Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Awal pagi semalam, masyarakat kita dikejutkan dengan berita kematian adik Adam Raykal denngan cara yang cukup sadis.
Arwah sebelum itu dikatakan hilang, telah dijumpai meninggal dunia di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Gombak. Rata-rata masyarakat melahirkan rasa marah dan sedih dengan kejadian tersebut.
Ibu bernama Noor Mala ini berkongsi kisah anaknya, Alin yang kena dera Di usia 5 5ulan hingga tangan patah. Peristiwa itu berlaku 18 tahun yang lalu. Namun memori hitam itu terbayang kembali dek kes arwah adik Adam Rayqal.
Kisah Adam Rayqal menyebabkan air mata saya bergenang. Mengingatkan saya anak berusia 5 bulan ketika itu didera pengasuh hingga anak saya patah tangannya.
Bayangkan balik sahaja dari tempat kerja, sampai di rumah Pengasuh, anak saya bernama Alin dah nampak tak bermaya dalam buaian. Apabila tangan kanannya terusik Alin menangis terjerit-jerit. Allah, apa yang berlaku. Pengasuh hanya kata, Alin asyik nagis je dari pagi tadi. Tak taulah kenapa…dengan muka selamba dan tak rasa bersalah pun.
Kami bergegas ke hospital, naik motor je. Saya peluk alin agar tak ada pergerakan. Bila saya angkat tangannya ada bunyi krik…ish kenapa ni? Tapi hati saya dah berkata-kata. Ada sesuatu berlaku di tangan Alin. Dah agak lebam…
Selepas xray, Dr. Bagi tau memang sah tangan alin patah dan hasil xray patahan tulang macam dipiat. Dr kata kemungkinan Alin di dera. Korang bayangkan perasaan saya ketika itu…bila diselidik lagi. Banyak kesan lebam kecik dan kesan-kesan lain di kepala Alin.
Kenapa saya boleh hantar ke pengasuh tu?
1. Terdesak…pengasuh sedia ada mengadung dan tidak dapat menjaga alin. Dia mabuk teruk. Dengan pengalaman saya sebagai ibu baru, saya terus hantar ke pengasuh yang saya tak kenal pun. Hanya berpandukan kenalan dari jiran. Tak tau latar belakang pengasuh baru ni. Saya pun tak pernah buat sportcheak semasa dia jaga Alin. Tempoh saya hantar ke pengasuh baru ni tak sampai sebulan lagi. Bayangkan, nasib baik tangan patah kalau mati…Allahu.
Daripada peristiwa itu, saya belajar bagaimana mengenalpasti pengasuh, declaration yang kita kena nyatakan antara kita dengan pengasuh dan cara tingkatkan hubungan kita dengan pengasuh.
Saya kongikan tips antar anak ke pengasuh ya.
Antaranya 1. Kena semak dulu latar belakang dia. Boleh tanya kejiranan. Buat research sikit. Tidak boleh tangkap muat dan kelam kabut. Anak kita lebih lapan jam bersama mereka. Kita kena pilih dengan tepat.
2. Sebelum hantar buat declaration do and dont. Jangan ada simpan dalam hati. Rule and conditions. Nyatakan dengan jelas bila date gaji, berapa jumlah gaji, ot macamana, makan minum pakai anak. Apa pula kemahuan pihak pengasuh. Kena raikan. Apabila setuju kedua pihak baru hantar anak.
3. Selalu buat sportcheak. Pastikan anak selesa dan selamat.
Ads
4. Hargai pengasuh. Bagi bonus, hadiah dan selalu tanya khabar. Mereka pun ada perasaan.Anggap seperti mereka keluarga kita sendiri.
5. Setiasa berdoa agar Allah lindungi anak-anak kita yang ditinggalkan.
Inilah antara pengajaran yang akak dapat dari kes penderaan Alin. Semoga perkongsian ini bolehlah dijadikan panduan untuk memilih pengasuh yang ikhlas.
Selepas kes Alin di dera hingga patah tangan di usia 5 bulan…alhamdulillah selepas itu akak dapat pengasuh yang sangat baik dan kami seperti keluarga.
Anak-anak akak pun dah besar. Alin yang kena dera tu sahaja dah berusia 18 tahun sekarang. Yang bongsu anak akak 8 tahun. Alhamdulillah semuanya sihat dan gemuuuk.:-)
Gambar: Alin yang dah besar dengan bekas pengasuh yang dah jadi macam keluarga kami.
