Tidak dinafikan untuk penjagaan kulit wajah, kita orang perempuan suka menggunakan masker. Meskipun banyak dijual dipasaran, namun lain pula pilihan Puan Dura yang lebih selesa menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Apa yang lebih menariknya dia akan  menghasilkan sendiri maskernya iaitu dengan menggunakan Tepung Kacang Kuda!

Mungkin kedengaran agak janggal bagi yang tidak biasa, namun tahukah anda menurut Dura masker kacang kuda ini telah lama diamalkan oleh wanita pakistan mahu pun india. Untuk itu ayuh kita semak detail perkongsiannya petua ini untuk manfaat bersama.


Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY #instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.

Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat.

“Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.”

Patutlah retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.

Bahan-bahan :

IKLAN

Rupanya Pakai Tepung Kacang Kuda Untuk Cantikkan Kulit. Rajin Amalkan & Wanita Ni Nampak Hasilnya!

1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil

Dan video ini ada cara bagaimana membuat bancuhannya dan terus boleh dipakai kewajah.

IKLAN

Posted by Dura Zain on Tuesday, 22 May 2018

sumber : Dura Zain

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

Rupanya Pakai Tepung Kacang Kuda Untuk Cantikkan Kulit. Rajin Amalkan & Wanita Ni Nampak Hasilnya!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI