Umum mengetahui banyak manfaat amalan menabung ini. Namun masih ada yang sukar untuk displin lantaran gaya hidup yang mewah.

Berbelanja tanpa ‘mengukur baju dibadan sendiri’ mengakibatkan ramai yang culas untuk menguruskan kewangan dengan baik.

Sedangkan ramai yang tahu kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira sama ada kaya atau miskin.

Pengurusan kewangan bukanlah perkara yang sepatutnya diambil ringan. Jika tidak diurus dengan baik, isu kewangan ini akan membawa kepada kemudaratan.

Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak pun pendapatan yang ada, jika tidak diuruskan dengan baik memang akan berasa sesak sebelum sampai hujung bulan.

Artikel Berkaitan: Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab!

Artikel Berkaitan: “I dont Care Balik You Kena Bawa Duit Tu Balik” Pentingkan Menabung, Ni Cara Almy Ajar Anak Berjimat!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000!

Cakna mengenai hal ini, pada 25 Februari lalu, Majalah Keluarga telah mengajurkan program Hi Tea dengan tajuk Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW yang dibawakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Program itu mengupas topik pengurusan kewangan dengan tiga ahli panel membincangkan topik kewangan ini iaitu Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki, Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi dan selebrti, Datin Almy Nadia.

IKLAN

Program ini yang dihadiri oleh 50 orang peserta teruja dengan infomasi mengenai pengurusan kewangan dan perkongsian daripada selebriti.

 

Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi menasihati orang ramai untuk kekal menguruskan kewangan dengan baik.

Katanya ramai yang mengeluh sukar menabung, malah perbelanjaan harian pun tidak mencukupi.

Namun menasihati supaya ia bukan alasan untuk tidak menabung. Tegurnya bahawa dalam diri perlu ada sikap untuk menyimpan demi memastikan kewangan keluarga kukuh.

Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000!

Manakala Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki turut berkongsi manfaat tabungan SSPN. Katanya untuk menggalakan orang ramai menabung, telah melakukan pelbagai inisiatif dengan menawarkan hadiah lumayan.

IKLAN

“Pada 16 Januari 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan kempen Cabutan WOW!

“Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2023 bagi edisi tahun ini dengan nilai keseluruhan hadiah wang tunai bernilai hampir RM500,000 menanti 138 pemenang dengan hadiah lumayan.

“Tujuan kempen ini dengan hadiah menarik untuk mendidik dan memberi semangat untuk orang ramai menabung. Rebutlah peluang ini,” nasihatnya

Dalam pada itu, selebriti Almy Nadia juga berkongsi pengalaman sebagai pengguna SSPN. Beliau mengakui sudah sekian lama menabung untuk anaknya setiap bulan RM30. Bahkan, turut mendidik anaknya konsep menabung sejak kecil lagi.

“Saya ni simple je janji rancang awal. Contohnye SSPN ni dah lama dah saya melabur tapi orang tak tahu. Setiap anak saya semua dah ada. Rancangan awal itu sangat penting, kena ada tabung kecemasan.”

“Tak kisah berapa pun janji menabung. Macam contoh anak saya, saya bagi RM5 si kakak la.. i dont care balik you kena bawa duit tu balik.. baki i dont care. Sebab duit tu akan masuk tabung, Sepuluh sen pun you kena bawa balik.

Namun katanya, hujung tahun wang yang dikumpul itu akan disimpan dalam bank dan pembelian barang kemas. Bahkan anaknya juga akan diberi ganjaran sebanyak RM100 hasil usaha menabung.

VIDEO PROGRAM

IKLAN
@keluarga.my PART 1: Dah masuk 2023, cepat-cepat ubah sikap suka menabung.🥰 @PTPTNOfficial #ptptn #sspn #tipmenabung #almynadia #fyp ♬ original sound – Keluarga

@keluarga.my PART 2: Dah masuk 2023, cepat-cepat ubah sikap suka menabung.🥰 @PTPTNOfficial #ptptn #sspn #tipmenabung #almynadia #fyp ♬ original sound – Keluarga

GAMBAR SEKITAR PROGRAM 

Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000! Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000! Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000! Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! Hanya RM30, SSPN Tawar Hadiah Wang Tunai RM500,000!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI