Pantang ada cerita yang trigged sikit di televisyen, mulalah netizen ni meluah rasa tak puas hati di media sosial. Misalnya seperti baru-baru ini, sana sini buka lah sosial media apa pun, mesti akan ada nama Nuha dan Adam, nama watak dalam drama hangat ‘Aku Tanpa Cintamu’.
Malah, ada sampai yang tak sanggup menonton khuatiri terlampau emosi menonton drama tersebut. Tetapi, pada hakikatnya, konflik rumahtangga sebegitu sememangnya ada sahaja di luar sana. Bezanya didedahkan pada umum atau tidak sahaja.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat akui tahu tentang watak Nuha dan Adam itu selepas menonton di laman Tiktok. Dia yang sedang memberi ceramah sempat menyebut nama Adam dan Nuha dalam perbincangan topik bertajuk ‘Keluarga & Kerjaya’ dan menjadikan mereka contoh dalam topik tersebut.
Mengambil contoh bagaimana Nuha terpaksa menggunakan wang sendiri untuk memenuhi kemahuan suami, hal sebegitu sebenarnya tidak seharusnya berlaku.
Ads
“orang perempuan tak wajib tolong suaminya. Dari sudut duit gajinya, tak wajib bagi kat suaminya.
“Isteri pula tolong settle bayar duit kereta suami, isteri yang teruk. walaupun isteri anak orang kaya.” kata ustaz dalam petikan video yang tular itu.
Tambah ustaz, dalam segi pengurusan rumah, sepatutnya itu adalah kerja suami tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk isteri membantu.
Ads
“Cuma, Walaupun itu tanggungjawab lelaki, orang perempuan dengan penuh rela hati menganggung tugas suami dan membuatnya dengan lebih baik daripada suami buat.” jelansya.
Bagi yang mengenali ustaz, sememangnya tahu bahawa ustaz sememangnya gemar menyelitkan unsur lawak dalam percakapannya. Bertanya apakah tajuk drama tersebut, ustaz sempat bergurau dengan tetamu lain tentang drama yang menjadi bualan orang ramai itu.
Melalui ruangan komen, ratusan netizen sangat terhibur dengan gaya santai ustaz menjadikan 2 watak itu sebagai contoh mudah dalam kandungan ceramahnya. Viral sejak semalam, video berkenaan sudah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Selain pelepasan hutang, waris Allahyarhamah turut menerima khairat kematian sebanyak RM1,500 sebagai sebahagian daripada faedah di bawah perlindungan pinjaman PTPTN.
Dalam usaha meneruskan komitmennya terhadap kebajikan peminjam, PTPTN melalui inisiatif Program Ziarah PTPTN Prihatin telah menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang merangkumi wang tunai sebanyak RM2,000 serta kotak makanan kepada keluarga mangsa.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tragedi yang berlaku pada 19 April itu memberikan impak emosi yang besar kepada ahli keluarga Allahyarhamah. PTPTN memaklumkan bahawa inisiatif sebegini mencerminkan keprihatinan agensi itu dalam meringankan beban yang ditanggung oleh waris peminjam.
Tambahan pula, skim perlindungan takaful berkumpulan yang ditawarkan oleh PTPTN diharapkan dapat memberikan sokongan moral dan kewangan kepada keluarga yang berhadapan dengan saat sukar ini.
Majlis penyerahan sumbangan dan sesi ziarah telah berlangsung di kediaman keluarga mangsa di Felda Chemplak, Labis, Johor. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Zawiah Wan Abu Bakar, yang mewakili kepimpinan PTPTN, serta Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Johor, Rafidah Sidek.
Ramai antara ibu bapa yang memilih Baby Carrier untuk mendukung anak. Selain membuatkan anak rasa selesa berada di sisi anda, ia juga membantu mengurangkan beban berat si kecil anda.
