Umumnya kita sangat prihatin untuk memberi ubat cacing pada anak-anak kita semasa mereka kecil untuk menjaga kesihatan mereka. Paling tidak dalam setahun, sekali kita akan berikan anak makan ubat cacing. Kalau anak tidak mahu makan, sampai kita sangguplah paksa mereka makan, ini semua demi kesihatan mereka.

Namun tahukah anda, makan ubat cacing bukan sahaja untuk anak-anak malah kita orang dewasa juga perlu mengambil ubat cacing!

“5 Tahun Dulu Nyaris Buta…”- Wanita Ni Kongsi Cerita Gara-gara Tak Makan Ubat Cacing!

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada umum, pemilik akaun TikTok@faetahz atau mesra disapa Tah,  berkongsi pengalaman lima tahun yang lalu yang menyebabkan dia  hampir buta gara-gara cacing.

“5 Tahun Dulu Nyaris Buta…”- Wanita Ni Kongsi Cerita Gara-gara Tak Makan Ubat Cacing!

 

Mata Gatal & Kabur

“Cerintanya begini, masa hujung 2015 tu aku pergi satu camp di tepi pantai. Jadi di sana aku banyak main pasir sebab kena buat LDK (latihan dalam kumpulan), buat sandcastle dan banyaklah main pasir.

“Beberapa hari selepas balik, aku rasa gatal-gatal mata. Ingatkan biasa-biasa sampai lah satu malam tu ketika sedang tengok tv terasa sangat gatal dan ketika gosok-gosok mata nampak ada semacam bebenang. Ingatkan tahi mata, biarkan jugalah.

“Bangun tidur esoknya tu pandangan aku kabur yang teramat sangat, tapi sebelah mata sahaja. Bagi tahu umi masalah mata aku ni dan kami pun pergi ke klinik pakar mata, tapi sebab klinik tu tak cukup kelengkapan, aku diberi ubat sahaja. Beberapa hari titik ubat tu, gatal memang hilang tapi mata masih kabur,” cerita Tah panjang lebar.

Pergi Kedai Cermin Mata

Tidak puas hati kenapa mata tetap kabur dan disangkakan ada kaitan dengan ‘power’ cermin mata, maka Tah dan umminya pergi ke kedai cermin mata untuk dapatkan kepastian.

“Mata aku kabur dan ummi ingatkan mungkin power cermin mata naik, jadi ummi sarankan kami pergi ke  pusat optometri untuk memeriksa tahap kerabunan mata.

“Bila buat pemeriksaan, orang kat kedai cermin mata tu letak power paling tinggi pun pandangan  aku masih kabur, sampai dia cakap mustahil naik power cepat sangat dan disarankan pergi ke klinik,”jelasnya lagi.

Semakin Serius 

Mencari apa punca mata menjadi rabun, Tah terus mendapatkan rawatan di klinik pakar mata yang lain pula dan siapa sangka masalah matanya itu perlu dirujuk ke hospital besar.

Pelbagai ujian dilakukan untuk mengetahui punca penyakit yang dialami. Bukan sehari dua perlu buat temujanji dengn doktor pakar namun masih tidak dapat menemui jawapan pada masalah mata yang dialami. Sehinggalah suatu hari kesnya itu dirujuk kepada doktor pakar dari Hospital Selayang.

“Bila jumpa pakar, perkataan mula-mula keluar daripada mulut dia, “worm“ dan terus tanya bila last aku makan ubat cacing. Aku kata last aku makan ubat cacing masa kecik.

“Pastu dia (pakar) cakap, ubat cacing ni kena makan. Tak kisah kita kecil atau besar, setahun dua kali, sebab cacing ini memang akan selalu ada dalam badan kita.

“Menurut kata pakar, Tah bernasib baik sebab cacing tersebut tak kena mata hitam, kalau tak ia akan kekal dan boleh menyebabkan buta.

“Siapa sangka hanya kerana tak makan ubat cacing, akhirnya aku kena ambil ubat tersebut selama empat bulan supaya cacing dalam badannya betul-betul mati,”ceritanya panjang lebar dan menyarankan agar orang ramai ada kesedaran untuk ambil ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Sumber : TikTok@faetahz

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

“5 Tahun Dulu Nyaris Buta…”- Wanita Ni Kongsi Cerita Gara-gara Tak Makan Ubat Cacing!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“5 Tahun Dulu Nyaris Buta…”- Wanita Ni Kongsi Cerita Gara-gara Tak Makan Ubat Cacing!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“5 Tahun Dulu Nyaris Buta…”- Wanita Ni Kongsi Cerita Gara-gara Tak Makan Ubat Cacing!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“5 Tahun Dulu Nyaris Buta…”- Wanita Ni Kongsi Cerita Gara-gara Tak Makan Ubat Cacing!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI