Anak-anak adalah amanah ke atas ibu bapa untuk dididik ke arah kebaikkan, meninggalkan segala larangan Allah dan menunaikan setiap apa yang diperintahkan dalam agama. Jika sedari kecil sudah terbiasa dan sentiasa diingat-ingatkan untuk melakukan kebaikan, diharapkan pesanan dan kata-kata itu jugalah yang akan diingat sampai bila-bila.
Pun begitu, terkadang kita sebagai ibu ayah juga sering alpa untuk menitipkan pesanan dan nasihat yang berguna untuk anak-anak. Untuk itu, sebagai peringatan bersama, jom kita baca bait-bait 7 nasihat yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif khas untuk diingat-ingatkan selalu sebelum mereka meningkat dewasa. Ianya wajar kita ucapkan kepada anak-anak,biar mereka faham isi hati dan harapan kita kepada mereka dalam menjalani kehidupan ini.
Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa
1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu
Ads
2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu
3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu
4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu
Ads
5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian
6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal
Ads
7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.
Membaca doa Arafah disunatkan juga kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia walaupun kita tidak berada di Padang Arafah.
Oleh itu, bersamalah kita berdoa meminta pada Allah bersungguh-sungguh agar diampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang Islam.
Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, umat Islam selain berdoa, boleh juga melakukan puasa sunat di Malaysia pada hari Khamis, 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.
Ini berdasarkan kepada Kalendar Islam di Malaysia untuk tarikh penting 2020M/ 1441H, tarikh 1 Zulhijjah adalah pada 22 Julai 2020, maka Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, adalah pada 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.
Min kongsikan beberapa doa yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai doa sedia ada. Doakan kebaikan kita semua juga ya.
1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
33 . Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Bila dengar sahaja anak tiga pasti kita boleh membayangkan betapa hebatnya seorang isteri menguruskan anak-anak dan suami yang kesemuanya masih kecil.
Apa lagi bila si isteri hebatnya lain macam, kurus langsing malah pandai pula bergaya. Satu hal yang tergambar dek fikiran kita adalah kehebatannya menguruskan rumah tangga.
Korek rahsia ibu anak tiga ini yang bukan hanya cantik, kurus dan langsing malah mampu menguruskan anak-anaknya yang masih lagi kecil. Perkongsian mudah dari ibu anak tiga ini, menarik untuk kita kongsikan.
Hello semua, cik oya sini. I’m mother of 3 and I’m ur personal trainer. OK tutup mata.
Bagaimana hendak menjadi isteri yang boleh masak laju dan kurus bergaya. Ehhh, bak kata orang macam anak dara lagi la. Rupanya anak beratur macam anak ayam. Ha ha sila muntah.
Macam mana pula hendak menjadi guru kepada anak-anak. Satu hal juga. Nak ikat kain pun tak sempat mak aku cakap.
Itu la ayat emak di masa remaja aku. Pedih kena “sound”.
Bahagiakan diri sendiri dahulu baru kau orang mampu membahagiakan anak dan suami. Ini diri sendiri pun tidak terurus. Bagaimana hendak menguruskan hal-hal mereka yang berada di sekeliling.
Anak-anak cik oya sudah di training dari awal. Memang dulu sebelum kawin, cik oya Ada beberapa plan untuk diri sendiri dan anak.
Setiap kali aku beranak, aku wajib kurus dahulu sebelum beranak kali ke-2, ke-3 atau ke-4. INI WAJIB!
Pertama,
Mental kena kuat. Orang perempuan ni selalu emosi, bila emosi habis rumah terbalik. Alasan padu yang selalu digunakan adalah period. Aku rasa orang lelaki pun muak dengar.
Kedua,
Cipta aktiviti sendiri. Maksud aku, pergi joging, bersenam di luar rumah, bayar rm5 – rm10 untuk gym, daftar kelas zumba atau boxing. Ikut la mana mana satu kelas yang mampu.
Asalkan kita keluar dari lopak kebiasaan.
Sudah aku kata lopak. Mesti la basah, kotor, busuk dan Sebagainya.
Lopak tu diri kita la. Bila duduk selesa dengan keadaan diri kita yang serba serbi terlondeh memang akan mempengaruhi persekitaran.
Umpama diri kita sendiri sebenarnya yang negatif. Aura kita tidak sampai. Nak jadi online seller pun malas. Aura tu takda wak.
Cuba kau orang bayang kan!
Kau orang tinggi 155cm. Berat 50kg. Calit sedikit wangian di tepi tudung, blusher merah merah pink, bibir mugil nude dan pinggang 28inci.
Agak-agak kau orang la kan. Berapa banyak aura kau orang boleh sampai dan tarik orang untuk mendapat aura dari kau orang.