Teh selalu dianggap ‘jahat’ kerana dikatakan bersifat angin. Hakikatnya teh terkandung banyak khasiat untuk tubuh apa lagi dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau misalnya, amat baik untuk tubuh malah merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain.
Khasiat teh hijau amatlah banyak kerana mengandungi antioksida dan nutrisi malah mampu meransang perkembangan otak dan paling penting mengurangkan lemak dalam badan. Hebat!
Ketahui lima jenis teh yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.
Ads
Teh 1: Teh Hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengandungi antioksida yang cukup tinggi malah paling utama boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan
kadar metabolik. Jadi bagi yang nak kurus, minumlah teh hijau setiap pagi. Rasanya pun boleh tahan sedap.
Teh 2: Teh Oolong
Teh ini berasal dari China dan diambil secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.
Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.
Ads
Teh 3: Teh Pudina
Teh ini paling senang kalau nak buat sendiri. Ambil daun pudina dan masukkan ke dalam teh panas. Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik
yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil
adipocytes. Mahu kekal kurus setelah penat-penat hilang berat badan? Banyakkan minum teh putih.
Ads
Kredit Foto: www.medindia.net
Teh Halba
Sedikit sentuhan tradisional tetapi cukup berbaloi buat tubuh. Gabungan teh dan halba yang cukup banyak khasiat ini buat tubuh berganda. Halba yang tinggi
khasiat membantu mengurangkan pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan berat badan atau kegemukan.
Walau dijelmakan dengan bajet yang ekonomi, diakui rekaan rak yang diilhamkan oleh Nurfarhana ini cukup istimewa. Malah apa yang lebih menarik, untuk menghasilkannya Nurfarhana tidak menggunakan drill dan dengan ini sesiapa pun boleh membuatnya.
Untuk mengetahui lanjut jom ikuti perkongsian langkah demi langkah dan bolehlah dijadikan inspirasi untuk anda memberi gaya baharu pada rak yang sedia ada di rumah. Selamat mencuba.
Deko Bajet Cara Saya
Hi, harini saya nak share sikit hasil deko rak saya yang diberi nafas baru tanpa menggunakan drill. Saya just guna super glue gel dengan glue gun saja sebab itu je pun yang ada kat rumah.
Idea saya cedok sikit-sikit daripada pinterest. Alhamdulillah rasa puas dapat deko macam yang kita impikan tapi dengan bajet yang minimum. In shaa Allah next nak letak kaki pula untuk rak ni (perlu ada drill).
Semoga dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan.
Barang-barang dari:
Shopee
Ikea
Kaison
Mr Diy
Before deko…
Saya beli 8 keping design panel macam dalam gambar ni, 8 keping lagi plain board saja.
Guna super glue untuk lekatkan.
Storage box ukuran 33x38x33cm. Perlukan 8 juga.
Nanti kena lekatkan panel dekat storage box tu.
After lekatkan guna glue gun.
Shelving unit ni from shopee. Rak ni macam ala-ala ikea and rasa ukuran pun sama. Tapi harga jauh lebih murah.
Panel board from shopee. Untuk panel ni, saya mintak seller custom size ikut ukuran rak (33.5cmx33.5cm). Design ada macam-macam boleh pilih je. Actually, panel ni ialah hanging room divider. Tapi saya taknak hanging so saya jadikan panel ni untuk cantikkan rak saya.
Furniture handle & knob from shopee. Search je ada macam-macam jenis ikut suka design yang macam mana.
Storage box from ikea. Drona nama dia. Ada macam-macam design and corak. Storage box ni memang size dia dah fit dengan rak tu.
Cedok sikit idea from pinterest. Search je “Kallax Hack”.
Biar apa jua panggilan baik mak, mama, ibu, bonda dan sebagainya, namun yang pasti mereka adalah insan yang cukup istimewa dan cukup berjasa kepada anak-anak. Sanggup berkorban menahan segala macam sakit dari saat mengandung selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan.
