Terpaksa buka kasut dikhalayak ramai? Argh sudah…ini memang masalah besar. Mana taknya, bau kasut yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini buat kita rasa rendah diri.
Rasa susah hati bila alami perkara sebegini. Takut mengganggu dan rasa kurang selesa orang lain. Kaki berpeluh antara punca masalah kaki berbau. Namun ada juga sesetengah jenis kasut yang kurang sesuai dengan kulit kaki dan bertindak balas dengan kaki kita. Bakteria yang hidup akan mengeluarkan asid dan menjadi punca bau busuk pada kasut.
Khas buat yang suka shopping kasut jangan lupa guna kod promo ini untuk dapat diskaun terhebat.
Bila kasut dan kaki dah berbau, apa yang harus kita buat? Petua-petua merawat kaki secara semulajadi ini pasti boleh membantu anda.
Ads
1. Rendam dalam air garam
Isikan satu baldi besar dengan air suam kemudian masukkan 2 sudu makan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu. Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki dan secara tak langsung mengurangkan
bakteria pada lapisan kulit.
2. Rendam Cuka
Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu. Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.
Ads
3. Air rebusan teh
Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air ke dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu.
Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap
semua bauan yang tidak menyenangkan!
4. Sembur bahagian dalam kasut
Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.
Ads
5. Tabur tepung jagung
Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.
Selamat mencuba.
Anda sudah tahu petuanya. Jangan lupa guna promo kod ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang jika kita dapat tanam sayur-sayuran memang sejuk mata memandang. Halaman rumah akan menjadi hijau. Bukan itu aje kebaikkan, kita nak masak sayur pun mudah. Hanya petik sayur di halaman rumah, terus boleh masak. Tidak perlu pergi ke kedai.
Salah satu sayur yang menjadi kegemaran ramai adalah sayur kobis. Buat goreng sayur memang sedap.
Menerusi perkongsian ini, diberi tunjuk ajar bagaimana menanam sayur kobis dengan betul malah menjadikan tanaman ini tumbuh subur dan gemuk-gemuk. Siapa yang tak happy kan bila sayur tumbuh dengan subur di halaman rumah. Tanam dalam pasu pun boleh. Asalkan ikut step by step ni. Jom ikut cara ini.
Ramai yang bertanya cara tanam kobis.. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya
Kaedah penanaman kobis Step 1: Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah) Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu. Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari…
Step 2: Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat @ tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.
Step 3: Pindahkan anak semaian; Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yg bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).
Step 4: Menanam; Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow2 dedahkan pada cahaya matahari.
Step 5: Kaedah menyiram; Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.
Step 6: Baja; Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai utk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.
Step7: Tuaian kobis; Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.
Dah petik,gemuk kan! Dah boleh buat goreng sayur!
Selamat mencuba.
kredit:.Nor hayati ismaill
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru viral berkenaan satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid gara-gara mencuri tabung masjid dan kes ini telah pun dibicarakan dimahkamah.
Atas perbuatan tersebut, remaja itu dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.
Pun begitu disebalik apa yang terjadi, kisah hidup remaja ini telah menarik perhatian Ustazah Asma’ Harun.
Pintanya ambil iktibar daripada kisah ini agar ibu ayah andai sedang hadapi apa jua ujian dalam perhubungan, atau yang telah berpisah, diharapkan jaga amanah Allah. Sedaya upaya cuba berikan keperluan emosi dan mental yang sihat untuk anak-anak.
Ikuti perkongsian penuhnya di sini dan semoga dapat mendidik diri kita sebagai ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing dan membesarkan anak-anak.
Pencuri Dimandikan Seperti Jenazah
Allahu Akbar 😢. Kita semua mengikuti kisah ini kan, saya juga tercari-cari maklumat tentang pelaku, akhirnya dapat kita tahu, sejak umur 8 tahun jalan hidup berliku, hadapi ujian keluarga yang berpecah, mungkin sebelum itu lagi dah bermula.
Atuk sekarang dalam 70-an, maksudnya dah 10 tahun bersama Atuk, dialah Ibu dan dialah ayah. Kenapa anak ini tidak dijaga oleh salah seorang ibu ayah ?, Atuk yang kudrat dah terhad, ditambah pula sakit. Saya cari maklumat, adakah 2 adiknya juga Atuk yang jaga ?.
Memang tidak ada alasan yang boleh diterima untuk membenarkan perbuatan anak ini. Namun, bila membaca susulan kes ini, kita perlu ambil peluang untuk merenunginya. Saya tidak mahu mengulas tentang tindakan pihak tertentu, pasti semua yang berlaku ada hikmah.
Lalui Hidup Yang Perit Tanpa Ibu Bapa
Pengalaman saya ketika diminta memberi pengisian kepada para pelaku jenayah syariah, dengan pelbagai kesalahan. Satu hari, kehadiran peserta dalam 60 orang lebih dengan pelbagai peringkat umur, remaja dan anak muda paling ramai. Saya perlu bersama mereka daripada jam 8pg hingga 5ptg. Ada slot meluahkan perasaan pada kertas, mereka menuliskan, ada yang dengan air mata.
Punca paling tinggi sebab mereka melakukan kesalahan jenayah, adalah kerana Ibu Bapa. Pelbagai konflik dan tekanan yang berlaku dengan kisah berbeza, telah menjadikan mereka membesar dengan dendam, amarah, benci diri sendiri, benci ibu ayah, putus asa, hilang arah, rasa malang sangat.. 😣.
Saya baca surat mereka, ada yang saya tak mampu nak baca, betapa perit kehidupan mereka, mangsa dera, mangsa buli, mangsa sumbang mahram dll.
Sejak Allah beri saya peluang begitu, setiap kali saya berhadapan dengan remaja yang bermasalah, saya letak perasaan kasihan dahulu. Saya akan bertanya dalam hati, bagaimana kehidupannya sehingga dia sanggup melakukan perbuatan yang keji.
Cabaran dalam mengharmonikan keadaan, kita usaha memujuk mereka untuk memaafkan Ibu Ayah dengan mengingati kebaikan dan pengorbanan.
Kedua, cuba bantu mereka melepaskan masa lalu, demi untuk memiliki kehidupan yang diimpikan. Saya baca impian mereka, saya mendoakan.
Doakan Yang Baik
Tuan Puan, jangan salah faham. Saya hanya ingin sampikan mesej kepada Ibu Bapa yang sedang hadapi apa jua ujian dalam perhubungan, atau yang telah berpisah, apapun yang berlaku tolong jaga amanah Allah yang kalian bakal diadili dan dihakimi di Akhirat kelak. Sedaya upaya cuba berikan keperluan emosi dan mental yang sihat.
Anak suci tidak bersalah, namun dia menjadi mangsa yang tak boleh bersuara. Dia tidak mengerti tapi terus dizalimi. Dia ingin lari tapi ketakutan menyelubungi. Dia terus sahaja hidup dengan segala rasa, kekurangan dan kesepian… 😔
Kita mendoakan, buat anak muda yang baru berusia 18 tahun ini, Allah swt bukakan jalan-jalan kebaikan dan kebahagian. Moga beliau terus dapat menjaga Atuknya, terus menuntut ilmu dan diberikan rezeki perkerjaan dan pasangan yang baik. Moga kamu boleh bangkit semula ✊.
Doa ini juga untuk semua anak yang menjadi mangsa perpecahan keluarga atau yang terabai dan dizalimi. Allah swt memilih kalian sedari kecil untuk diuji dengan begitu berat, untuk menjadikan kalian seorang yang hebat, kuat dan mulia.
Semoga bermanfaat buat semua, moga komen dengan harmoni.
*Jika ada sesiapa yang boleh berikan maklumat Peguam yang baik hati mewakili pelaku, boleh berikan maklumat melalui PM. Terima kasih.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Rakaman yang tular di media sosial menyaksikan seekor ular sawa berada dalam sebuah pesawat meraih perhatian ramai.
Difahamkan haiwan reptilia berukuran tiga meter berjaya dikeluarkan daripada sebuah pesawat oleh para pekerja setelah menyedari kehadiran reptilia itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi video yang dimuat naik oleh @MalaysiaViral, kelihatan ular tersebut berjaya dikeluarkan oleh para pekerja. Kelihatan mereka bertungkus lumus untuk menariknya keluar dari celahan bawah pesawat itu.
Dalam pada itu, video berkenaan juga turut dikongsi oleh pengguna di facebook, Mohd Ezairol Rezan Zainol . Menerusi komen seorang penggunakan facebook mendakwa kejadian itu berlaku di Subang Airport pesawat jenis B737.
VIDEO
LAGI KES ULAR DALAM PESAWAT
Terdahulu, pada Februari lepas sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Kuching, Sarawak susulan kemunculan reptilia itu ke dalam pesawat. Difahankan penumpang sebuah pesawat Air Asia yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Tawau dikejutkan dengan penemuan seekor ular dalam kabin pesawat.
Ketua Pegawai Keselamatan Air Asia Liong Tien Ling turut memberi keterangan mengenai kejadian tersebut. Katanya, juruterbang pesawat tersebut melencongkan pesawat ke Kuching setelah tahu kejadian ini bagi menangkap ular tersebut dan mengasap pesawat berkenaan.
Kakitangan darat Air Asia Kuching juga membantu mengesan ular tersebut. Selepas ular berjaya ditangkap barulah penerbangannya ke Tawau diteruskan.
Beliau turut berkata, kejadian ini jarang berlaku tapi boleh pada mana mana pesawat pada waktu yang tidak dapat diduga. Apa sekali pun, syukurlah sebab tiada sesiapa tercedera.
Di ruangan komen, rata-rata ramai berjenaka mengenai ular tersebut. Antara komen adalah seperti berikut.