Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Ads
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
Ads
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Ads
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan dan keluarganya sering menjadi perhatian ramai. Malah layanannya kepada isteri dan anak-anaknya sering membuat wargamaya kagum.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terbaru menerusi entri Instagram, isterinya, pelakon Ozlynn Wati membuatkan coretan panjang mengenai sikap Johan.
Jauh di sudut hati isterinya meluahkan rasa syukur memiliki suami yang sentiasa mengutamakan keluarga. Bahkan juga tidak lokek untuk membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
Malah suaminya juga mengetepikan keperluan sendiri seperti pakaian berjenama dan tidak mengendahkan aura negatif disekelilingnya. Pernah tidak berduit tapi tetap mahu membantu orang lain yang susah.
Coretan panjang penuh emosi ini, membuatkan para warganet sebak, malah ada yang berkongsi cerita pernah dibantu oleh pasangan suami isteri.
Kisah keluarga yang sungguh inspirasi. Bahawa walaupun dianggap antara selebriti yang dikenali ramai namun tetap tidak akan sesekali bersikap sombong atau lupa diri. Tetap tunduk ke bumi.
Antara salah satu keluarga selebriti yang bahagia menjalani hidup dengan cara sederhana dan sentiasa menjadi inspirasi wargamaya.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Buah hati pengarang jantung, yang tak putus-putus selalu doa dan buat yang terbaik untuk family.”
“Bukan family je yang dijaga, sekeliling pun dia risaukan. Manusia yang tak pernah lokek dengan ilmu dan apa saja rezeki yang dia ada. Pasti dia kongsikan.”
“Kadang sampai poket dia sendiri pun kosong pastu. Mama ada RM50 nak isi minyak. Tak pernah dia kisah tentang jenama pakaian, tak di endah dengan komen caci makian.
“Tak pernah heran apa yang tak dapat ditelan, yang dirisaukan orang sekeliling. Jangan sampai tak ada makan.”
“Saya nampak apa yang awak usahakan. Saya juga nampak banyak yang awak cuba baikikan. Bukan untuk diri sendiri malah untuk saya.”
“Terima kasih atas nasihat, peringatan. Sayang kamu banyak-banyak. Saya dengan anak-anak akan sentiasa doakan untuk awak. Dan InsyaAllah saya akan buat awak tersenyum bangga satu hari nanti. I will papa… InsyaAllah.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa sebak membaca coretan isteri Johan. Ramai yang mendoakan pasangan ini termasuk rakan artis yang menjadikan Johan idola mereka.
Hubungan mereka tidak berlandaskan pertalian darah, namun keakraban Que Haidar bersama anak tirinya, Qalif Khan memberi inspirasi kepada orang ramai.
Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik,suami kesayangan Linda ini sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa. Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.
Rata-rata kagum dan memuji kemesraan yang terjalin antara mereka. Terbaru, Que dan Linda menerusi laman Instagram berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Qalif yang ke 22 tahun.
Difahamkan majlis tersebut diadakan di Roofino Skydining, KL Trillion, Kuala Lumpur.
Apa yang mencuri tumpuan adalah wajah terbaru Qalif. Anak hasil perkahwinan Linda sebelum iti yang dahulunya seorang kanak-kanak yang kecil kini sudah membesar menjadi lelaki yang kacak.
Ternyata, darah dan rupa mat salleh yang diwarisi Qalif tak ubah seperti penyanyi antarabangsa Justin Bieber.
Sehingga kini perkongsian gambar Que meraikan hari lahir anak tirinya itu telah mendapat lebih 1000 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Tauhu Berlauk. Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan sebagai kudapan minuman petang. Anak-anak gerenti suka!
BAHAN-BAHAN:
4 ketul tauhu
2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)
50 gram udang atau isi ayam
1 tangkai cili merah
1 batang daun bawang dan daun sup
4 biji telur
sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.
3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.
5. Biarkan ia sejuk seketika, selepas itu potong dalam bentuk yang dikehendaki.
6. Akhir sekali, pukul 2 biji telur, celup dan goreng sehingga bertukar warna perang keemasan.
Siap!
Tauhu Berlauk ini juga enak dicicah bersama sambal cili kicap dan kuah rojak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.