Tidak terungkap dengan kata-kata pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa demi anak, kerana itu mereka terpilih sebagai insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.
Namun apabila anak sudah besar dan dewasa, ada kalanya berlaku perselisihan faham atau tidak bersefahaman membuatkan ada yang berkecil hati. Bagi yang memiliki adik beradik ramai, pasti wujud perasaan yang merasakan ibu pilih kasih kononnya ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita. Perasaan tersebut adakalanya membuatkan si anak mula menjauhkan diri seolah-olah merajuk dengan si ibu.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan hal ini. Di dalam video tersebut, Datuk Nurul Hidayah yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan soalan kepada Ustazah Asni Abu Mansor sama ada anak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya.
Di dalam video berkenaan, ustazah mengatakan seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.
“Anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah.
“Apa pun yang mak kita buat, mereka tetap yang terbaik… tetap yang terbaik. Kamu pandai macam mana pun , ada PhD sampai empat ke, mak kita tetap betul. Walaupun apa yang dia cakap tu fakta dia salah mengalah je lah.
“Andai kita bina istana pun untuk mak, andai hadiahkan dua kilo, lima kilo emas, andai kita gendong dia untuk tawaf umrah dan haji, andai kita minum air rendaman kakinya, belum tentu dapat balas jasanya yang mengeluarkan kita dari gelap rahim pada terang dunia ini.
“Ibu itu makhluk yang Allah muliakan… Kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya. Atas sebab itu, kita tiada hak untuk merajuk kepada mereka. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka.
Dalam pada itu, ustazah juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.
“Pohonlah rahmat kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita. Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah. Kita tak tahu waktu kita sedang lena tidur, ibu kita bangun Ya Allah, kasihani anakku, rahmati hidupnya, bahagiakan dia Ya Allah.
“Beruntung lah orang yang masih punya ibu yang dapat doa ibunya. Sebab itu kalau masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat mulia.Anadai ada ibu mentua, junjunglah dia dan letakkan dia di tempat mulia ,”ujarnya lagi.
Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.
“Hatta Rasullah SAW dapat jumpa ibu susuannya, dibuka serban, dihamparkan dan meminta Halimatul Saadiah duduk di atas serbannya. Kata Saidina Abu Bakar, aku tidak pernah cemburu pada orang melainkan kepada Halimatul Saadiah kerana dapat duduk serban Nabi SAW. Bak kata ustaz, itu ibu susu, kalau Rasul ada ibu kandung…,”kata Ustaz lagi yang membuatkan kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen yang dikongsikan oleh irine_nadia menerusi instagramnya.
Semoga ia bermanfaat buat anak-anak sekalian dalam menghormati dan menyayangi insan mulia bernama ibu.
Rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut.
Sangat menyentuh hati
yang ada mak jaga elok-elok
Doa tiada hijab
Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.
Nak sihat dan bebas dari penyakit, rumah kenalah bersih dan kemas. Tapi jangan bab habuk dan sampah saja yang diberi perhatian, bab barang-barang dalam rumah juga penting.
Tentu ada yang menghadapi masalah terutama ketika menyapu habuk pada kipas. Habis habuk-habuk berterbangan, jika dibiarkan melekat pula pada barangan lain.
Untuk memudahkan anda mencuci kipas dengan pantas dan mudah tanpa menyebabkan habuk-habuk berterbangan sehingga mengotorkan ruang di dalam rumah, bolehlah cuba tip ini.
1. Masukkan sarung bantal pada bilah kipas. Kemudian, tarik sarung bantal ke bahagian atas dan bawah bilah kipas.
2. Tarik semula kain tersebut dan habuk serta kotoran yang ada akan turut dibersihkan juga.
Bagi memastikan kipas yang dicuci tidak berhabuk kembali dalam tempoh 2 hingga 3 bulan, lakukan tip di bawah ini. Selain mudah, ia juga menjimatkan kerana tidak perlu berbelanja lebih. Selamat mencuba!
3. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.
4. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.
5. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
6. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di