6 Bulan Nurse Tinggalkan Tiga Anak Di Rumah Pengasuh, Waris Dicari.
Meruntun jiwa melihat wajah tiga orang kanak-kanak ini.
Sampai hati ibu kandungnya meninggalkan tiga anak orangnya di rumah pengasuh.
Dimanakah kasih sayang ibu sehingga ke syurga? Menerusi Facebook Jkm Wpkl sedang mencari waris buat tiga beradik ini.
Berikut maklumat lanjut mengenai adik beradik ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PENCARIAN WARIS TIGA ORANG ADIK-BERADIK KANDUNG
NAMA KANAK-KANAK:
IAN EUSOFF BIN ABDULLAH (5 TAHUN)
IMAAN ISABELA BINTI ABDULLAH (4 TAHUN)
QASEH MARYAM INARA (1 TAHUN)
Ads
PEGAWAI PELINDUNG : ENCIK SHUKOR SALLEH BIN LASLILE
Tiga kanak-kanak adik-beradik di atas telah dirujuk oleh pengasuh kanak-kanak yang dikenali dengan Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Ibu kandung kanak-kanak telah meninggalkan 3 kanak-kanak sejak Mac 2022 dan telah gagal dihubungi selepas ibu kandung kanak-kanak berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.
Menurut pengasuh, ibu kandung dikenali dengan nama Aishah Irene, berusia 38 tahun dan pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta.
Tiga kanak-kanak ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri dan menyukarkan pengasuh untuk menguruskan kanak-kanak terutama berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak sehinggalah pengasuh membuat laporan polis perihal mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan.
Ads
Sehubungan itu, Jabatan memohon agar ibu kandung kanak-kanak atau waris tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 atau e-mel shukor@jkm.gov.my bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Mendidik anak bukannya mudah. Jika salah didikan tentu akang mengakibatkan kesan negatif kepada perbuatannya. Termasuk menjadi seorang pembuli,murung, suka poteng sekolah atau pemarah.
Mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah emosi dan tingkahlaku di klinik psikiatri kanak-kanak merupakan antara pengalaman berharga yang saya kutip dalam kehidupan seharian sebagai pakar psikiatri. Lebih berharga lagi, ia jadi bekal saya membina diri sebagai seorang bapa.
Saban hari berurusan dengan remaja yang mengalami masalah emosi, berbincang dengan ibubapa mereka, mencuba sedaya upaya membina kepercayaan dan seterusnya membantu mereka membuat saya makin percaya, mengendalikan ‘seorang anak bergelar remaja’ adalah seperti suatu pelaburan yang sangat perlahan untungnya tetapi berbaloi untuk dilaburkan.
Kebanyakkan masalah remaja adalah ‘produk akhir’ kepada proses panjang yang telah bermula lama. Sebutlah masalah apa – murung, risau, marah, tak nak ke sekolah, kawan budak nakal, menipu, ponteng, seksual, sosial, ketagihan, buli dan seangkatan dengannya – semua ini produk akhir. Di awalnya mesti banyak cerita latar yang menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Saham terbesar yang menyumbang kepada hasil akhir pelaburan ini ialah cara kita mendidik anak-anak (parenting styles). Kerana itulah saya yakin, antara kaedah terbaik pencegahan kepada masalah emosi dan tinglahlaku anak-anak remaja adalah dengan memperbaiki kaedah parenting kita dari awal. The best treatment is to prevent it from happening. Mengubah kaedah kita, setelah terbukti bermasalah untuk mereka, setelah 15 tahun mereka hidup, semestinya bukan kaedah terbaik untuk memperbaiki keadaan.
Mengharapkan anak remaja membesar dengan emosi, psikologi dan tingkahlaku yang positif mesti bermula dengan menanam saham (deposit) sedikit demi sedikit dari awal. Barulah berbelas tahun kemudiannya kita boleh ‘withdraw’ keuntungan kita. Kalau kita tak pernah deposit apa-apa, jangan mengharap dalam akaun ada ‘baki’ yang menguntungkan.
Bagaimana deposit emosi pada anak-anak dari awal?
1. Cuba sebaik mungkin faham sudut pandang dia. Jangan terlalu mementingkan diri dengan menganggap apa sahaja sudut pandang kita, itulah yang betul dan tepat baginya. Cuba buat dia percaya apa yang penting bagi dia, penting juga bagi kita. Apa yang penting bagi dia? – itu yang kita kena cuba duduk dan cari jalan untuk faham. Jadi pendengar yang baik. Zaman ‘I am always right, you better listen to me!’ sudah berakhir. Perubahan zaman menjadikan kaedah ‘abah dulu atuk kau buat camni je..’ tidak semestinya berkesan.
2. Tolong perkara yang kecil, buat kebaikan yang sedikit, hormati dia walaupun kecil. Inilah antara saham-saham kecil yang biasanya keuntungannya membiak dengan cepat. Jangan jadi ayah atau ibu yang sekadar memnuhi keperluan asas. Jangan anggap cukup duit, cukup makan – ‘settle!’. Duduk dengan anak buat kerjas ekolah bersama, ajar dia tanam pokok, ajar dia baiki basikal, tolong buatkan minuman waktu dia belajar, tolong jahitkan tali beg yang koyak, dukung dia waktu dia demam…semua ini kecil pada kita, tapi jika kena gaya, masa dan keadaannya, inilah memori yang akan kekal dalam mindanya sampai bila-bila. Kebaikan ayah dan ibu yang menjadi penolak kepadanya untuk mendoakan kita bila kita tiada.
3. Disiplin dengan komitmen kita. Jangan berjanji apa yang kita tahu kita tidak akan mampu penuhi. Jangan berbohong dan jangan mungkir janji. Kecil pada kita, mungkin besar pada kita.
4. Pastikan ‘expectation’ kita jelas pada mereka. Setiap kali kita mahukan merepa penuhi sesuatu permintaan, jelaskan apa yang kita harapkan – ‘clear dan explicit’. Generasi ini, generasi yang sukar memahami falsafah dan metafora. Itu hakikat yang kita kena terima.
5. Jujur dan tunjukkan kejujuran kita. Jangan bermuka-muda, jangan double-standard dan tunjukkan integriti kita sebagai seorang dewasa. Prinsip ‘do what I tell, not what I do’ adalah pelaburan yang pasti rugi. Anak-anak belajar dengan melihat dan memerhati kita.
6. Mohon maaf jika salah. Ketidak sempurnaan kita adalah sebahagian proses menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. Jika salah, akui kesilapan dan perbetulkan keadaan.
7. Bonding, bonding dan terus berbonding. Bina memori eksklusif dia bersama anda. Memori itu tidak semestinya mahal. Apa yang penting membina makna yang mengesani. Biarpun ia sekadar duduk bersama mencungkil tanah.
Bila 7 pelaburan kecil ini kita lakukan secara berterusan, insyaAllah bila tiba masa kita nak ‘withdraw’ kebaikan dari anak-anak kita mudah. Nak minta mereka lakukan perkara yang sama pada kita dan orang lain juga mudah.
Kadang-kadang tanpa sedar, kita anggap apa salahnya salin baju depan anak kecil. Kita rasa biasa kerana anak masih lagi kecil. Disebabkan itulah kita tanpa rasa segan silu menukar pakaian depan anak-anak. Jangan biasakan!
Kenapa tak elok ibu ayah salin baju depan anak dan apa kesannya? Ikuti perkongsian Kaunselor Keluarga, Tuan Haji Hushim Salleh.
Kadang-kadang mak ayah tanpa kita sedar kita adalah sebagai contoh pada anak-anak. Sebenarnya dalam Islam pun kita ada disebut kita kena jaga aurat kita depan anak-anak.
Anak-anak walaupun masih kecil dan tak berapa faham sangat tapi kita masih tetap kena jaga aurat kita sebab ia tidak digalakkan dalam Islam.
Kenapa tak bagus salin baju depan anak?
Misalnya kalau tukar baju depan anak, kemungkinan ada aurat kita yang terdedah dan anak-anak akan melihatnya.
Anak-anak di bawah 10 tahun walaupun masih belum punya nafsu misalnya namun dengan dunia sekarang dan dengan pelbagai kartun yang tidak sihat yang dilihat anak-anak, dimana dalam kartun itu sendiri tanpa disedari anak-anak menonton benda yang tak sepatutnya, terutama yang tidak menutup aurat.
Dalam masa yang sama pula, kita sebagai mak ayah mendedahkan aurat kita depan mereka. Ini sebenarnya perkara yang tidak sihat.
Sebaiknya lihat sekeliling dahulu dan bila anak tiada barulah mak ayah dengan selesanya salin pakaian. Jadikan ini kebiasaan.
Dalam psikologi sendiri, biasanya pemerhatian dan penglihatan ini akan mempengaruhi pemikiran kita.
Kalau kita baca Quran hari-hari, bila tak baca rasa rindu. Macam itu juga dengan kanak-kanak, bila dia melihat benda yang tak sepatutnya di rumah, bila di sekolah berkemungkinan dia cenderung terhadap sesuatu yang dilihatnya.
Sebaiknya jangan tukar pakaian depan anak-anak, tak kiralah sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu. Jagalah aurat kita dan jadikan model pada anak-anak.
Supaya anak bila membesar menjadi anak dengan akhlak yang baik. Kita jaga akhlak kita depan anak-anak, Allah jaga keluarga kita.
Ibu-ibu Cubalah Baca Doa Ini Bila Ada Rasa Kecil Hati, Marah Pada Anak-anak
Ibu terasa hati dengan anak? Anak terasa hati dengan ibu? Persoalannya bolehkah seorang anak memusuhi ibunya? Ini perkongsian penuh makna dari Ustazah Norhafizah Musa. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.
“Kadang-kadang suami terluka dengan isteri. Isteri terluka dengan suami. Bagi ustazah ia adalah perasaan-perasaan yang akan menjerat, yang akan menyempitkan kehidupan kita. Jadi apa kita nak buat? Kita keluar daripada perasaan itu. Kita jangan layan. Dunia ini luas. Banyak lagi tempat yang kita boleh pandang, sudut pandang yang kita boleh pandang.
Perasaan itu sebenarnya tidak baik untuk anak dan juga ibu. Maka sebab itulah perasaan itu harus dibuang jauh-jauh.
“Jadi caranya macam mana? Amalkan doa ini.
Allahummagh firlana warhamna watub alaina. Maksudnya: Ya Allah. Ampunkanlah kami. Kasihanilah kami. Dan terimalah taubat kami.
“Senang. Minta ampun terus. Untuk kita dan anak kita. Untuk kita dengan orang yang kita terluka. Sebab dia pun buat salah, kita pun buat salah. Dan kasihanilah kami, kasihanilah dia kerana dia telah menyakitkan hati saya. Kasihanilah sebab saya terasa hati dengan dia.
“Kita sama-sama perlu dikasihani oleh Allah. (Watubalaina) dan terimalah taubat kami. Bukan maksud terima taubat, tetapi maksud terima taubat ini adalah kita berharap agar Allah memperbaiki diri kita semula. Anak kita sakitkan hati kita, mudah-mudahan Allah baiki dia. Kita sakitkan hati suami kita, mudah-mudahan Allah perbaiki kita.
“Jadi bila kita baca doa ini, alhamdulillah, tidak panjang, tidak melarat-larat, kecil hati sampai hendak bermusuh. Cepat ingat pada Allah. Amalkan doa ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...