Kisah seorang lelaki yang berkongsi video telah tular dikatakan sangat rajin membuat tabungan duit syiling. Bukan calang-calang tabung yang digunakan, ianya sebesar tong dengan ketinggian menghampiri paras pinggang orang dewasa.
Berdasarkan perkongsian video tersebut dikatakan lelaki itu telah menyimpan duit syiling selama 5 tahun. Untuk mengira kesemua wang yang ada, jumlahnya terlalu banyak hingga perlu mendapat bantuan ahli keluarga yang lain.
Dimuat naik dari akaun tik tok @kucingdalamakarung, pemilik ini berkongsi video yang menunjukkan dirinya dan seisi keluarganya membuka tong berisi wang syiling yang disimpan lima tahun oleh ayah mereka.
“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabyng ayah kami, dari tahun 2015. Bermula dari Maghrib hingga pukul 9 baru selesai.”
‘Setelah mengira semuanya, ternyata jumlah simpanan duit syiling sangat mengagumkan. Jumlahnya mencapai Rp20 juta (RM5,779).
Ads
Melihat perkongsian video ini, warganet terinspirasi dan turut ada yang berazam untuk membuat tabungan duit syiling. Antara komen-komen tersebut adalah seperti;
Halba biasanya digunakan dalam masajan. Tetapi khasiatnya cukup meluas termasuklah untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.
Apabila digabungkan dengan kurma merah dapat membantu mencantikan kulit. Untuk yang berjimat tak nak keluarkan kos banyak boleh cuba petua mudah ini.
Selain itu banyak lagi khasiat Halba dan kurma merah untuk wanita. Petua ini dikongsikan oleh adiba razali. Jom cuba!
AIR HALBA DAN KURMA MERAH ? Cantikkan kulit dengan kos sangat murah
Bahan-bahan: Halba – 2 sudu besar Kurma merah (kurma cina) – 7 biji Gula perang (tak letak pun takpe) – secukup rasa Air untuk merebus – 2 liter
Cara-cara membuatnya: 1. Bersihkan halba dan kurma merah. 2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang. Lagi kembang lagi bagus. 3. Tutup api dan biarkan sekejap. Dah boleh minum.
* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.
Diba masa nak minum baru buh gula perang tuh.
Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin gitu.
7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:
1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam. 2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid. 3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil. 4. Mengetatkan dan meremajakan rahim. 5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan. 6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. 7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.
Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? ?
Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.
❌ Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.
#DibaKongsiPetua
Kredit : adiba razali via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah seorang anak bongsu yang dikenali sebagai Mohd Amiruddin Ahmad Moktar, 35 yang sanggup berkorban melepaskan jawatan hebat di bandar demi ingin dekat dan menjaga ibu tercinta cukup memberi inspirasi.
Hakikatnya bila seorang anak yang memuliakan orang tuanya pasti akan mendapat ganjaran pahala dan diperluaskan nikmat rezeki kepadanya. Kata-kata azimat ini harus dipegang dan yakinlah tiada usaha yang sia-sia bila kita lakukan demi ibu dan ayah tercinta.
Memetik kisah lanjut berkenaan kehidupan yang dilalui oleh Mohd Amiruddin di myMetro, walaupun pernah melepaskan pekerjaan bergaji lumayan agar dekat dengan ibunya, kehidupan Mohd Amiruddin Ahmad Moktar, 35, tidak pernah teruji bahkan lebih berkat apabila dia kini mampu memperoleh pendapatan lumayan serta mampu membahagiakan ibunya, Latipah Ahmad, 66.
Katanya, dorongan utama adalah doa dan restu ibu, maka disebabkan itu dia tidak menyesal melepaskan jawatan sebagai jurutera kepada pekerjaan yang mempunyai masa lebih fleksibel iaitu bidang takaful.
Hati Tak Tenang & Mahu Dekat Dengan Ibu
Graduan kejuruteraan mekanikal daripada universiti di Jepun itu tular di media sosial apabila berkongsi kejayaan hidup berkat menjaga ibunya serta kerap meraikan wanita itu, termasuk membawanya melancong.
Baru-baru ini dia membawa ibunya menginap di tiga hotel mewah dengan layanan VIP ketika bercuti di Langkawi.
“Saya belajar di Jepun selama lima tahun sejak 2006 dan selepas itu bekerja di sebuah kilang di Kulim pada April 2011, namun bapa (Ahmad Moktar Ismail) meninggal dunia tujuh bulan selepas itu dan saya pula mendapat tawaran sebagai jurutera syarikat lain dengan gaji lebih lumayan di Cyberjaya, dua tahun kemudian.
