Kren bergerak & lori pembancuh simen.
Jentera berat beroda & kren bergerak adalah diberi pengecualian melaksanakan kerja-kerja kecemasan. Mana-mana kenderaan barangan /dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat kaedah/perintah serta butiran terperinci mengenai larangan berkenaan di laman sesawang www.lom.agc.gov.my.
Hati ibu mana yang tidak luluh bila anak yang selama ini sihat membesar di depan mata, tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit kronik. Bukan calang-calang jenis penyakit yang ditanggung; barah otak tahap 4!
Itulah dugaan besar yang harus diterima oleh Puan Nurul Ashiqin Bt Abd Rahman, 29 tahun bersama seisi keluarganya.
Menerusi akaun Facebook miliknya, ibu muda ini meluah rasa dan berkongsi derita yang ditanggung oleh anaknya serta memohon agar ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.
Semoga keluarga ini terus tabah dan buat adik Huzaifah marilah kita sama-sama doakan semoga diberi kesembuhan, Amin.
Ini perkongsiannya.
Asalamualaikum, saya ibu kepada MUHAMMAD AL HUZAIFAH BIN AHMAD FARHAN anak kami yang berusia 3 tahun 5 bulan ,under doc hospital Pulau Pinang, telah 2 kali menjalani operation otak.
Berharap anda mendoakan anak saya yang menghidap kanser otak stage 4 supaya dipermudahkan segala urusan, di angkat segala kesakitan, sentiasa berharap ada kejaiban buatnya.
6/7/19 tiba-tiba tak boleh berjalan dah di sahkan menghidap kanser otak, sama-sama kita doakan semoga dia sembuh, mohon share supaya ramai yang mendoakan anakanda saya amin yrab alamin.
Ini pula perkembangan terkini anaknya yang dikongsikan bertarikh 20/9/19.
Sejak semalam keadaan abang merosot sikit, air liur dah start meleleh banyak dan kepala senget belah kanan, sebab kanser tu stay kat belah kanan, harap abang ok la.
Mengimbas kembali sebelum disahkan mengidap kanser, nyata anaknya itu sama seperti kanak-kanak lain. Aktif dan bijak.
Ramai yang tanya sejak bila Huzaifah sakit, Huzaifah sebelum ni kanak-kanak biasa jugak lari sana lari sini, petah berkata-kata , bijak sangat, umur 1 tahun 8 bulan dah pandai cakap,umur 2 tahun lebih dah pandai baca doa makan sampai habis, abang baik semua orang sayang abang, lesung pipit abang, ibu rindukan senyuman abang tu.
Kisahnya bermula 6/7/19 tiba-tiba bangun dari tidur dia tak boleh jalan, ibu terkejut keputusan doktor yang mengatakan abang menghidap kanser otak, sampai la sekarang ibu masih menantikan abang sembuh,semua sekelip mata ibu rasa macam dalam mimpi, ibu abi menangis bila kenangkan abang, ibu abi tak nangis depan abang, ibu tak nak abg sedih.
Ibu berharap satu hari ada kejaiban buat abang, abang boleh berjalan, abang sihat , semua orang terus doakan abang , ramai yang melawat abang, ramai yang sedekahkan abang duit,, ramai yang tak putus-putus tanya khabar, rezeki anak ibu ramai yang sayang abang.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.