5 Petua Perawatan Luaran & Dalaman Untuk Awet Muda.Memang Kena Cuba!

Share

Meskipun bertambahnya umur, kita orang perempuan sebolehnya tidak mahu wajah terlihat tua.  Jika boleh biarlah sentiasa awet muda.

Berharap sahaja mana mungkin boleh terjadi,  tapi perlu ada usaha bagi melengahkan kesan penuaan terlihat diwajah.

Jika diikutkan petua orang dulu-dulu umpamanya,  memang banyak. Sama ada secara luaran hinggalah melalui pemakanan. Dan semua itu,  5 yang mudah untuk dilakukan kami sediakan untuk anda amalkan.  Jom semak apakah cara terbaik tersebut untuk kekal muda.

Guna air basuhan beras

Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.

Basuh muka dengan air kelapa

Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.

Guna air mawar sebagai toner

Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.

Selain perawatan dari luaran,  amalan minum air herba tertentu juga dapat membantu wanita untuk kekal muda.

Antaranya seperti mengamalkan minum air rebusan serai.  Penyediaannya cukup mudah,  ambil 10-15 batang serai, kemudian di rebus dengan air 10 liter selama 2 jam atau hingga pekat dan keluar bau harumnya. Amalkan selalu dan akan nampak kesannya pada wajah dan tubuh badan.

Selain itu,  minuma  air halba yang dicampur dengan kurma juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri disamping mambantu untuk kekal muda.

Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh  Dr Malinda.

Bahan-bahan:

1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek

Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek untuk merebus.

2. Masukkan halba dan kurma tadi.

3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.

4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.

Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.

 

 

IKLAN