Namun, adakah anda pasti selaman ini, cara penggunaan carrier pada si kecil anda betu dan tidak mendatangkan impak negatif. Ini yang dikongsikan oleh say_shazril menerusi instagramnya.
Baby Paling Ke Hadapan Tak Berapa Bagus . Sy cukup suka palingkan Ace ke depan supaya dia dapat tengok dunia tapi bini sy cukup tak suka. Bila baca-baca bijak rupa-rupanya biniku. Anda hanya boleh palingkan anak anda ke hadapan HANYA JIKA dia boleh mengawal kepala & lehernya dengan baik. Macam mana nak tau? Simple, semasa anda sedang carry dia cuba bengkok-kan badan anda ke kiri & ke kanan. Sekiranya kepalanya lentok ikut pergerakan anda that means dia tak bersedia untuk front facing lagi. Selalunya by 6 bulan tapi bergantung kepada perkembangan motornya.
Baiklah, kenapa palingkan baby ke hadapan tak bagus? Pertamanya, it’s BAD FOR YOUR SPINE. Perasan dak bila palingkan dia ke depan laju ja belakang kita lenguh? Ini disebabkan bebanan daripada berat bayi itu lebih jauh ke hadapan maka untuk compensate lebihan bebanan ini, tulang belakang kita kena bengkok lebih (hyperextend) & ini memberi tekanan yang lebih di tulang belakang kita. Sebab tu once dah rasa lenguh, kita diharuskan memalingkan bayi menghadap kita. Tulang belakang nak guna lama peeps. . Kedua, palingkan ke hadapan is BAD FOR YOUR BABY’S SPINE. Tulang belakang kita bentuknya ibarat huruf “S”. Cuba bayangkan jika perut kita boyot & kita letakkan bayi kita menghadap depan, semestinya perut kita akan overextend tulang belakang dia & bukan sahaja tulang belakangnya yg akan menampung berat badannya malah segala hentakan daripada langkah kita akan memberi tekanan kepada tulang belakangnya.
“Jadi tak elok langsung la ni paling ke hadapan doc?”. Bagi sy jawapannya BERGANTUNG. Bila sy palingkan Ace ke hadapan cukup happy dia tergedik2 manja. Tapi bila dia bising & grumpy mungkin daripada overstimulation & mungkin daripada belakangnya lenguh, sy & bini tau yg it is time tuk palingkan dia menghadap kami. Its all about your parenting instinct. Paling penting, JANGAN SESEKALI BIARKAN BABY ANDA TIDUR SAMBIL PALING KE HADAPAN kerana boleh menyekat saluran pernafasan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selebriti seorang ni memang sangat terkenal dengan cara sempoinya dalam mengendalikan program. Wajahnya sentiasa muncul di kaca tv, laris bak pisang goreng panas.
Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, namun keluarga tetap menjadi keutamaan. Sesekali berpeluang, dia akan membawa anak dan isterinya bercuti.
Walaupun ia bukan satu perkara yang kerap dilakukan Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak. Memandangkan jadual tugasannya agak padat membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.
“Biasanya kita rancang lebih awal, contoh kalau nak bercuti tahun depan, tahun ni kita lock siap-siap tarikh dan tempah lebih awal. Jadi bila dah sampai masanya, dah ada tarikh dan bila dah tiba masanya terus pergi sahaja.
Saya kerap juga keluar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahillah bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah. Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” begitu tegas anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.
Sehingga kini kata Nabil yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagil, dia sudahpun membawa keluarganya ke beberapa buah negara antaranya Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.
Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan. Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.
“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja.
Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya.
Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti untungnya saya dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak-anak. Pernah tertinggal stroller tu adalah..tapi tak pernahlah lagi anak demam atau sakit. Memang percutian pun best.
Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.
Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.
Zira Persiapkan Segalanya
Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya.
“Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.
Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.
“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah.
Cuma ketika berada di sana, kami banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua-duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat saya namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi April 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.