Tengok pun dah menarik, pasti sedap ni kalau dimakan bersama santan memang best. Rasa lemak santannya memang memikat. Ditambah pula dengan ais dan dimakan waktu petang mahupun tengah hari. Cukup menyelerakan. Warna ungu dari ubi keledek yang digabungkan bersama kuning dari jagung memikat selera si anak.
Ibu-ibu yang baru nak cuba boleh lah sediakan untuk seisi keluarga petang ini. Caranya yang ringkas, mudah tetapi menyelerakan. Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Haidah Md Said
Dah lah cantik, sdp plak tu..
Bukannn kata hakakkk, kata bubur candil ni haa…😂😂😂
Resepi bubur candil hakak :
Ads
Bahan-bahan
Ads
1 kg Ubi keledek ungu,
2 cawan isi jagung
7-8 sudu besar Tepung ubi
500ml santan pekat
350-400 ml air
secubit garam
gula melaka/gula putih secukupnya
Dua helai daun pandan
Cara membuat:
Ads
Ubi keledek direbus hingga empuk, kemudian dilenyek dan ketepikan.
didihkan air,
Masukkan tepung sikit2. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tu tak pecah2 bila dibentuk.
Gentel lah bulat2 ikut nak kecik ke besar.
Apabila air mendidih masukkan doh bubur candil dan biarkan terapung baru diangkat.
Di dalam bekas lain, masukkan santan, masuk daun pndan, gula secukupnya dan secubit garam.
Kemudian, masukkan doh bubur candil tadi ke dalam santan. Buka api semula dan masak. Masukkan isi jagung
Dah siap.
#hakakhtsado
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat peminat K-Drama tentu perasan, pintu rumah utama orang Korea tidak menggunakan kunci seperti mana rumah kita. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat dengan hanya menggunakan sistem pintar, pintu rumah dapat dibuka atau dikunci dengan mudah. Terlihat cukup moden dan canggih, jadi tidak perlulah lagi kita tercari-cari kunci di dalam beg yang diakui memang memerlukan masa untuk ‘dijumpai’ dan seterusnya barulah boleh membuka pintu rumah.
Oleh itu jika ada yang telah lama teringin untuk memiliki sistem canggih seperti itu, perkongsian daripada Puan Izni Arshad ini diharapkan dapat memberi inspirasi.
Alhamdulillah siap akhirnya suami pasang #DoorLock ni. Sebagai peminat tegar Kdrama sejak remaja, memang sis dah lama teringin nak ada benda alah ni. Feeling sangat gituh
Boleh unlock pakai password mahupun smart card. Boleh tahan rumit nak siap pasang.
Tq lakiku Mat Ja Apih
PASSWORD NI HANYALAH UNTUK DEMO VIDEO SAHAJA.
Boleh buat mode automatik atau manual. Tekan je open untuk buka atau pulas. Tak payah runsing.
Incase bateri habis, ni caranya untuk aktifkan balik dari luar. Pahtu masuk la password/ kad macam biasa.
Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan. Besar tanggungjawabnya menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita, lebih-lebih lagi bila mana ibu dan ayah sudah tiada lagi.
Abang atau kakak sulunglah yang perlu mengambil peranan ini sebaiknya. Ibarat menjadi ketua nahkoda untuk membawa satu pelayaran ke syurga. Penting ni.
Pun begitu ada sebahagian daripada kita selalu mengendahkan hal adik beradik ini. Selalu terlepas pandang dan selalu tidak mahu ambil bahagian. Hanya pentingkan hal sendiri daripada mengambil kisah adik beradik lain.
Ada baiknya dengar perkongsian oleh Ustaz Iqbal Zain ini mengenai adik beradik ini. Banyak benarlah dalam cerita dan hadis yang dikongsikan.
ADIK BERADIK: AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS
Ini adalah peringatan buat adik beradik untuk menjaga hubungan silaturrahim ….
Diceritakan AlHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.
Kata alHajjaj: “Bawakan wanita itu ke mari.” Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: “Apa yg menyebabkan kamu menangis?”
Jawab wanita itu: “mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?”
Simpati dengan wanita tersebut, alHajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.
Kata alHajjaj: “pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan.” AlHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.
Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?
Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau:
“AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU.”
Terperanjat alHajjaj… dengan segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?
Jawab wanita itu dengan bijaksana: “Adapun suami itu masih ada.” iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi.
Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku.”
Al-Hajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah.
Pengajaran: Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dengan mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.
Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Disebalik kegembiraan umat Islam menyambut Syawal, namun ada insan yang berduka akibat kehilangan orang tersayang. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kemalangan maut yang berlaku di Mersing, Johor yang melibatkan sebuah Proton Wira dan juga Proton Exora.
Aktiviti konvoi hari raya yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis namun bertukar menjadi tragedi ngeri buat keluarga pemandu serta penumpang Proton Wira itu.
Tragedi menyayat hati itu bukan sahaja mengorbankan pemandu kereta Mohd Safar Zakaria, Nurul Jannah Talib, dan seorang anak lelaki mereka. Difahamkan, Nurul Jannah juga sedang hamil lapan bulan.
Semua mangsa sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Palong Timur, Batu Anam, Segamat. Ketiga-tiga jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad.
Namun, perkongsian yang dibuat oleh adik kepada Nurul Jannah Talib benar-benar mengundang sebak netizen. Lelaki yang dikenali sebagai Zulasyraf di Twitter telah mendapat perhatian ramai.
Zulasyraf telah memberitahu bahawa dia telah kehilangan ibu dan ayah pada usia remaja dan kini dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang kakak serta abang ipar dan anak buahnya juga dijemput Illahi akibat kemalangan jalan raya.
Rata-rata netizen yang membaca status dimuat naik oleh lelaki itu telah menurunkan komen di status tersebut. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada Zulasyraf dan mendoakan agar roh kakaknya sekeluarga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.