“Hati jadi tidak tenang apabila mengenangkan ibu di Kampung Haji Bunga, Pendang. Walau tahu adik beradik lain menjaga ibu yang hanya bergerak dengan kerusi roda, tapi saya mahu dekat dengan dia.
“Saya nekad berhenti kerja pada 2015 kerana mengenangkan keadaan ibu walaupun mendapat tentangan daripada adik beradik dan ibu sendiri,” katanya yang mempunyai kakak dan dua abang yang masing-masing memiliki kedai komputer di Pendang serta pegawai bank.
Ubahsuai Rumah & Jual Kereta ‘Sport’
Anak bongsu itu berkata, dia sememangnya rapat dengan arwah ayah dan ibunya, malah setiap minggu akan pulang ke kampung untuk menziarahi mereka ketika bekerja di Kulim dan setiap dua minggu sekali ketika berkhidmat di Cyberjaya.
“Saya yakinkan keluarga bahawa keputusan berhenti kerja supaya saya mempunyai masa lebih fleksibel dan ibu akhirnya merestuinya. Kini saya bergelar ejen takaful di Kuala Lumpur dan turut membawa ibu tinggal bersama saya selepas ibu terjatuh di rumah pada Mac 2020 yang menyebabkan tulang pinggul dia retak,” katanya.
Bagi keselesaan ibunya, dia mengubahsuai rumah agar memudahkan pergerakan wanita itu menggunakan kerusi roda dan adik beradiknya terutama kakak kerap mengunjungi mereka untuk membantu menguruskan Latipah.
Mohd Amiruddin yang mesra disapa Amir juga memberitahu dia terpaksa menjual kereta ‘sport’ dua pintu dan membeli kereta yang lebih sesuai untuk membawa ibunya apabila mereka keluar bersama.
“Sebelum ini sudah dua kali saya membawa ibu menunaikan umrah, selain kami juga kerap melancong bersama kerana dengan cara ini saya rasa dapat membahagiakan ibu.
“Bagi saya, apa saja kerja yang kita lakukan, restu seorang ibu sangat penting dan saya percaya rezeki yang diperoleh hari ini juga adalah berkat daripada doa dan restu insan yang paling saya sayangi ini,” katanya.
Cerewet Dalam Memilih Jodoh
Ditanya soal jodoh, pemuda itu mengaku lebih cerewet dalam soal memilih pasangan hidup kerana mahukan wanita yang dapat menyayanginya dan menambat hati ibunya juga.
“Buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan bersama ibu kerana dapat memberi lebih tumpuan kepadanya walaupun sibuk bekerja.
“Bagi saya, wang boleh dicari namun membahagiakan ibu tercinta sementara dia masih ada adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak ternilai,” katanya.
Bagi yang mengikuti perkembangan mengenai kehilangan anak sulung Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, Emmeril Kahn Mumtadz , maklumat terkini dilaporkan telah ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis (9 Jun) selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland.
Jasad Emmeril atau lebih dikenali dengan panggilan Eril ditemui pada 6.05 pagi Rabu (waktu tempatan) di kawasan empangan Engehalde dalam keadaan tidak bernyawa dan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.
Khabar duka ini juga dipaparkan di Instagram milik gabenor berkenaan. Kata-kata puitis indah untuk anak tersayang, buat yang membaca pasti mengalir air mata. Sesungguh kasih sayang seorang ayah tiada penghujung buat anak.
“Akhirnya Engkau memberikan kesempatan saya untuk kembali memeluk, membelai dan memandikan anak saya sesuai syariat Islam, juga mengadzankan dengan sempurna di telinganya persis seperti saat Eril lahir.”
dan MASYA ALLAH, Walau sudah lewat 14 hari, jasadnya masih utuh lengkap tidak kurang satu apapun, wajah rapih menengok ke kanan dan saya bersaksi, jasad Eril wangi seperti wangi daun eucalyptus.
Sungguh mukjizat kecil yang sangat kami syukuri.
Maha Besar Allah, atas ijinMu, selama 14 hari sungai Aare benar-benar melindungi dan mensucikan jasadnya dari marabahaya.
Hai Eril, saatnya kamu pulang ke tanah air, untuk menghaturkan terima kasih kepada jutaan yang mendoakanmu.
Manakala menerusi perkongsian di Instastory beliau menjelaskan secara ilmiah kenapa jasad anaknya tetap sempurna walaupun setelah 14 hari hilang di Sungai Aare, Switzerland.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.