Musim percintaan yang dahulunya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta kian pudar ditelan dek masa. Walaupun sudah hampir empat tahun berumah tangga, namun sikap suami anda semakin hari semakin berubah. Bagaimana untuk betulkan kedaan ini?

Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda:

Berlaku adil

IKLAN
  • Jangan sesekali mengelakkan diri daripada pasangan, bimbang mengundang masalah yang lebih serius. Sebaiknya berbincang dan dengar pandangan pasangan anda. Usah bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pandangan anda dituruti. Mungkin idea atau nasihat pasangan lebih baik daripada anda.
  • Seimbangkan masa dengan baik untuk kerjaya dan rumah tangga. Bagi wanita pula, biar sehebat atau setinggi mana jawatan anda di luar, di rumah anda adalah seorang isteri dan ibu.

Keterbukaan

  • Sikap ini perlu ada di dalam diri setiap pasangan baik yang baru mahupun yang sudah lama berkahwin. Komunikasi dua hala sering kali menjadi penyelamat dari sebuah konflik. Jika ada benda-benda yang kurang berpuas hati, selesaikan dengan segera.
  • Tidak perlu cepat melenting, sebaliknya minta penjelasan daripada pasangan tentang apa yang terbuku di hati anda. Jangan biar masalah menjadi duri dalam daging dan mengganggu perasaan.

Nasihat orang yang betul

IKLAN
  • Jika anda dan pasangan sedang menghadapi masalah, jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada orang lain, terutama rakan sekerja. Bimbang nanti ia akan menambahkan lagi masalah. Jika mahu mendapatkan pandangan mahupun nasihat, cari mereka yang boleh membantu. Misalnya ibu bapa, sahabat rapat atau sebagainya.
  • Jangan mengutuk mahupun menceritakan keburukan pasangan anda, sebaliknya minta nasihat bagaimana kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.

Bertolak ansur

IKLAN
  • Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Sebaiknya, untuk menjadi pendengar yang baik jangan cepat membantah atau menolak sekiranya pasangan anda mengemukakan pendapatnya. Dalam hal ini, harus ada memberi dan menerima.
  • Bertolak ansur antara satu sama lain adalah perkara asas dalam sesebuah rumah tangga yang harmoni. Tidak kiralah jika apa yang anda rasa betul dalam sesuatu perkara itu, tetapi fikirkan juga tentang sensitiviti orang lain. Mungkin baik untuk diri anda tetapi tidak daripada pandangan mereka atau sebaliknya.

Tarik perhatian pasangan

  • Bagi anda yang baru mahupun sudah lama berumah tangga, harus sentiasa memikat hati pasangan . Suami isteri perlu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada pasangan. Bukan sekadar memberi perhatian kepada penampilan diri semata-mata, sebaliknya dari segi layanan, mengambil berat, bermanja dan sebagainya.
  • Tunjukkan penghargaan terhadap pasangan anda. Hargai apa yang mereka cuba lakukan. Penghargaan tidak semestinya berbentuk materialistik, cukup sekadar dengan hanya menyatakan terima kasih. Apabila anda menghargai pasangan, pasti segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan cara yang mudah.

Komunikasi dua hala

  • Jangan disebabkan tekanan atau kesibukan kerja, anda tidak mahu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pasangan. Penat bagaimana sekalipun, ‘curi masa’ untuk berbuat demikian. Jangan sesekali membawa pulang kerja pejabat ke rumah. Fokus kepada rumah tangga dan pasangan anda.
  • Selain menjadi pendengar yang setia, anda juga perlu juga meluahkan rasa jika mempunyai masalah. Jangan selesaikan sendiri biarpun ia perkara yang mudah buat anda. Ini akan membuatkan pasangan terasa tidak dipinggirkan.
  • Jangan biarkan pasangan tertanya-tanya kenapa sikap anda berubah. Berterus terang adalah satu sikap yang baik untuk mengelakkan masalah dalam rumah tangga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI