Kenangan kadang kala mengusik jiwa dan menjadi indah untuk dikenang. Tidak kira bersama pasangan atau rakan taulan.
Begitulah yang digambarkan oleh perkongsian oleh saudara Hazman Harun di facebook miliknya menerusi group Malaysiaku Dulu Dulu Official memaparkan gambar dua keping berbeza tahun yang mempunyai makna yang sungguh mendalam buat seorang sahabat.
Gambar pada tahun 1981 dan gambar tahun 2020 dalam posisi yang sama.
Dengan caption ringkas iaitu
“Dulu dan kini. Alhamdulillah masih sihat menjangkau usia warga emas.“
Jelas membayangkan persahabatan yang akrab antara mereka berlima sudah lebih 40 tahun.
Ads
Inilah yang dinamakan, biar gambar yang berbicara.
Dalam pada itu, posting ini mendapat perhatian daripada warganet yang melahirkan erti persahabatan yang setia walaupun sudah berusia.
Komen warganet
Ads
-Terbaik bang…Tentunya persahabatan dah terjalin lbh dr 40 tahun.
Tidak dinafikan sikap tegas amat diperlukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk memimpin rumah tangga ke arah yang lebih baik, bukan sahaja untuk kebahagiaan di dunia malah hingga ke jannah.
Pun begitu, seorang suami perlu faham tegasnya peribadi bukan bermaksud dengan sesuka hatinya boleh melakukan kekerasan kepada pasangan. Hal ini jika berterusan, akhirnya boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak serasi dan tidak bahagia.
Berkongsi pandangan tentang ketegasan dalam rumah tangga, seorang suami ini turut melontarkan soalan di media sosial kepada lelaki bergelar suami untuk sama-sama renungkan; kalau kita bertegas sangat dengan isteri, apa yang kita dapat?
Penulisannya mendapat perhatian warganet dan ini perkongsiannya, bersama renung-renungkan.
Adil Pada Isteri
Tak bagi dia cari pendapatan sendiri, tak bagi dia balik kampung, tak bagi dia berbakti kepada orang tua dia…itu tak boleh , ini tak boleh. End up, isteri kita tak happy, layanannya juga tak mesra.
Hidup berumahtangga ni adalah tentang menggembirakan kedua-dua belah pihak…suami happy, isteri happy…kalau suami ja happy, isteri rasa stress, tension, maka itu bukanlah kehidupan rumahtangga yang bahagia.
Kita yang jadi suami ni bersikap tak adil kepada isteri.
Tak adil sebab kita hanya mementingkan perasaan sendiri, emosi sendiri, fikiran sendiri tanpa memikirkan apa yang ada dalam hati isteri…kita menafikan atau tak bagi kelonggaran untuk apa yang dia perlu buat atau mahu buat.
Tegas Bertempat
Nak bertegas boleh, tapi bab akhirat.
Bertegas suruh dia tutup aurat, bertegas suruh dia solat, bertegas suruh dia jaga pergaulan dan perbuatan…bertegas bab ni adalah perbuatan yang baik sebab ini hak kita sebagai suami, ini tugas kita sebab Allah suruh pelihara keluarga kita daripada api neraka dan kita buat semua tu untuk nak selamatkan mereka.
Tapi kalau dia nak berniaga, dia nak bekerja, dia nk balik kampung, dia nak berbakti kepada orang tuanya, dia nak tolong adik beradiknya, maka gunakanlah perikemanusiaan ataupun ehsan.
Longgarkan, bagi kebenaran, bagi sokongan…nampak biasa, tapi kalau kita ni mampu bertolak ansur akan bab ni, mampu bertoleransi, maka isteri akan lebih hormat dan gembira bila bersama kita.
“Kehidupan rumahtangga bukan tentang suami semata-mata…”
Renung-renungkan…
Mulai hari ini, dah ramai mengambil keputusan untuk pulang ke desa untuk menyambut hari raya. Ada yang awal-awal pagi sesudah subuh ‘tayar golek’ pulang ke kampung, malah ada yang selepas waktu berbuka baru nak mulakan perjalanan.
