Setiap anak punya karenah dan perangai masing-masing. Ada yang jenis lembut dan tak kurang yang berjiwa ‘keras’. Kadang-kadang naik pening nak melayan terutama sekali bagi ibu bapa yang punya ramai anak.
Namun, itulah momen indah yang tidak semua dapat rasa Kan. Lebih-lebih lagi jika dapat anak yang manja,sangat rapat dan mendengar kata. Sejuk perut ibu mengandung kan.
Usahawan kosmetik, Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang kini memiliki lima cahaya mata, berkongsi tentang perangai anak ketiganya yang diakui paling manja dan ‘limited edition’ di antara kelima-lima anaknya.
“Baem anak limited edition.. 5 anak satu je sangkut gini”
Itu antara kata-kata Isteri kesayangan Dato’ Aliff Syukri menerusi satu perkongsian video. Di dalam video itu kelihatan Baem tak henti-henti bersalam dan mencium ibunya seolah tidak mahu berenggang.
Baem atau nama sebenarnya Ibraheem Adham Bin Aliff Syukri merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik.
Bahkan Datin Shahida menggambarkan sifat anak ketiganya itu manja dan terlebih ‘caring’ berbanding yang lain. Katanya lagi, pasti ada ibu bapa lain yang mempunyai anak manja seperti ini walaupun sudah besar remaja.
“Mesti korang ada anak macam ni kan sorang yang terlebih manja dan caring”
Ada antara kita mengambil cara yang mudah untuk mendapatkan rawatan apabila menghadapi masalah kesihatan.
Keputusan yang diambil tanpa mendapatakan nasihat doktor membahayakan dirinya hingga ia menjadi lebih teruk.
Inilah yang terjadi kepada seorang pesakit apabila, tidak mendapatkan nasihat doktor sebaliknya hanya mendapatkan maklumat menerusi carian di internet.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Dr. Arisman, MD. mengenai masalah kesihatan ini. Jangan buat main, jika salah ambil ubat akan membahayakan kesihatan kita.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
NANAH TAK AKAN SEMBUH DENGAN “SUPLEMEN ANTIBIOTIK”
Isteri saya kongsi cerita dengan saya kelmarin berkenaan seorang pesakit yang dia terima semasa bertugas di klinik.
Pesakit berusia hampir 30 tahun datang kerana ada nanah pada tepi ketiak selama 2 hari, beliau pergi ke salah sebuah farmasi di kawasan rumahnya untuk mendapatkan ubat-ubatan sesuai.
Dia telah disarankan oleh staf bertugas di dalam farmasi tersebut untuk menggunakan ubat pil ini (seperti dalam gambar). Katanya ini adalah antibiotik. Jadi pesakit ini pun gembira dan beli antibiotik seperti yang dia inginkan.
Dia tak mahu berjumpa doktor sebab dia nak beli ubat sahaja selepas dapat ilmu dari kawan, saudara ataupun Google berkenaan ubat apa diperlukan bagi penyakitnya.
Selang beberapa hari, dia rasakan saiz nanah semakin membesar dan mula berdenyut sakit. Dia ambil keputusan menyerah untuk berjumpa dengan doktor juga.
Isteri saya periksa keadaan nanah agak besar. Sudah ada demam. Dia mulakan rawatan ubat dengan antibiotik yang sesuai. Dia bertanya kepada pesakit “Boleh tahu apa antibiotik yang diberikan farmasi tu?”
Pesakit keluarkan dari poket dan tunjukkan kepada doktor. (Gambar seperti dibawah) Isteri saya hairan. Tak pernah lagi kita jumpa pil antibiotik seperti ini. Nama ubat pun dah tahu bukan antibiotik.
Kemudian isteri saya tanya “Farmasi tu bagitau tak makan berapa kali sehari? Sampai berapa hari? Dia tanya tak u pregnant ke? Breastfeeding ke? Ada penyakit apa-apa?”
