Walau pun memasak itu menjadi antara perkara biasa yang dilakukan oleh ramai ibu hingga menjadikan mereka begitu pakar dan mahir. Pun begitu, tidak dinafikan terkadang saat memasak terjadi juga kemalangan seperti tiba-tiba terkena percikan minyak panas atau pun tertumpah air panas.
Hal ini bila terjadi pastinya perlu dirawat dengan secepat mungkin. Jika ingin bergegas mendapatkan rawatan tentu sahaja mengambil masa yang agak lama di perjalanan.
Oleh itu, sebaiknya ikhtiarkan kaedah tradisional bagi meredakan kesakitan dengan segera sebelum mendapat rawatan yang selanjutnya. Jom semak caranya!
1. Lidah buaya
Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.
2. Kapur sirih
Ads
Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.
3. Serbuk kopi
Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.
Ads
4. Pelepah pisang
Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.
5. Telur
Ads
Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.
SAKIT DADA
.
Sakit dada diertikan sebagai kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada. Ia berlaku apabila dada terasa berangin, terasa sesak dan dicucuk, berat atau rasa seperti ditekan.
Sakit dada juga merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan. Ia merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.
.
PUNCA-PUNCA SAKIT DADA
.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada ini berlaku. Oleh kerana simptom ini boleh merujuk kepada penyakit yang serius seperti serangan sakit jantung, maka anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika mempunyai simptom tersebut. Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit dada ini tidak mengalami serangan jantung.
.
Antara punca-puncanya ialah :
.
1. Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat
2. Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung
3. Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
4. Sakit di bahagian perut hingga ke dada
5. Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk
6. Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma
7. Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh
8. Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
9. Sakit belakang
.
RAWATAN UNTUK SAKIT DADA
.
Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan.
.
Untuk mengesahkan seseorang yang mengalami sakit dada akibat oleh serangan jantung, doktor biasanya dapat mengetahui punca sakit tersebut dengan melakukan ujian ECG (ujian merekod fungsi jantung secara grafik) dan ujian darah.
.
Untuk masalah gastrik, selalunya pesakit akan dirawat dengan memberikan ubat gastrik dan ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut.
.
Ada sesetengah sakit dada disebabkan otot dada yang tercedera mungkin disebabkan batuk yang terlalu kuat. Selalunya pesakit seperti ini boleh dirawat dengan penggunaan ubat tahan sakit. Malah jika ia tidak terlalu teruk, pesakit tidak perlu ambil apa-apa ubat dan ia akan baik dengan sendirinya.
.
Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa. Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Betik antara buah-buahan yang menjadi kegemaran semua. Memiliki banyak khasiat kerana buah yang kaya dengan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah.
Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit.
Malah, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan buah betik yang konsisten adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil.
Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.
Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?
Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.
Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun.
Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.
Diet Betik Selama Seminggu
Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari.
Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.
Sumber: Wanista
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rambut tumbuh dalam kilang telur? Adakah harapan untuk hamil? Itu mungkin persoalan yang menjadi tanda tanya terutama kaum ibu.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat mengakui kes sebegini berlaku ke atas wanita tanpa disedari. Namun, ketumbuhan begini sebenarnya tidaklah bahaya jika dirawat lebih awal.
Justeru, beliau menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini menukar gaya hidup yang lebih sihat.
Berikut beberapa tip gaya pemakanan selepas pembedahan cyst yang perlu ibu-ibu tahu.
DERMOID CYST PADA OVARI KIRI
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovari. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya. Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-laian. Saya galakkan makan ulam , sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor separuh masak dan oat atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu . Masak sup sayur kobis, karot, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.