Wanita dan ‘shopping’ memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi dalam hal membeli tudung atau selendang. Seakan menjadi rutin setiap bulan akan ada sahaja koleksi selendang atau tudung yang akan dibelinya. Pantang ada rekaan terbaharu, pasti dibelinya walhal tudung yang sedia ada sudah penuh satu almari.
Berdepan dengan senario ini, AmirShahir yang juga merupakan seorang suami memberi pendapat yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada sang suami dan isteri agar lebih beringat. Jom semak apa katanya.
“Abang, esok nak pergi beli tudung la. Takde tudung nak pakai dengan baju yang warna pink tu.”
Senyum je kalau dengar kata-kata macam ni daripada mulut si isteri. Tudung dia padahal boleh muat dua alamari baju. Kalau susun meninggi boleh lawan KLCC.
Perempuan ni kalau dia kata “Takde tudung nak pakai”, “Takde baju nak pakai” tu ertinya dia dah bosan pakai tudung dan baju tu.
Ads
Kena pulak kalau rakan sejawat ke atau kawan dia tegur, “Minggu lepas dah pakai tudung ni kan?” Siap tunjuk gambar lagi. Memang meruap-ruap la nak cari tudung baru.
Jadi ini nasihat saya buat para suami.
1. Harga tudung, baju atau beg tangan jangan lebih 10% daripada gaji.
Ads
2. Beli masa ada promosi. Akhir tahun banyak promosi.
3. Halang jika bulan ini dia dah beli, bulan depan pun beli lagi. Itu dah ketagih sangat tu.
4. Kalau dia minat jenis tudung seperti Aidijuma, minta dia follow IG atau page berkenaan. Boleh tahu masa bila ada SALE.
Ads
5. Suruh dia susun tudung dia supaya senang lihat. Kalau simpan dalam kotak mesti tak sedar tudung dia dah banyak.
6. Tak salah tunaikan permintaan isteri untuk beli barang yang dia suka sekali-sekala. Apa salahnya buat dia happy. Jangan la kedekut sangat sampai suruh isteri guna je yang lama.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Soda bikarbonat memang mempunyai banyak kegunaannya yang cukup hebat dan kadang kala mampu memeranjatkan kita bagi yang tidak pernah melihat manfaatnya. Umumnya bagi sesiapa yang pernah memasak biskut dan kek, bahan yang dikenali dengan soda bikarbonat ini tentunya tidak asing digunakan.
Tapi tahukah anda, soda bikarbonat ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara lainnya adalah seperti 5 kegunaan soda bikarbonat yang dipaparkan di dalam video Sana Sini Petua Keluarga.
Jadi apa kata kita lihat apa lagi yang boleh kita lakukan dengan soda bikarbonat ini.
Selain itu, diakui juga dengan menggunakan soda bikarbonat bersama dua bahan lain boleh dijadikan sebagai agen pencuci mesin basuh dan sekali gus menghilangkan bauhapak pakaian yang dicuci. Nak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian daripada Noor Fathiah ini.
Sebelum ni dah basuh baju letak sabun dan soflan bebanyak pun masih ada bau hapak. Pelik, tak pernah ada masalah macam ni.
Mulanya ingat punca masalah dari sabun sebab baru try pakai sabun tu. Bila fikir balik mustahil. Firasat mengatakan mesti masalah dalam mesin basuh ni.
Sebab kita tak tahu keadaan dalam bahagian mesin basuh macam mana. Berkulat ke, berlumut ke, nak disental tak boleh. Takut juga ada cicak mati ka, hahaha macam macam pikir.
So kebetulan mak Tya ada share petua cuci mesin basuh guna dua bahan je, cuka dan soda bikarbonat, terus Tya buat.
Bahan-bahan:
Cuka 1/2 cawan
Soda Bikarbonat 1/2 cawan
Caranya :
Sebabkan mesin basuh Tya tak ada tulis Tub Cleaning, so Tya pilih Soak sahaja. Fungsinya sama dengan Tub Cleaning. Dah isi air penuh, masukkan cuka dan soda. Lepas tu biar mesin buat keje sendiri.
Alhamdulillah sekarang, dah hilang masalah bau hapak! Korang kalau ada masalah sama atau nak try cuci mesin basuh sampai kilat bersinar boleh guna cara macam n.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buntu juga bila mana pokok yang kita tanam masih belum menampakkan petanda untuk berbunga apatah lagi berbuah lebat. Puas dijaga dan dibaja dengan baja yang sesuai tetapi tanaman kita masih lagi tak berbunga.
Jangan buntu atau putus harapan dengan tanaman kita sebaliknya boleh cuba usahakan cara ini, seperti yangdikongsikan wanita ini di blognya, adaapadgnaidadewie.blogspot.my.
Dia yang menggunakan lebihan nasi dan kemudiannya dibiarkan diperam sehingga mengeluarkan hasil tapaian berjaya membuatkan tanamannya berbunga selepas 2 minggu. Hebat kan?
Jadi jomlah kita cuba.
Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, rasanya saya pernah kongsikan dulu tapi mungkin tak berapa jelas. Jadi kepada readers yang email saya tanya tentang enzim pokok tu, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan-soalan kamu ye.
S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim?
J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.
S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ke?
J: Boleh guna apa-apa jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang Terengganu buat nasi dagang tu tak boleh la.
S: Ada beza ke?
J: Secara logiknya, beras merah dikukus dengan santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dengan bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.
S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim?
J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat-ulat yang bertindak sebagai agen pengurai.
S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu?
J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.
S: Boleh bagi contoh gambaran tak?
J: Sila tengok gambar kat bawah ye.
Ringkasan Cara
1. Lebihan nasi jangan dibuang, simpan semalaman atau lebih.
2. Esoknya periksa samada nasi telah basi dan kelihatan lembik atau tidak.
3. Jika tidak, biarkan disimpan lagi supaya mengeluarkan enzimnya.
4. Kemudian barulah diletakkan pada tanaman kita.
Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu – 6 minggu diberikan enzim.
So, selamat mencuba!!
Kredit: adaapadgnaidadewie.blogspot.my.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di