Ni 6 tanda utama anak kecil didera di tempat asuhannya :
1. Anak tiba-tiba berubah perangai
▪ Anak yang dulunya ceria tiba-tiba menjadi sangat pasif dan pendiam
▪ Anak jadi mudah terkejut dan selalu meragam tanpa sebab yang jelas
Ads
2. Anak tiba-tiba menjadi sangat patuh atau sangat memberontak
▪ Anak yang ketakutan memang akan mendengar arahan
▪ Ataupun dia memberontak dan mengamuk kerana cuba mempertahankan diri
3. Anak kelihatan sangat takut pada pengasuhnya
▪ Anak taknak pergi taska atau tadika tu biasa tapi kalau riak wajahnya tu dalam ketakutan yang melampau, kita memang kena hati-hati
▪ Atau bila kita sebut je perkataan taska dan tadika atau dia nampak je benda yang berkaitan dengan pengasuhnya si anak tadi kelihatan sangat trauma
▪ Menangis bila nak hantar anak ke taska akibat Separation Anxiety tu normal je tapi naluri mak ayah boleh tahu yang mana normal, yang mana tak normal
4. Ada lebam-lebam dan luka atau kecederaan yang di luar kebiasaan
Ads
▪ Walaupun lebam atau calar biasa, mak ayah kena hati-hati apatah lagi kalau lebamnya ada di 2 atau 3 tempat yang berbeza
▪ Kalau ada patah lagi la kena berhati-hati. Hantar terus ke hospital ye
▪ Doktor biasanya akan suspek penderaan bila ada patah di tulang yang besar seperti tulang femur, patah di banyak tempat ( multiple fractures ), Shaken Baby Sydrome ataupun ada kesan patah lama yang tak dilaporkan
5. Perkembangan anak terganggu
▪ Anak yang dulunya pernah hisap jari, kembali menghisap jarinya
▪ Anak yang dah lama tak kencing malam, kembali kencing malam
▪ Anak mengalami masalah duduk dan berjalan
6. Anak sering mimpi buruk
▪ Kadang-kadang agak susah nak tahu anak kita mimpi buruk ke tak
▪ Perhatikan ada tak anak kita nampak lesu atau tak bermaya walaupun dah tidur. Tu antara tanda-tanda tidur anak kita terganggu la tu
Benda ni saya rasa sangat ramai mak ayah yang tak tahu. Tolong bagitahu mak ayah dan pasangan kita yang belum tahu ye demi keselamatan anak anak kita semua.
p/s : Ni la kenapa saya hantar anak saya ke taska yang ada CCTV. Biar depan kita baik bak bidadari, boleh je bidadari tu bertukar menjadi The Hulk bila di belakang kita!
Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Anak yang dahulunya kecil kini telah pun meningkat usianya. Seakan tidak percaya pula masa berlalu begitu pantas.
Begitulah yang sering kita sebagai ibu rasai setiap kali meraikan sambutan hari lahir anak-anak. Sedar-sedar sudah belasan tahun usianya.
Pengalaman yang sama juga dirasai oleh Serina Redzuawan yang juga merupakan anak kepada chef terkenal Malaysia, Chef Wan, dan kini juga Pengarah Urusan Serina Food Empire apabila pada 13 September yang lalu, meraikan sambutan ulang tahun ke 12 anak sulungnya, Tristan Tarreef.
Berkongsi saat bermakna itu, Serina memuat naik video di instagramnya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
“Syukur Alhamdulillah Anakku Tristan Tarreef dipanjangkan umur hari ni genap 12 Tahun anak bujangku, TQ Papa @_chefwan58 belanja lunch also belikan Hadiah for Tristan & Bella juga. You are the best Atok!! 😘 Ibu doakan selalu Tristan Tareef jadi anak yg soleh, pelindung keluarga bila dewasa aminn.. always jadi anak yang menghormati orang tua, Ibu bangga lahirkan Abang di dunia ni, anak ibu ni anak yg baik taat, tak pernah berkasar & lawan cakap Ibu. Bila Ibu sedih abang peluk ibu dia faham ibu diduga dengan pelbagai ujian. Alhamdulillah tetap tabah & redha akhirnya selepas hujan ribut Allah kurniakan Pelangi. Terima Kasih Ayah Aidid terima anak anak kita dengan Ikhlas hati. Moga Allah SWT beri ganjaran & pahala di akhirat. Love My family so much!!🥳🎂❤,” tulis Serina.
Di majlis sambutan hari jadi itu juga turut hadir atuknya Chef Wan, pakciknya Chef Riz bersama isterinya, ibunya dan adiknya Isabella Saffiya. Tristan dan Isabella merupakan anak Serina dan bekas suaminya yang pertama.
Sambutan tersebut diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur secara peribadi dan santai. Hanya beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang terlibat dalam sambutan hari kelahiran Tristan.
Selain itu Serina juga telah memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya mengenai sambutan hari jadi anak sulungnya dan turut dikongsikan bahawa anak lelakinya itu sangat manja orangnya.
“Nampak kan Tristan ni orang nya jenis sopan malu malu gitu..tapi manja sangat..kalau tidur mesti nak berkepit bawak ketiak Ibu dia. U will always be my baby Tristan Tareef , walaupun abang dah jadi anak bujang. Sekejap je masa berjalan, rindunya zaman masa dia baby 👼,” tulis Serina di posting yang berbeza.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kata-kata yang dititipkan oleh Serina untuk anak sulungnya itu. Rata-rata ramai mengaminkan semoga doa-doa Serina dimakbulkan satu hari nanti dan semoga Tristan membesar menjadi seorang yang sehebat ahli-ahli keluarganya.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Pastinya ramai yang mempunyai impian untuk bebas hutang dan bersara awal pada usia sebelum 40 tahun.
Untuk berbuat demikian perlu ada keyakinan dan perancangan awal dalam kewangan keluarga.
Bagi puan Marlia Ramli nekad untuk berbuat demikian datang dalam dirinya walaupun berada di zon selesa. Wanita hebat ini mempunyai perancangan kewangan rapi sebelum mengambil keputusan bersara pada usia 39 tahun. Malah lebih membanggakan dia bebas hutang ‘jahat’ pada usia awal 30 an.
Nak tahu apa perancangan yang dilakukannya. Jom kita ikuti caranya. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian.
PENCEN MAKAN GAJI
“Dulu akak plan nak pencen kerjaya makan gaji usia 45 tahun. Seawal 22 tahun gaji pertama, akak tulis matlamat ini .”
1) MARLIA MESTI BEBAS SEMUA HUTANG JAHAT SEBELUM 35 TAHUN 2) MARLIA MESTI PENCEN KAYA & BERGAYA SEBELUM USIA 45 TAHUN. Alhamdulillah… 1. Akak bebas hutang jahat awal 30-an. Dua je hutang jahat akak iaitu PTPTN dan kereta Vios. 2.Akak pencen makan gaji tinggalkan kerjaya HR Manager dengan bergaya usia 39 tahun.
Matlamat akak tercapai 5 hingga 6 tahun berbanding target asal. Sekarang? Lepak rumah, mendidik masyarakat ilmu kewangan dan spend masa bersama keluarga.
Masa tulis impian tu, akak berusia 22 tahun dan miskin bandar. Gaji ciput. Selalu ikat perut. #apeni? Tapi akak dah ada matlamat. Dalam hidup, biar miskin poket tapi minda wajib kaya. Biar miskin duit, jangan miskin cita-cita.
Pada usia mentah, akak pun tak tau macam mana nak capai matlamat. Tapi akak buat keputusan untuk hadap dan buat.
Akak percaya, selagi bergelar miskin bandar, mustahil akak dapat capai dua impian di atas. Maka, fokus akak : 1) tingkatkan pendapatan. 2) hapuskan hutang tak jana wang. 3) menabung cash dan emas pelaburan minima 50% pendapatan setiap bulan. Bila dah ada matlamat tersebut seawal usia, akak dah start bina checklist kewangan. Akak penah tulis checklist ini sebelum ni. Anda boleh amik dan tiru.
Matlamat penting! Somehow, minda dan tubuh kita akan bergerak ke arah matlamat jika setiap hari kita pandang, belek-belek matlamat tersebut. Sekarang, akak selesa dengan hidup dan status kewangan akak. Malah akak pencen makan gaji dengan bergaya sebelum 40 tahun.
APA YANG BEST BILA PENCEN AWAL
Apa yang best bila dah PENCEN MAKAN GAJI? Banyak la best nya. Yang paling penting, akak tidak terikat dengan bos dan masa akak sangat flexible.
Masa akak? Sukati akak nak buat apa. Tanpa perlu minta izin majikan. Hujung Mei hingga hari ni dah 3 minggu akak kat Dubai pastu bersambung balik kampung. Siap sunat anak kat kampung. Spend masa dengan suami, anak-anak dan ibu akak. Matlamat… Ya. Matlamat! . Ramai yang anggap tak penting tulis matlamat. Mereka pandang enteng kepentingan membina matlamat. Hakikatnya sangat penting menulis matlamat. Sangat penting! Salam Sayang
Bagi yang pertama kali bergelar datuk atau nenek tentu teruja. Begitulah yang dirasai kini oleh bekas personaliti televisyen, personaliti, Puan Sri Normala Samsudin, 58 setelah bergelar nenek apabila anak perempuannya, Ruhila Roslan melahirkan anak sulungnya.
Menerusi Instagram milik bekas pengacara Nona ini berkongsi momen manis menjaga cucu dan anak ketika dalam pantang berpantang.
Benarlah kata orang, sayang cucu itu lain daripada sayang anak. Bagi saya, mungkin di usia tua, kita ini lebih sensitif, merindui saat menatap wajah bayi, lebih matang & memahami bahasa tangis yg nak direngekkan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dulu tika waktu muda sebagai ibu ayah terlalu banyak di kotak fikiran yang perlu difikirkan, kerana tika itu terlalu mentah dalam hal menjaga anak, sudah jadi resam mesti ada emak sebagai guideline untuk menjaga bayi dan dalam berpantang.
Sudah jadi tok mama, fahamlah erti setiap rengekkan dan lenggok tangis yg sebenarnya.. sebab itu tiap bayi yg baru lahir perlu ada orang tua, kerana bahasa tangis dan rengek itu seakan difahami jelas dlm kotak hati orang yg berpengalaman.
Ini momen tok mama dan Aamin Yusuf. Momen yg akan sentiasa dirindui, sering dikenang dan disyukuri Nikmat lahirnya insan kurniaan Yg Maha Esa. Tq for giving me this chance to love & to cherish.. I am a happy gramma indeed. MasyaAllah Tabarakkallah
Untuk rekod, pada 16 Jun lepas anak perempuan beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki yang dinamakan Aamin Yusuf Majid.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.