Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi veteren, Salamiah Hassan yang terkenal dengan salah satu lagunya, ‘gelombang’.
Baru-baru ini, penyanyi berusia 72 tahun ini membuatkan ramai peminatnya berasa ‘sejuk hati’ apabila dia tampil dengan imej baharu, iaitu kini sering berkongsi foto berhijab di laman Instagram miliknya.
Malah, Salamiah yang juga ibu kepada selebriti bertubuh genit, Atilia Haron mengesahkan bahawa dirinya kini sudah berhijab, namun enggan membesarkan isu penghijrahannya kerana keputusan bertudung itu adalah kerana pilihannya sendiri selain sudah sampai waktu untuk memakainya.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai tudung. Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar,” ujarnya.
Jelas peserta Bakat TV 1971 anjuran Radio Televisyen Malaysia, dia tidak mempunyai sebarang sebab atau punca tertentu dalam mengenakan hijab sepenuhnya.
“Rasanya anda pun mengenali saya seorang yang menjaga privasi. Jadi, apa yang boleh saya katakan saya pakai tudung baru-baru ini sebab saya sendiri nak memakainya, bukan pasal apapun.
Ads
“Lagipun saya baru habis tempoh edah dan mahu kembali aktif bekerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya enggan perubahan ini menjadi isu besar,” katanya lagi.
Sementara itu, Salamiah memberitahu dirinya dalam keadaan baik sahaja meskipun tidak mampu menutup kesedihan selepas pemergian suaminya akibat kanser kolon di Tasmania, Australia pada November tahun lalu.
Ads
“Saya okey saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan terima hakikat serta teruskan kehidupan.
“Nak kata saya kuat, saya ini hanya manusia biasa. Pastilah masih ada rasa sedih itu.
“Lagipun boleh ke kesedihan itu hilang begitu saja, melainkan saya sendiri yang kena mengawalnya dengan kekuatan yang Allah berikan. Apa yang saya lalui sama seperti orang lain yang kehilangan insan tersayang,” katanya.
Ads
Sekadar info, Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Gery Hughes pada 1 September tahun lalu selepas 15 tahun mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, selepas dua bulan berkahwin, Salamiah dikejutkan dengan pemergian Gerry akibat kanser kolon.
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Sebut sahaja nama mereka, pasti ramai akan terbayang sekali wajah comel dua adik-beradik ini.
Keletah si adik di Instagram yang sering menyakat abangnya, manakala si abang seorang yang prihatin tetap melayan baik. Ini terbukti ketika dalam satu pemeriksaan rawatan pemeriksaan gigi. Perkongsian Video di akaun instagram mendapat perhatian warga maya yang menunjukkan situasi ketika Alisa berada di sebuah klinik pergigian.
Disebabkan dia enggan memberi kerjasama sehinggalah muncul Yusuf dan masuk ke bilik rawatan tersebut untuk memujuk adiknya.
Apa yang membuatkan ramai terharu bila mana si kecil ini terus membuka mulut selepas abangnya meminta dia berbuat demikian. Kehadiran Yusuf membuatkan adiknya tidak kekok lagi apabila mulutnya diperiksa.
Anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap tindak tanduk anak-anak akan mengambarkan didikan ibu bapa kepada anak-anaknya. Nyata, anak adalah anugerah Tuhan dan sebagai amanah kepada ibu bapa untuk mendidik anak itu menjadi seorang khalifah yang soleh dan solehah.
Menyedari akan peranan ibu bapa dalam mendidik anak itu amat penting dalam hala tuju kehidupan anak-anaknya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menyatakan dirinya mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya.
Menurut Aliff di laman sosial instagramnya baru-baru ini, beliau menyatakan pendiriannya dalam mendidik anak-anaknya terutama anak perempuannya.
Saya ni mmg lah mulut laser kuat membebel tapi saya ni x bodoh tau sy syg anak sy sendiri…sy buat mesti ada sebab…jaga anak perempuan zaman skrg kena lebih takut tngok keadaan semasa……dalam mendidik anak saya ada cara saya..kadang2 pelik la org yg sibuk cara kita didik anak…saya ni dah la jahil…jahat…..bukan orang baik,sekolah pun bodoh…takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya….saya nak anak yg terbaik..
Mak saya jauh lebih garang
kalau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang… Dulu mak saya ni pukul sgn getah paip, pijak,lepang, semua ckup pakej… sbb tu sy jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan… orang2 dulu ni mmg didik anak ada cara mereka,saya pilih didik anak cara lama,yg nak ikut zaman terpulang la…..sebab esok2 kalau anak saya tak elok saya juga yg dipersalahkan bukan korang.
Setiap ibu bapa punya cara terdiri dalam mendidik anak
Berikut video lima hari lalu yang mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan untuk mengajar anak yang masih kecil. Menerusi video tersebut, kelihatan anak perempuan Aliff, Qadejah menahan kesakitan kerana dirotan ikeh usahawan akibat membuka aurat dengan tidak berhijab.
Perkongsian daripada peguam berkenaan pilihan mana lebih baik ketika membeli hartanah sama ada atas nama sendiri atau nama bersama? Mungkin ramai lagi yang masih keliru dan inginkan kepastian. Untuk itu ayuh kita baca perkongsian penuh daripada peguam yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). Jom semak!
