Bagi ibu-ibu, bab nak nyahbeku atau defrost bahan masakan terutama baik ikan, seafood atau daging selalu ambil masa yang lama.
Walaupun dah rendam dalam air, berjam juga lauk nak lembut. Bagi yang ada microwave kat rumah mungkin cepat je nak defrost, tapi bagi yang buat secara manual terpaksa lah tunggu kan.
Satu perkongsian baru-baru ini menerusi video dari akaun TikTok @wan.kilang.wangi atau mesra disapa Wan Said ni mungjin voleh ibu-ibu prakttikan caranya.
Ads
Ads
Lelaki ini kongsi tips bagaimana nak simpan ikan dalam peti ais, tapi ambil masa lima minit je nak defrost. Bukan sahaja jimat masa, ikan pun tetap segar.
Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak ramai anak-anak remaja kita hari ini yang rajin ke dapur atau dengan kata lain pandai memasak. Namun itu tak bermakna kita sebagai ibu bapa tidak boleh mendidik mereka untuk berdikari.
Pasti susah pada permulaannya. Mencuba kemahiran memasak ini di waktu sudah dewasa tidaklah menjadi masalah, namun jika anak lelaki sudah dilatih sejak kecil pasti bonus buat ibu-ibu.
Dr Norzila Zakaria turut berkongsi kisahnya yang mengajar anak lelakinya sejak kecil. Baginya anak lelaki mesti cekap di dapur. Ada kebaikannya dikemudian hari.
Anak lelaki mesti cekap di dapur Kebiasannya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu kita di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak.
Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran. Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sejak mereka kecil lagi bila masuk dapur saya akan beri apa sahaja yang saya pegang. Contohnya sayur biarlah dia potong dan ambil apa yang mereka potong walaupun tidak cantik potongannya. Ini akan menyebabkan mereka rasa seronok untuk menolong kita pada masa akan datang.
Perlahan-lahan saya upgrade kepada menggunakan pisau, siang ikan dsb.
Cuma rumah saya ni guna dapur induksi yang tak panas jadi saya tidak berapa bimbang tentang api dan gas. Namun semua pun perlukan pemantauan.
Ganjaran buat anak-anak jika melakukan satu-satu perkara, pada saya jika maksud memberi hadiah itu jelas kepadanya maka tidak menjadi masalah. Namun jangan sampai dia menjadikan hadiah itu suatu yang wajib bila dia melakukan sesuatu kerja.
Perlahan-lahan kita ajarkan agar mereka melakukan suatu tugasan itu dengan ikhlas dan sebagai khidmat kepada ibu bapa yang besar pahalanya. Maksud saya di sini biar anak faham bahawa hadiah terbaik adalah pahala dari Allah swt.
Apabila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam, pasti ibu bapa tak senang duduk kan. Masalah demam ni jangan dibuat main, boleh mengundang bahaya tak kira anak mahupun orang dewasa.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Jom cuba petua yang dikongsikan Ameera ini yang menggunakan beras dan air suam sahaja. Petua orang dulu dulu.
Sampai sekarang masih diamalkan. Untuk demam sangat baik petua ni. Gorengkan segengam beras sehingga kekuningan. Ambil air suam masukkan beras tadi kedalam jug air.
Minum selepas beras tu tenggelam ke bawah. Bagus untuk sejukkan badan yang panas. Segengam je bukan 1 pot.
Goreng sehingga berubah perang.
Tengelam je beras tu boleh minum dah.
Selamat mencuba gais.
#petuaaruahopahibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di