5 Tahun Kumpul Duit Syiling Penuh Satu Tong. Bila Dibuka, Banyak Sangat & Semua Ahli Keluarga Kena Kira. Ni Jumlahnya!

Share

Kisah seorang lelaki yang berkongsi video telah tular dikatakan sangat rajin membuat tabungan duit syiling. Bukan calang-calang tabung yang digunakan, ianya sebesar tong dengan ketinggian menghampiri paras pinggang orang dewasa.

Berdasarkan perkongsian video tersebut dikatakan lelaki itu telah menyimpan duit syiling selama 5 tahun. Untuk mengira kesemua wang yang ada, jumlahnya terlalu banyak hingga perlu mendapat bantuan ahli keluarga yang lain.

 

Dimuat naik dari akaun tik tok @kucingdalamakarung, pemilik ini berkongsi video yang menunjukkan dirinya dan seisi keluarganya membuka tong berisi wang syiling yang disimpan lima tahun oleh ayah mereka.

 

@kucingdalamakarung

yuk kita mulai nabung karena lama lama jadi bukit loohhh 🙈 ##xyzbca♬ LOW LOW REMIX GAMELAN – YT : DJ BORNEO

“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabyng ayah kami, dari tahun 2015. Bermula dari Maghrib hingga pukul 9 baru selesai.”

‘Setelah mengira semuanya, ternyata jumlah simpanan duit syiling sangat mengagumkan. Jumlahnya mencapai Rp20 juta (RM5,779).

 

Melihat perkongsian video ini, warganet terinspirasi dan turut ada yang berazam untuk membuat tabungan duit syiling. Antara komen-komen tersebut adalah seperti;

“Idea bagus menabung duit syiling”

“20 juta tu, okey mulai sekarang saya akan kumpul wang syiling di rumah saya dan tidak akan membuangnya”

“Sangat memberi inspirasi,wajar untuk diikut”

Sumber :@kucingdalamakarung

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Galakkan untuk anak-anak menyimpan duit syiling dengan menggunakan tabung digital yang menarik dan boleh dibeli secara online.

IKLAN