“Takde pula. Saya beli macam tu je. Saya makan sekali dua je doktor.” Jawab pesakit. Isteri saya search nama ubat tersebut bagi mengenal pasti apa kandungan sebenar. Rupanya itu hanyalah suplemen herba yang mempunyai tindak balas seperti anti microbial.
Ia hanya merangsang sistem imun dan bukan membunuh kuman tersebut secara specifik dan tepat. Oleh sebab itu ia tidak akan sama sekali berkesan pada penyakit nanah si pesakit tersebut.
Maka berlakulah babak memberikan pembelajaran kepada pesakit tersebut oleh isteri saya.
Mesej saya di sini; 1. Jika ada nanah pada mana-mana tempat angota badan kita, sila pergi berjumpa doktor dengan kadar segera. Periksa dengan doktor untuk tentukan antibiotik apa yang sesuai, atau boleh dahulu dengan ubat sapuan tanpa ubat makan.
2. Jika anda adalah pesakit kencing manis, sila terus berjumpa doktor beli ubat yang sesuai. Jangan tangguhkan atau cuba ubat suplemen lain.
3. Farmasi atau pegawai farmasi TIDAK BOLEH menyarankan atau memberikan ubat-ubat ANTIBIOTIK tanpa preskripsi daripada seorang pegawai perubatan! Jadi jangan dapatkan antibiotik di farmasi jika anda tidak berjumpa dengan doktor dahulu. Jika ada pegawai farmasi yang berbuat demikian, sila laporkan.
4. Berhati-hati dengan suplemen yang disarankan oleh mana-mana pihak. Ianya akan membazirkan duit dan melambatkan rawatan. .
Keprihatinan pelakon popular, Emma Maembong melayani seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada pembantu rumahnya dengan penuh kasih sayang meraih pujian dalam kalangan peminat.
Pemilik nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail ini dilihat melakukan kejutan bagi kanak-kanak yang dipanggil Intan itu di sebuah taman permainan ‘indoor’ baru-baru ini. Kejutan tersebut bersempena hari ulangtahun kelahiran Intan.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi satu video di mana pelakon berusia 30 tahun itu menyediakan sepotong kek sebelum ditiup oleh Intan dengan rasa gembira. Malah, kanak-kanak tersebut juga teruja mendapat hadiah berupa anak patung.
Melahirkan ucapan selamat hari lahir buat Intan dan meluahkan rasa sayangnya terhadap kanak-kanak tersebut, cara Emma meraikan Intan nampak ikhlas dan penuh dengan kasih sayang membuatkan ramai kagum.
“Selamat hari jadi Intan sayang. Mima (nama panggilan) sangat sayangkan kamu,” tulis pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu menerusi kapsyennya.
Selain video berkenaan, dia turut berkongsi beberapa keping swafoto dan gambar bersama kanak-kanak tersebut yang dilihat saling mengenggam tangan antara satu sama lain.
Emma Maembong sebelum ini pernah berkongsikan gambar bersama suami, Shazli dan anak mereka, Shariq Arshan Gabriel di Cameron Highland. Tidak hanya mereka bertiga, malahan Emma turut membawa bersama pembantu rumahnya bersama.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan Emma yang tidak sombong melayani anak pembantu rumah seperti ahli
Semasa hari raya, selain bersalam-salaman dan eratkan semula hubungan antara kekeluargaan, tak salah untuk meluangkan sedikit masa untuk bergambar sekadar untuk kenang-kenangan masa akan datang. Bukan hanya itu, gambar yang diambil juga akan dikongsikan di laman sosial masing-masing.
Tidak lepaskan peluang, pelakon Ashraf Muslim turut berkongsi gambar rayanya di laman sosial Instagramnya baru-baru ini. Yang mencuri perhatian orang ramai apabila gambar yang dimuat naik itu memaparkan kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Menerusi hantaran tersebut, keluarga itu telah mengenakan busana sedondon berwarna kelabu ketika meraikan di kampung dan turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga serta memohon maaf andai mempunyai salah silap.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya tumpang rasa gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.
Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.