Penangan Wabak Conavirus kian menular bukan sahaja di negara ini bahkan di seluruh dunia. Di negara kita sahaja, 8 kematian dicatatkan sejak semalam manakala kes meningkat kepada 1183 kes. Setiap hati kes dilaporkan meningkat membuatkan seluruh masyarakat semakin risau.

Wabak ini menyerang tanpa mengenal bangsa, umur dan jantina. Dalam berjaga-jaga tetapi andai sudah ditakdirkan terkena wabak ini, tak siapa dapat menghalnagnya. Demikian juga dengan saudara Dentonel Misa.

Dia berkongsi situasi dan pengalamannya apabila disahkan positif covid-19. Walaupun kini dia sudah bebas dari wabak tersebut namun, akuinya sehingga kini dia masih berjaga-jaga memandangkan wabak tersebut tiada ubat. Yang penting antobodi kena kuat.


“Covid Ibarat Cinta Buta, Tak Mengenal Siapa.” Lelaki Ni Kongsi Simptom & Pengalaman Positif Covid-19 Hingga Sembuh!

Hello rakan2 semua..terlebih dahulu sy ingin memohon maaf sekiranya tak angkat call ataupun reply whatapps, bukan sombong tp sy mau masa bertenang utk diri sendiri buat masa ni. mgkn ada yg sudah tau atau masih tertanya2, ya mmg betul sy disahkan positif COVID-19 pada 19th March setelah menjalani ujian secara sukarela dua hari sebelum nya..(ujian kali kedua)..skrg sy masih di kuarantin di Hospital Tumpat Kota Bharu Kelantan.

Skrg ni kesihatan sy dlm keadaan yg baik, tdk lagi mengambil apa2 ubat dan tidak perlu bantuan pernafasan,malah sy boleh membuat senaman ringan seperti biasa. Boleh dikatakan sy sudahpun melepasi fasa kritikal.

Tujuan sy berkongsi di wall sy ni adalah bukan utk meraih simpati, niat saya adalah supaya smua rakan2 mengambil serius arahan2 yg dikeluarkan oleh kerajaan.

Tuan2 & puan2, virus covid 19 itu macam cinta, cinta buta..dia tdk mengenal siapa, sesiapa sj boleh kena jika dipandang ringan. Mcm kes sy, sy sendiri pun tak tahu dimana sya dijangkiti, boleh jadi di airport, dlm flight, di hotel atau dari mana2. So nasihat sya, duduk di rumah diam2 kalau tiada urusan penting.

Oleh sbb ada rakan2 yg tanya apa simptom2 yg ada pada sy ketika itu..jadi biarlah sy kongsikan disini..

“Covid Ibarat Cinta Buta, Tak Mengenal Siapa.” Lelaki Ni Kongsi Simptom & Pengalaman Positif Covid-19 Hingga Sembuh!

IKLAN

 

Sy mula demam pada 1st March 2020. Suhu badan mencecah 38-39 deg C. Menggigil dan berpeluh, hilang selera makan.

3rd March 2020 turun ke KPJ Kota Bahru utk dapatkan rawatan..sy juga meminta utk di uji Covid 19, tp malangnya masa tu Kota Bharu belum ada test kit dan kriteria sy tdk memenuhi syarat utk di uji, salah satunya adalah sy tdk pernah ke luar negara yg terjebak.

Sy agak kecewa dan menegaskan kpd Dr bahawa sy tak pernah rasa demam seperti ini, kali ini mmg berlainan. Sy kembali ke rig pada 5th March 2020 dgn panadol dan antibiotik utk seminggu. Sy agak terkilan sbb diambil ujian darah sahaja, bukannya covid 19. masa tu nampak sgt negara kita tdk bersedia menghadapi covid 19.

Sesudah sampai di rig, pada hari yg sama badan sy demam panas sekali lagi. Sy makan panadol dan antibiotik seperti biasa.

Pada 7th March, sy mula batuk. Batuk kering dan tak berkahak, dan tak behingus. Sy teruskan dgn ubat dn antibitok. Sy tidur berjam-jam dlm bilik supaya ubat meresap sebaik nyak ke dalam badan. Sy bersyukur ada boss yg baik2 di rig yg membenarkan sy berehat mengikut keselesaan sya..(Tq Dave & Akhmad).

IKLAN

 

Pada 9th March, sy kehabisan ubat dan antibiotik. Tp badan semakin lemah, bernafas semakin sukar, badan sejuk sehinggakan sy terpaksa tidur di dalam tandas klinik pada malam 8th (disitu saja tmpt yg tiada AC).

Pada hari yg sama 9th March, Rig Medic yg bertugas telah berhubung dgn ISOS support dan mereka sebulat suara meminta Emergency Medivac. Sesampai sj helicopter didarat, sy terus dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu selama 4 hari…dirawat di wad biasa didiagnose lung infection..sy discharge dr hospital kerajaan pada 13th March, tiada lagi demam, cuma batuk sikit2. Masa ni sy belum lagi disahkan positif covid 19 disebabkan hospital enggan membuat ujian oleh kerana tdk memenuhi kriteria. Oleh yg demikian sy telah berbincang dgn Rig Manager dan pada hari yg sama yg telah pergi ke hospital swasta utk pemeriksaan. Keputusan ujian pertama adalah Negatif, sy diminta utk membuat ujian kali kedua pada 17th utk confirmation, dan keputusan ujian kedua adalah Positif..

Seperti yg telah sy katakan awal td, ya skrg sy sdng dikuarantin di hospital Tumpat sehingga ujian seterusnya pada Rabu depan. Jgn risau jgn panik, sy baik2 saja, kesihatan boleh dikatakan 99% sihat. cuma virus masih ada didalam badan. Seperti anda semua sedia maklum, tiada ubat spesifik, atau vaksin buat masa ini, jadi untuk badan kembali sihat adalah bergantung sepenuhnya pada ANTIBODY masing2..

“Covid Ibarat Cinta Buta, Tak Mengenal Siapa.” Lelaki Ni Kongsi Simptom & Pengalaman Positif Covid-19 Hingga Sembuh!

Nasihat sy pada rakan2,

IKLAN

1. Elakkan xtvt yg boleh membuatkan anda demam (pikirlah sendiri), biarlah anda kekal sihat dlm tempoh mengekang covid 19 ini.

2. Jgn sebar berita yg tidak sahih, ini akan bikin panik dan boleh jadi bodoh secara tidak terkawal. (ini pun tiada ubat)

3. Dengar nasihat kerajaan dan pihak berkuasa.

4. Jgn balik kampung/rumah panjai.

ohya..mgkn ada yg tertanya2 tentang keluarga sya, semua anak2 dan isteri dlm keadaan yg baik dan sihat di kediaman kami di Miri. So selepas balik ni nanti, mmg sy bercadang utk camping di luar selama seminggu utk extra quarantine dr keluarga.. camping gear fullset and ready to go..tiada masalah..

Sekain terima kasih.

9W8DTL@W91

Dentonel Misa

#kekaltampan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI