Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.

5 Asuhan Awal ‘Mencintai’ Ibu Bapa, Supaya Jadi Anak Yang Baik Dan Berakhlak

1.Rujukan Al-Quran
Katakan sikap yang baik adalah tuntutan agama Islam. Luangkan masa untuk bercerita tentang perintah Allah supaya menghormati ibu bapa di dalam al-Quran. Terdapat juga kisah-kisah pengajaran di dalam sirah sebagai panduan anak-anak

IKLAN

2.Teladan
Kanak-kanak bejar mellaalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.

IKLAN

3.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.

IKLAN

4.Tunjukkan kasih sayang
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.

5.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI