6 Bulan Nurse Tinggalkan Tiga Anak Di Rumah Pengasuh, Waris Dicari.
Meruntun jiwa melihat wajah tiga orang kanak-kanak ini.
Sampai hati ibu kandungnya meninggalkan tiga anak orangnya di rumah pengasuh.
Dimanakah kasih sayang ibu sehingga ke syurga? Menerusi Facebook Jkm Wpkl sedang mencari waris buat tiga beradik ini.
Berikut maklumat lanjut mengenai adik beradik ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PENCARIAN WARIS TIGA ORANG ADIK-BERADIK KANDUNG
NAMA KANAK-KANAK:
IAN EUSOFF BIN ABDULLAH (5 TAHUN)
IMAAN ISABELA BINTI ABDULLAH (4 TAHUN)
QASEH MARYAM INARA (1 TAHUN)
Ads
PEGAWAI PELINDUNG : ENCIK SHUKOR SALLEH BIN LASLILE
Tiga kanak-kanak adik-beradik di atas telah dirujuk oleh pengasuh kanak-kanak yang dikenali dengan Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Ibu kandung kanak-kanak telah meninggalkan 3 kanak-kanak sejak Mac 2022 dan telah gagal dihubungi selepas ibu kandung kanak-kanak berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.
Menurut pengasuh, ibu kandung dikenali dengan nama Aishah Irene, berusia 38 tahun dan pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta.
Tiga kanak-kanak ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri dan menyukarkan pengasuh untuk menguruskan kanak-kanak terutama berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak sehinggalah pengasuh membuat laporan polis perihal mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan.
Ads
Sehubungan itu, Jabatan memohon agar ibu kandung kanak-kanak atau waris tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 atau e-mel shukor@jkm.gov.my bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Sebut sahaja kereta Porsche, sudah dapat membayangkan betapa mewahnya kereta tersebut dan secara tidak langsung kita juga akan turut berasa kagum dengan pemilik kenderaan tersebut. Maklumlah bukan calang-calang orang yang boleh membelinya!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini melalui perkongsian video di Tiktok telah menyaksikan sebuah lori kontena membawa kereta Porsche berwarna kuning di atas jalan raya. Video tersebut menjadi viral apabila meraih jutaan tontonan. Ini sekali gus meninggalkan tanda tanya siapakah pemilik sebenar kenderaan tersebut.
Today is your good day, we’re blessed to have daughter like you
Apa tidaknya, kontena tersebut bukan seperti yang biasa dilihat di atas jalan, tetapi kontena tersebut bersifat jernih seperti lapisan kaca yang telus pandang. Ini menjadikan pengguna jalan raya teruja untuk melihat ke manakah destinasi kenderaan tersebut ingin dibawa.
Bahkan di dalam kontena itu bukan sahaja ada sebuah kereta Porsche, turut dilihat belon dan reben besar berserta kad ucapan besar dengan tulisan Cina, sekali gus menjawab pemilik kenderaan tersebut pastinya seorang anak perempuan.
Difahamkan empunya kereta Porsche itu kepunyaan sepasang suami isteri yang berasal daripada Batu Pahat ingin menghadiahkan kepada anak gadisnya sempena ulang tahun kelahiran ke 21 tahun .
Dapat dilihat saat anak daranya menerima pemberian hadiah tersebut yang cukup istimewa daripada ibu ayahnya, terlihat begitu gembira sekali sambil mendapak mesra ayahnya.
Menjengah di ruangan komen, warganet menyifatkan betapa bertuahnya anak gadis itu menerima hadiah yang cukup mewah pada hari kelahirannya dan tidak kurang juga ramai yang ingin tahu latar belakang ibu ayah gadis tersebut yang dilihat begitu sempoi dan bersahaja pakaiannya, nampak begitu merendah diri.
Meninjau di ruangan komen, ini antara komen warganet yang mencuri tumpuan:-
“lahh igatkan kereta mainan rupanya betul punya haiya” komen netizen.
“Esok lusa lalu kat puteri habour 😂😭,” tulis yang lain.
“Ni satu je dalam batupahat 🤣,”komen yang lain.
“Mesti anak manja ni ishh best nya,”tambah yang lain.
“Happy family 🥰,”
Dan ada juga tinggal komen, “Comelnya family dia buat surprise & bagi hadiah macam ni”
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Potty training adalah salah satu perkembangan sosial kanak-kanak yang berlaku secara perlahan-lahan. Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Namun ia perlu dibantu dengan sokongan dan usaha kuat dari mak ayah sendiri.
Menurut perkongsian Dr Ong Sik Yong, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, walaupun disyorkan potty training boleh bermula daripada umur 18 bulan tetapi bergantung juga kepada tahap perkembangan setiap kanak-kanak misalnya dah boleh berjalan dan dah boleh faham arahan mudah.
Paling penting kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda tertentu contohnya dah boleh bagitahu lampin penuh.
Potty training nampak mudah namun bukan perkara yang senang malah mengambil masa yang panjang dan sebab itu jugalah ia mencabar kesabaran ibu dan ayah.
Dalam proses potty training, kita harus elak daripada perkara negatif seperti memaksa, marah dan sebagainya. Jika berlaku, si manja akan merasakan potty training ada unsur negatif dan mula takut dengan tandas atau potty.
Pilih waktu yang sesuai dan jangan pilih waktu di mana anak itu berubah suasana baru seperti baru masuk ke taska baru dan stres dengan suasana baru. Pilih waktu di mana ibu bapa tidak terlalu terdesak terutama bagi ibu bapa yang bekerja seperti waktu hujung minggu untuk melatih anak bebas lampin.
Jangan Streskan Anak
Alihkan perhatian anak-anak kepada pencapaian mereka walapun pencapaian kecil seperti mampu ke tandas sendiri, berikan mereka pujian. Jika anak terkencing di dalam seluar, ibu ayah boleh menasihati anak supaya memberitahu apabila rasa ingin membuang air.
Petanda anak bersedia untuk Potty Train
Tip Mudah Latih Anak Potty Train
Isyarat yang sama antara ibu ayah dan anak. Bahasa yang dipakai kalau boleh sama contohnya shi shi (kencing). Kalau perkataan yang digunakan berbeza-beza, sekejap shi shi sekejap kencing akan membuatkan anak confuse. Ini untuk memudahkan anak untuk memberitahu waktu nak kencing nanti.
Beritahu anak untuk kencing di tandas/potty. Boleh pakai buku bergambar dan cerita kepada anak untuk lebih jelas.
Biasakan anak pakai tandas kecil. Bagi anak biasakan dengan potty, contohnya letak sticker kegemaran atau pilih warna kegemaran supaya anak rasa potty khas untuknya.
Kerjasama antara suami isteri. Kalau boleh biar ibu dan ayah ada di rumah ketika melatih anak supaya tidak rasa stres dan terbeban untuk mengajar anak ke tandas.
Banyakkan pujian. Banyakkan pujian dan jangan marah mereka kerana mereka masih kecil dan memerlukan masa dan setiap kanak-kanak tak sama masanya untu latihan ke tandas.
Catatan pengalaman yang dikongsikan oleh wanita ini yang awalnya menjahit di rumah dan kini siapa sangka mampu membuka perniagaan sendiri dengan mempraktikkan sistem 3 sampul. Apa itu sistem 3 sampul yang dimaksudkan oleh Puan Sharli, dan untuk itu ayuh kita ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini. Semoga dengan ini akan lebih ramai suri rumah yang mempunyai bakat dan kemahiran tersendiri dapat memulakan langkah untuk memiliki perniagaan sendiri.
Jom semak.
Sekadar berkongsi pengalaman. Kita tailor semua ada pengalaman masing-masing. Saya asalnya suri rumah yang mengambil upah menjahit. Belajar 19 tahun yang lalu kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebab suami suruh. Guru saya 2 orang berbagsa Cina dan seorang cikgu Melayu. Ilmu dan skill memang berbeza. Tapi saya syukur… kerana semua ini ilmu yang manfaat.
Bermulalah kisah saya sebagai tukang jahit..dari masa ke masa saya baiki kekurangan. Saya dah rasa macam-macam kerenah pelanggan. Selama tempoh itu saya semat 1 azam. Saya nak punya kedai sendiri 1 hari nanti. Tidak-tidak pun..kalau tak larat menjahit tua nanti..saya ada kedai menjual alatan jahitan. Manalah tau dah tua ..takan nak merempit lagi. Dan kalau boleh.. biar ada staff yang menjahit di kedai. Nak beri peluang pekerjaan pada sesiapa yang baru habis belajar dari mana-mana sekolah kemahiran atau akedemi dalam bidang jahitan. Kita beri pengalaman untuk orang-orang begini. Inilah yang saya sedang usahakan.
Dulu saya pernah terfikir.. dapat upah menjahit.. takan tak simpan. Asik berbelanja sebab biasalah duit sentias ada. Apa nak, beli. Tambah kita muda masa tu .. nafsu berbelanja tak ada batasnya. Hurmmm. Alahai.
Suami saya nasihat. Supaya menabunglah sebab menjahit tu saya selalu cakap penat. Nah… penat-penat menjahit takan tak reti menyimpan. Saya mula dah fikir..sikit-sikit. Semenjak tu saya menabung.
SISTEM 3 SAMPUL
Saya buat ‘SISTEM 3 SAMPUL’ Hehehe kunun nak disiplinkn diri. Suami yang beri idea ni.
Sampul 1– saya tulis duit modal.
Sampul 2 – duit cair
sampul 3- duit mati.
Hahaha.. tak taulah.. nak kata caner. Tapi itu yang saya praktikan. Contoh upah menjahit 1 baju 50. Makanya sampul 1 saya isi rm10. Sampul ke 2 saya isi rm20. Dan baki nya saya isi dlm sampul 3.
Sampul 1 ..sahabat-sahabat tahulah kan.. mesti tolak modal. Itu anggaran kasar termasuk duit api le tu. Sampul 2 ..duit cair yang kiranya saving untuk kecemasan ke apa ke. Tapi jangan asyik cemas je .. Dan sampul 3 duit mati tu.. memang takan saya usik selain menambah. Yang ni silalah disiplin. Cukup RM200 saya bank in.
Mula-mula tu sikit-sikit.. lama-lama isi banyak. Lagi banyak terima tempahan lagi banyaklah tabungan. Saya jenis kalau dah tengok duit banyak..lagi kedekut nak berbelanja. Berbeza kalau duit sikit… ada je nak guna.
Sebab motivasi diri agar seronok menabung. Bukan takde keinginan. Bohonglah. Tapi bila dicabar suami.. saya nekad. Saya ni bukan pun berpendidikan tinggi.. macam adik-adik semua ada jawatan dan berkerja. Takan saya tailor yang tak ada masa depan. Berkat menabung dan azam tak main-main .. dengan izin Allah tahun lepas saya pun dapat buka perniagaan sendiri.
Biarpun kedai kecik je pun..tapi saya syukur. Sekarang saya cuma ada 1 pembantu. Saya rasa pengalaman baru dalam skop berbeza. Dulu menjahit dirumah..sekarang di kedai. Sabar sebab dulu anak-anak masih kecil. Menjahit sambil mengurus rumah tangga. Sekarang suami dah bersara. Saya pulak berkerja. Memang berubah 360°. Penat tapi puas.
Pada sahabat-sahabat yang baru nak kenal dunia jahitan.. atau baru nak belajar … berazamlah. Jangan kalah dan tunduk pada tekanan atau layan stress. Tak dinafikan memang stress melayan pelanggan.
Bohonglah saya tak tempuh semua tu. Tapi saya tak suka layan semua tekanan. Yang baik kita amil. Yang tak elok kita sandar jadi pelajran dan pengajaran. Kalau tak jangan mimpi nak jadi usahawan atau bisneswomen.
Saya masih bertatih. Masih baru nak kenal dunia perniagaan. Saya tahu dalam group ni ada budak-budak baru yang baru nak menjadi tailor… Bila baca pengalaman perih tailor-tailor lain.. jangan sampai serik. Dan ada juga saya terbaca.. ada sahabat ‘patah hati’ pencen awal tak mahu menjahit dah sebab sedih dengan kerenah pelanggan-pelanggan. Ea.. kawan baik saya pun begitu. Cepat fedup. Sampai sekarang dah tak mahu menjahit. Tapi nak duit..tapi malas..tapi nak upah lebih..tapi jahitan tak jaga kualiti..tapi tak mo sabar dan ..tapi..tapi akhirnya terus ke tepikan mesin letak bawah tangga.
Nasihat saya untuk sahabat-sahabat dan diri saya juga..Jangan dilayan stress itu. Buat kedut muka ja. Kemahiran yang ada tidak semua orang ada. Saya harap..apa yang saya kongsikan pagi ni.. ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat ea.
Maaf panjang lebar celoteh. Sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua agar teruskan usaha, moh ler menabung. Janganlah banyak alasan kerana banyak alasan itu menunjukkan kelemahan.
Selamat maju jaya. Doakan saya sabar menjalankan perniagaan.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.