MANA LEBIH BAIK: BELI HARTANAH ATAS NAMA SENDIRI ATAU NAMA BERSAMA SUAMI ISTERI?
1. Ada yang bertanya kepada saya, mana lebih baik, sama ada beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama suami isteri.
2. Soalan ini ditimbulkan oleh kebanyakan daripada kaum wanita kerana mereka merasa bimbang sekiranya dalam geran hartanah tiada nama mereka, maka hak dan kepentingan mereka terhadap hartanah tersebut tidak dilindungi. Nanti kalau suami kahwin lain atau suami meninggal dunia, hak mereka terhadap hartanah tersebut akan dinafikan.
3. Saya nak nyatakan disini, sama ada anda beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama , itu tak jadi masalah. Kedua-duanya bagus.
Yang tak bagusnya adalah, kalau tak nak beli hartanah sebab fikir dan takut dengan macam-macam benda. Antaranya termasuklah contoh yang dinyatakan tadi. Ketakutan melampau itulah yang sebenarnya tidak bagus. Bukan soal letak nama sendiri atau nama bersama.
4. Kaum wanita sebenarnya tidak perlu takut seandainya dalam geran hartanah tidak ada nama mereka.
Ini kerana setiap hartanah yang dibeli oleh suami atau isteri dalam tempoh perkahwinan baik yang didaftarkan atas nama suami atau isteri atau yang didaftarkan atas nama bersama akan dianggap sebagai HARTA SEPENCARIAN.
5. Bila sebut sahaja harta sepencarian, secara otomatiknya suami dan isteri mempunyai hak dan kepentingan bersama terhadap harta tersebut.
Baik suami atau isteri, mereka tidak boleh mendakwa hartanah tersebut miliknya seorang semata-mata disebabkan dalam geran tidak ada nama pasangannya.
6. Suami atau isteri boleh menuntut hak masing-masing terhadap hartanah tersebut. Bukan isteri sahaja yang boleh menuntut harta spencarian terhadap hartanah yang dibeli atas nama suami. Suami juga sebenarnya berhak menuntut harta sepencarian yang dibeli atas nama isteri, selagi mana harta tersebut dibeli/ diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Kalau rasa tak mahu berkongsi hak terhadap hartanah yang dibeli, jangan kahwin. Duduk sorang-sorang.
7. Cuma yang menjadi persoalannya bukanlah dari segi hak terhadap harta sepencarian tersebut kerana masing-masing ada hak. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah dari segi pembahagian terhadap harta sepencarian tersebut. Berapa peratus kah bahagian masing-masing (suami isteri) terhadap harta sepencarian itu.
8. Persoalan tentang bahagian harta sepencarian ini perlulah dibawa ke mahkamah syariah untuk diputuskan. Hanya hakim sahaja yang akan putuskan bahagian masing-masing berdasarkan kepada peratusan sumbangan masing-masing terhadap harta sepencarian tersebut.
9. Walaupun mungkin dalam geran tidak ada nama suami, tetapi memandangkan segala urusan jual beli hartanah tersebut mulai daripada mencari hartanah sampaikan menguruskan hartanah tersebut dilakukan oleh suami, maka sudah pasti si suami juga mempunyai bahagian tertentu terhadap hartanah tersebut. Mungkin boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
10. Begitu juga kalaupun nama isteri tidak ada dalam geran hartanah kerana suami beli guna duitnya sendiri, tetapi disebabkan si isteri telah bekorban menjaga kebajikan suami dan keluarga sehingga membolehkan suami mampu bekerja dengan baik sampai mampu beli hartanah, sudah pasti mahkamah akan mengambil kira bahagian isteri terhadap hartanah tersebut. Boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
11. Kalaupun katakanlah suami secara zahirnya tidak menyumbang langsung terhadap pembelian hartanah tersebut kerana si isteri menggunakan wang beliau sepenuhnya dan suami tidak membantu menguruskan hartanah tersebut misalnya, fakta bahawa si suami perlu bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan si isteri dan keluarganya menjadikan beliau juga mempunyai hak dan menyumbang secara tidak langsung terhadap hartanah tersebut.
12. Jadi, semuanya bergantung kepada sejauh mana masing-masing dapat membuktikan sumbangan masing-masing (sama ada secara lansung atau tidak lansung) terhadap harta sepencarian tersebut. Walaubagiamanpun sekiranya masing-masing dapat bertolak ansur dan dapat membuat keputusan bersama secara baik disamping saling meredhoi satu sama lain tentang bahagian masing-masing, atau redho melepaskan hak dan bahagian masing masing secara sukarela, itu adalah lebih baik.
13. Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda ada mengeluarkan apa-apa sahaja perbelanjaan terhadap harta sepencarian tersebut, simpan lah bukti seperti resit bayaran dan sebagainya. Atau jika perlu direkodkan setiap sumbangan anda baik secara zahir atau sebaliknya, boleh sahaja ianya direkodkan. Tidak menjadi masalah.
Ini penting untuk membantu memudahkan anda menuntut bahagian masing-masing terhadap hartanah tersebut di kemudian hari sama ada disebabkan penceraian atau kematian.
Jadi selepas ini harap jangan ada lagi yang keliru, nak beli rumah letak nama sendiri atau nama bersama pasangan suami isteri.
Terima kasih,
Salkukhairi Abd Sukor
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)