Hati anak yang mana tidak meruntun jiwanya bila melihat ibu yang dicintai ditimpa penyakit. Sungguh sedih, pilu di hati tiada siapa yang tahu. Begitulah kini apa yang ditanggung oleh Nurul Shafina apabila berkongsi kisah duka yang laluinya kini apabila ibunya diuji dengan penyakit kanser lidah.
Malah perkongsian terdahulu di akaun Nurul Shafina, dengan merendah hati memohon doa daripada orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibunya.
Bertarikh 4 March 2020 (Rabu), anak ini berkongsi pula nukilan terakhir daripada ibunya, apa yang nyata setiap baris ayat yang ditulis oleh ibunya membuatkan ramai yang sebak.
Ads
Ads
Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata . Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis.
Kata-kata nasihat dari mak, piena akan ingat sampai bila-bila . Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.
Mak cepat sihat ya. Piena rindu mak yang dulu. Pina , adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanya buat kami.
Usah buat main dengan duit nafkah untuk isteri, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan nafkah selepas wanita tersebut sah menjadi pasangan hidupnya. Nafkah yang dimaksudkan adalah menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain.
Pun begitu, perlukah seorang suami itu memberi wang tunai sebagai nafkah kepada isterinya?
Seperti perkongsian daripada seorang peguam yang dikenali sebagai Surianti Ghani menerusi posting di laman fb, berkongsi tentang tiga situasi sama ada perlu atau tidak perlu suami memberikan wang sebagai nafkah.
PERLUKAH SUAMI MEMBERIKAN WANG TUNAI KEPADA ISTERI SEBAGAI NAFKAH?
Perlu & tidak perlu..lihat kepada situasi:
1) Jika segala keperluan suami dah sediakan, cukup semuanya tak wajib lagi suami beri wang tunai kepada isteri
2) Jika apa pun keperluan tak disediakan, suami boleh beri wang tunai untuk digunakan oleh isteri membeli keperluannya
3) Jika sebahagianya telah disediakan oleh suami & sebahagian lagi tidak, suami boleh memberikan wang tunai untuk digunakan oleh isteri bagi mencukupkan keperluannya
Bagaimana pula jika nafkah yang diberikan oleh suami tidak mencukupi walhal suami mampu, si isteri berhak untuk meminta daripada suami untuk kecukupannya.
Pun begitu bagaimana pula andai setiap bulan tanpa culas suami akan memberi nafkah berupa wang namun nilainya hanyalah RM RM5? Mungkin ada antara kita yang tidak dapat membayangkan adakah ada suami yang melakukan sedemikian, memberi isteri hanya RM5 setiap bulan dan pemberian tersebut dianggap sebagai nafkah.
Ini sebagaimana satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang dirujuk kepada peguam ini. Difahamkan si suami hanya memberikan RM5 dan paparan transaksi bank dijadikan bukti yang menunjukkan si suami memberi sebulan RM 5 kepada isterinya.
SEMOGA PARA SUAMI YANG LAIN TAHU BETAPA BERKATNYA MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI
Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri..lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.. Realiti 1 kes di mahkamah syariah..setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri..itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri..yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan kot..
Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki dalam bidang perniagaan sangat luas. Sesiapa pun boleh berniaga namun bila dikaitkan dengan minat orang perempuan bila ingin jadi usahawan, biasanya wanita lebih selesa untuk membuka perniagaan butik pakaian, salun atau berkaitan makanan.
Namun lain pula halnya dengan wanita yang seorang ini. Pembabitan Puan Nor Shahida Akma Mohd Sazali, 32, melakukan kelainan dalam memilih bidang perniagaan yang diusahakan sejak 2013 hingga kini. Perniagaannya adalah menjual tayar buruk dan siapa sangka perniagaan ini memberi pulangan yang cukup besar dan mampu menjadikan dia sekeluarga hidup senang!
Ayuh ikuti perkongsian kisahnya yang pernah dipaparkan di dalam Majalah Keluarga. Diharapkan kisah ini dapat menyuntik inspirasi buat wanita di luar sana untuk terlibat di dalam bidang perniagaan yang jarang-jarang diusahakan oleh kaum hawa.
“Sebelum ini saya bekerja di salah satu syarikat kontraktor utama di pelabuhan dan ketika itu saya merupakan Jurutera Projek di sana. Nak dijadikan cerita, saya dapat satu projek di mana untuk menyiapkan projek tersebut saya memerlukan 300 tayar. Satu kuantiti yang banyak dan bukan mudah untuk saya dapat dan kumpulkan tayar-tayar tersebut.
“Bermulalah saya cari contact di luar negara dan di dalam negara. Saya hubungi pelbagai pihak di sana dan mereka memang ada stok. Apa yang peliknya saya perlu membayar untuk tayar-tayar buruk tersebut. Ingatkan free sahaja. Dari situ kali pertama saya tahu rupanya tayar ini ada nilai,” ujarnya di awal bicara.
Siapa sangka perniagaan tayar buruk ini tidak tersenarai dalam perancangan awal sebagai kerjaya yang ingin diceburinya. Sebaliknya ibu kepada seorang anak berusia 7 bulan ini, menemui peluang perniagaan tersebut secara tidak sengaja, sementelah sering pula perjalanan hidupnya berkait dengan tayar buruk.
“Mencari minat dengan tayar memang tiada sebenarnya. Mungkin disebabkan latar belakang ketika belajar hinggalah setalah bekerja dikelilingi lelaki. Melakukan tugas-tugas yang lasak, malah ketika menjalankan praktikal di Pelabuhan Johor dan kemudian bekerja di Pelabuhan Klang, jadi terdedah dengan dunia sebegitu.
Selepas tiga bulan membuat kajian mengenai perniagaan menjual tayar buruk itu, akhirnya pada Jun 2013 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri dengan bermodalkan RM10,000 untuk membawa masuk 1 kontena tayar buruk di negara ini,”jelasnya dengan jujur.
Risiko & Cabaran
Menguruskan perniagaan sendiri memang seronok. Punya waktu kerja sendiri, kitalah bos dan kitalah juga pekerjanya. Tiada orang hendak mengarah itu dan ini. Hakikatnya semakin kuat dan hebat usaha yang dilakukan, bermakna semakin banyak juga pendapatan yang akan diraih.
“Dari segi modal saya tidak mempunyai masalah, saya menggunakan duit saya sendiri dan mendapat pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat kerana pembeli membayar secara tunai sebaik saja mereka mendapat tayar buruk yang mereka kehendaki. Dan Alhamdulillah, saya dapat keuntungan berlipat kali ganda dengan mudah. Memandangkan ketika itu tidak banyak saingan berbanding masa ini,” jelasnya dengan ikhlas.
Manakala menceritakan cabaran paling hebat yang pernah dilalui sepanjang menceburi perniagaan, menurutnya adalah pernah ditipu sebanyak AS$12,000 (RM51,258) oleh individu dari luar negara yang menyamar sebagai pembekal tayar dari UK.
“Setiap bidang perniagaan ada risiko dan cabarannya dan saya juga pernah laluinya. Saya kena tipu dengan seorang individu yang sangat licik. Dia menggunakan nama syarikat besar ketika berurusan sehingga sedikit pun tidak menimbulkan keraguan mengenai latar belakangnya.
“Jumlahnya cukup besar dan sejak kena tipu sedemikian rupa, saya kini lebih berhati-hati ketika membuat urusan dengan pembekal dari luar negara. Bahkan kini, kebanyakan urusan mendapatkan bekalan tayar buruk di luar negara akan diselia oleh suami saya. Manakala saya pula akan menguruskan setiap tayar yang sampai di pelabuhan hinggalah selamat di terima oleh pelanggan,” katanya panjang lebar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.