Bagi yang bergerak siang hari, walaupun di hari biasa yang boleh makan dan minum pun boleh mengundang rasa mengantuk untuk sampai ke destinasi. Begitu juga di bulan puasa ini, dah tak boleh makan dan minum, nak berhenti stesen hentian takut lambat pula sampainya.
Jadi, pernah dengar tak tentang apabila bermusafir di bulan Ramadan, ada keringanan diberikan iaitu tidak berpuasa atau berbuka puasa dalam perjalanan, dan wajib digantikan semula di kemudian hari.
Namun begitu, ada sesetengah orang yang keliru sama ada Nabi Muhammad SAW berpuasa atau tidak di bulan Ramadan ketika bermusafir. Bagi menjawab persoalan ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyediakan penjelasan yang jelas agar kita semua memahami isu ini dengan baik.
Walaupun kita dibenarkan untuk tidak berpuasa ketika bermusafir tetapi ada syaratnya dan boleh jatuh haram jika tidak mengikutnya. Jom ikuti penjelasan Mufti WP seperti dibawah.
Soalan: Benarkah sunnah nabi untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga, sahabat, serta golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat.
Mukadimah
Kami mukadimahkan jawapan bagi persoalan ini dengan penjelasan seseorang itu bermusafir di Ramadhan dengan musafir yang jauh kira-kira 85 kilometer atau lebih, maka harus baginya untuk berbuka puasa dan ke atasnya qadha’. Ini berdalilkan firman Allah Taala:
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain
(Surah al-Baqarah, 2:185)
Disyaratkan hendaklah musafir itu kerana suatu perkara yang mubah, bukan maksiat, atau pun menolong suatu perbuatan maksiat.
Disyaratkan juga hendaklah musafir itu berlaku atau bermula sebelum terbitnya fajar sadiq. Justeru, jika dia berpuasa dalam keadaan bermukim, lalu dia melakukan musafir pada siang harinya, maka haram baginya untuk berbuka kerana telah disyariatkan ke atasnya untuk berpuasa. Puasa baginya adalah amalan ibadah yang tidak boleh dibatalkan. Ini berpandukan firman Allah Taala:
وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
(Surah Muhammad, 47:33)
Pengecualian diberikan dalam kes jika seseorang itu berada dalam keadaan darurat untuk berbuka puasa maka boleh dia berbuka kerana darurat maka berbukanya kerana darurat dan bukannya kerana musafir.
Orang yang bemusafir dalam bulan Ramadhan harus untuk berpuasa. Dia diberi pilihan sama ada untuk berpuasa atau berbuka. Ini berdasarkan hadis Aisyah bahawa Hamzah bin Amr al-Aslami bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Adakah (wajib) aku berpuasa ketika musafir?” – sedangkan dia seorang yang banyak berpuasa. Maka sabda Rasulullah SAW: “Jika engkau mahu engkau boleh berpuasa, jika engkau mahu engkau boleh berbuka.”
Riwayat al-Bukhari (1943)
Namun apabila safarnya itu tidak menyusahkannya maka afdal baginya untuk terus berpuasa. Ini berdalilkan hadis Anas RA yang berkata kepada orang yang bermusafir:
Maksudnya: Jika engkau berbuka maka itu adalah rukhsah daripada Allah, dan jika engkau berpuasa maka itu lebih afdal.”
Riwayat al-Baihaqi (8170) dalam al-Sunan al-Kubra
Ini juga dikuatkan dengan firman Allah:
وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ
Maksudnya: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(Surah al-Baqarah, 2:184)
Afdal berpuasa bagi orang seperti ini agar tidak bertangguh puasa kerana lupa atau berlakunya perkara yang tidak dijangka pada waktu-waktu mendatang.
Adapun jika berpuasa itu menyukarkan bagi orang yang bermusafir maka afdal baginya untuk berbuka, berdasarkan hadis daripada Jabir RA bahawa dia berkata yang Rasulullah SAW bertemu seseorang di bawah teduh pohon, dalam riwayat lain, dia sedang disirami air ke atasnya, lalu baginda bertanya orang ramai:
Maksudnya: “Kenapa dengan (sahabat kamu) ini?” Para sahabat menjawab: “Dia berpuasa wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Bukan daripada kebaikan, berpuasa ketika musafir.”
Riwayat al-Bukhari (1946)
Jika seorang yang musafir itu berpuasa, kemudian dia ingin berbuka, dia boleh melakukannya kerana keuzuran itu masih wujud. Begitu juga seperti hal orang yang sakit berpuasa, kemudian dia mahu berbuka, maka dia boleh berbuka, sama ada dengan niat rukhsah atau tidak.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/195-196)
Sifat Puasa Nabi SAW Ketika Musafir
Direkodkan juga di dalam kitab-kitab hadis akan sifat puasa Nabi SAW. Antaranya:
Maksudnya: “Kami keluar bersama Nabi SAW dalam salah satu permusafiran baginda, pada suatu hari yang panas, sehingga seorang lelaki meletakkan tangan atas kepalanya dek terlalu panas. Dalam kalangan kami tidak ada seorang pun yang berpuasa melainkan Nabi SAW dan Ibn Rawahah.”
Riwayat Bukhari (1945) dan Muslim (1122)
Anas bin Malik RA pernah ditanya tentang berpuasa ketika safar. Dia menjawab:
Maksudnya: “Kami (para sahabat) bermusafir bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Tidak ada seorang pun yang berpuasa berasa aib dengan orang yang berbuka, atau orang yang berbuka berasa aib dengan orang yang berpuasa.”
Maksudnya: “Kami berperang bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Sebahagian kami berpuasa dan sebahagian lain berbuka. Orang yang berpuasa tidak melihat keburukan dengan orang yang berbuka, dan tidak pula yang berbuka memandang buruk orang yang berpuasa. Mereka berpandangan siapa yang ada kekuatan silakan berpuasa, dan itu adalah kebaikan. Dan mereka juga berpandangan siapa yang berasa lemah kemudian berbuka dan itu juga kebaikan.”
Maksudnya: “Rasulullah SAW keluar daripada Mekah ke Madinah (ketika peristiwa Fath Makkah) dengan keadaan berpuasa (Ramadhan) sehingga sampai ke kawasan `Usfan. Kemudian baginda meminta air lalu dibawakan air ke hadapan baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai, lalu baginda berbuka puasa sehingga baginda sampai ke Mekah. Ini berlaku dalam bulan Ramadhan.”
Ibn Abbas berkata lagi: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa dan juga berbuka. Barangsiapa yang mahu maka dia berbuka, dan barangsiapa yang mahu dia berbuka.”
Riwayat al-Bukhari (1948)
Kesimpulan
Justeru, kami berpendapat bahawa sunnah Rasulullah SAW dalam hal ini bukan satu bentuk sahaja, hukum berpuasa ketika musafir itu memiliki banyak keadaan. Kadang-kadang lebih afdal untuk berpuasa. Ini sesuai dengan kaedah fiqh yang disebut oleh Imam al-Qarafi:
كان ترك الترخص في كثير من العبادات أولى
Maksudnya: “Meninggalkan rukhsah itu dalam banyak jenis ibadat adalah lebih utama.”
Rujuk al-Furuq (1/120)
Terkadang pula lebih afdal untuk berbuka, khususnya dalam kes-kes melibatkan kesusahan dan mudarat. Hal ini kembali kepada matlamat asal rukhsah itu.
Jika bertujuan untuk perkara yang melibatkan maslahah seperti peperangan dan misi kemanusiaan dan dakwah, lalu bertemu dengan kepayahan akibat puasa, maka afdal baginya untuk berbuka agar dia mendapat tenaga dan kekuatan bagi menyelesaika misi yang mulia. Begitu jugalah sebaliknya.
Demikianlah, kita lihat para ulama fiqh begitu teliti menyusun kefahaman daripada hadis-hadis itu sebagai pemudah bagi kita untuk beramal.
Kecewanya bila setiap kali kita mengisar cili kering, bijinya masih lagi ada. Akibatnya semua masakan kita seperti rendang, sambal, asam pedas dan sebagainya akan terlihat biji cili yang besar ini.
Bukan sahaja pandangan mata kurang elok, malah kurang sihat untuk dimakan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.