Kisah ibu yang menghidap ketumbuhan bahagian otak mendapat simpati dari masyarakat. Kamareeah yang terlantar sejak tujuh bulan juga koma selepas melahirkan anak bongsunya.

Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.

“Ajaibnya Ibu Lahirkan Anak Ketika Koma Buat Kami Nak Lihat Sendiri Keadaannya.” Fouziah Gous & Suami Buat Kerja Amal, Lawat Pesakit Tumor Koma Lepas Bersalin

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada usahawan Datuk Zhafran Yusof yang turut ditemani isterinya, Datin Fouziah Gous untuk melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang

“Ajaibnya Ibu Lahirkan Anak Ketika Koma Buat Kami Nak Lihat Sendiri Keadaannya.” Fouziah Gous & Suami Buat Kerja Amal, Lawat Pesakit Tumor Koma Lepas Bersalin

Menurut usahawan Datuk Zhafran Yusof, sudah lima tahun dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.

Ads

“Ajaibnya Ibu Lahirkan Anak Ketika Koma Buat Kami Nak Lihat Sendiri Keadaannya.” Fouziah Gous & Suami Buat Kerja Amal, Lawat Pesakit Tumor Koma Lepas Bersalin

“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban berlaku terhadap Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.

“Ajaibnya Ibu Lahirkan Anak Ketika Koma Buat Kami Nak Lihat Sendiri Keadaannya.” Fouziah Gous & Suami Buat Kerja Amal, Lawat Pesakit Tumor Koma Lepas Bersalin

“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.

Ads

Sementara itu, Fairol Haziri yang merupakan suami Kamareeah memberitahu, selepas kisah sedih itu tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.

“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” kata Fairol Haziri Rahim, 44, suami kepada Kamareeah Arwae, 36, yang melahirkan anak bongsu mereka dalam keadaan koma.

“Ajaibnya Ibu Lahirkan Anak Ketika Koma Buat Kami Nak Lihat Sendiri Keadaannya.” Fouziah Gous & Suami Buat Kerja Amal, Lawat Pesakit Tumor Koma Lepas Bersalin

Fairol Haziri berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.

Ads

“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.

“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.

“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI