Ilmu memasak bukan hanya perlu tahu resipi penyediaan bahan makanan tersebut, tetapi sebaiknya perlu juga tahu apa helahnya untuk memastikan hidangan yang disajikan dapat disediakan dalam tempoh masa yang singkat namun tetap masih mengekalkan keenakan dan kelazatan hidangan yang dimasak.

Tambahan pula, bagi ibu yang sibuk dan mempunyai masa memasak yang terhad. Pastinya tercari-cari trik yang boleh dimanfaatkan untuk memudahkan kerja.

Jawapan pada masalah ini, lain tidak bukan adalah dengan penyediaan pes! Jika pes bahan masakan telah tersedia di dalam peti sejuk, pasti waktu memasak dapat disingkatkan hingga 80%.

Bila ini yang berlaku, sebut saja anak-anak atau keluarga hendak  makan apa, kita sebagai ibu dengan mudah dapat sediakan dengan pantas. Hebat bunyinya bukan? Oleh itu cubalah sediakan 6 pes homemade ini.

PES IKAN BAKAR

Bahan-bahan :

Cili kering

Bawang besar

Bawang merah

Bawang putih

Serai

Belacan

Kunyit hidup

Gula

Air asam jawa

Daun kunyit

Garam

Cara Buat :
1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

 

PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:

Cili kering

Bawang besar

Bawang merah

Bawang putih

IKLAN

Belacan

Gula Melaka

Air asam jawa

Cara Buat :
1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

 

PES GULAI IKAN

Bahan-bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Daun kari

Halba

Rempah kari ikan

Bawang besar

Cili kering

Air asam jawa

  1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
    2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
    3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
    (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

 

IKLAN

KUAH BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

Bawang besar

Kentang

Mentega

Sos lada hitam

Sos tiram

Kicap

Garam

Serbuk lada putih

Tepung jagung

Cara Buat :

  1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
    2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit mentega.
    3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
    4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
    5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
    6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
    7. Masak hingga pekat dan naik bau.
    (Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng)

 

PES NASI GORENG IKAN BILIS

Bahan-bahan:

IKLAN

Ikan bilis

Bawnag merah

Bawang putih

Cili padi

Kiub ikan bilis

Cara buat :
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.

 

PES ASAM PEDAS TUMIS

Bahan-bahan:

Cili kering

Bawang besar

Bawang merah

Bawang putih

Tomato

Belacan

Serai

Gula

Air asam jawa

Garam

Cara Buat :
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dlm minyak panas. 3.Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

 

SELAMAT MENCUBA.

Sumber : De Rossza Homemade

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI