Kaji selidik menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak manfaatnya. Ia menambahkan keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Malah, tidur berpelukan juga menampakkan situasi yang cukup romantik. Tetapi ada yang mengatakan ia menimbulkan rasa rimas, panas dan macam-macam alasan lain lagi. Tetapi percayalah, selepas baca info ini, pasti anda akan tidur berpelukan mulai hari ini.
Nak tahu apa manfaatnya tidur berpelukan, nah baca ini:
1.Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2.Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
Ads
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
Ads
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera oleh seorang wanita yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Semenyih, Selangor.
Menerusi rakaman dikongsi pengguna TikTok @meymockingjay itu, wanita tersebut dilihat bertindak kasar dengan menggunakan sebatang penyapu seolah-olah memaksa mangsa menjamah makanan.
Rakaman berdurasi 23 saat itu turut memaparkan mangsa berusia sekitar tiga tahun menangis selepas dipukul di beberapa bahagian termasuk pipi sambil disaksikan oleh seorang lagi wanita.
Menurut @meymockingjay, mangsa merupakan anak angkat termasuk perakam yang didakwa berada di bawah jagaan suspek untuk bekerja.
Posting tersebut menerima hampir 480,000 tontonan selain ribuan komen netizen yang meluahkan rasa geram terhadap tindakan wanita terbabit.
Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @theaqil7 mendakwa dia yang merakam aksi kejam berkenaan dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil,” tulisnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Sementara itu, menerusi video lain yang tular di TikTok, pengguna yang memuatnaik hantaran berkenaan turut berkongsi keadaan terkini Alia yang cedera dipukul di beberapa anggota badan.
Malah, laporan polis turut dibuat yang diwakili oleh AJK Pemuda UMNO Hulu Langat lewat malam Khamis.
Tujuan laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis bertindak dan membuat siasatan daripada segi undang-undang terhadap penderaan budak perempuan berusia tiga tahun.
“Dengan ini kami akan berkongsi perkembangan lanjut, kes ini sangat baru, berlaku petang semalam.
Kami akan meneliti kes ini dalam masa ke semasa.
“Kami akan bertindak sekali untuk membantu beberapa mangsa yang ada bersama kami ketika ini” maklumnya.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum terdapat sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan setakat ini.
Memang seronok jika berpeluang menaiki kapal terbang. Maklumlah, kos untuk seorang pun boleh cecah ratus ringgit, kecuali jika ada promosi harga akan murah.
Namun bagi mereka yang sudah biasa menaiki pesawat ia perkara biasa, cuma yang jarang dan tidak pernah akan berkelakuan pelik ketika berada didalam kapal terbang.
Maklumlah peluang nak kapal terbang ni bukan selalu dapat. Sebagaimana perkongsian seorang juru terbang, Faliq Samsudin berkongsi kisah lucu apabila melihat pelbagai ragam penumpang.
Bukan untuk buat ‘sentap’ tetapi sekadar peringatan bersama disebabkan antara ragam yang ditonjolkan melibatkan tata cara dan tertib ketika dalam pesawat.
Jom kita tengok 8 peel penumpang ni.
Ada jugak orang macam ni ek??
“Ragam penumpang bila naik flight..”
Harini aku rasa macam rajin lak nak kongsi ragam² penumpang yang aku pernah jumpa sepanjang aku fly.. Macam² pe’el weyhh.Aku bahagi kepada beberapa kategori.. So.. Lets Jom…
1. Geng “Small Try”.. Geng ni akan cuba untuk complain apa sahaja yang dia nampak depan mata.. Lepas dah complain.. Dia akan try mintak upgrade.. Memang jenis “take advantage of the situation”.. Biasanya nak mintak upgrade ke Business Class atau First Class laa.. Complain seat ekonomi sempit laa.. Tak dapat window seat laa.. Kacang masin tak cukup masin laa.. Opps.. Yang kacang masin ni aku reka.. Apa² jer la.. Bukan tak boleh complain.. Tapi biarlah berpada.. Nasib dia tak complain kata Captain tak cukup hensem.. Kalau tak, aku suruh dia duduk kat atas sayap satgi.. Baru dia tau!.. Haa.. Nak upgrade sangat kan?? .. Gurau sajorrr..
2.Geng “Karen”.. “Karen” ni adalah gelaran kepada orang yang suka demand & rasa diri dia entitled.. Nak kenal diorang ni senang jer.. Kalau ada masalah sikit jer.. Diorang ni la akan first cakap.. “I want to speak to the Captain”.. Kalau kat darat pulak.. Dia akan cakap.. “I want to speak to your manager!”.. Dia rasa hanya pihak atasan jer yang layak cakap dengan dia.. Bajet dia special kot.. Kalau berdepan dengan geng ni.. Terus aku teringat iklan ~ “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”.. Selain tu.. Ada jugak kategori hybrid.. Ni lagi special.. Lepas dah jadi “Karen”.. Boleh pulak dia convert masuk geng “Small Try”.. Mintak upgrade.. Memang idokk lerr..
3. Geng “Do you know who I am??”.. Geng ni pantang ditegur.. Walaupun terang² dia yang salah.. Kalau tegur jer mula lah.. “I’m a lawyer”.. “I’m an engineer”.. “I’m a doctor”.. Semua keluar.. Ataupun antara yang paling fames kat Malaysia ni.. “I’m a Dato’ you know!”.. Geng ni biasanya dia rasa diri dia dah hebat sangat.. Kasta tinggi orang kata.. Bagi dia.. “Ko tu drebar kapal terbang jer tau tak??”.. Yea lahh.. Ko sorang jer lah yang hebat.. Ambiklah.. Nak sangat!..
4.Geng “Suka try stewardess”.. Geng ni biasanya perasan dia tu most eligible bachelor la.. Takpun most eligible husband.. Pantang nampak stewardess cun.. Dia akan try mengorat.. Terjadi few times dalam flight aku.. Ada tu sampai sanggup dia berdiri kat galley dari KK sampai ke KL sebab nak mengayat.. Dekat 2 jam berdiri tuu.. Stewardess tu nak buat kerja pun payah.. Sampai terpaksa mintak tolong aku.. Apa lagi.. Aku pun bajet hero la.. “Tinggg”.. Aku ON seat belt sign.. Pastu suruh semua orang duduk sebab bad weather.. Kacau daun kan aku ni?.. Haha.. Adan Uke..
5.Geng “Paparazzi”.. Geng ni semua benda dia nak ambik gambar.. Gambar kapal terbang.. Gambar kacang masin.. Gambar stewardess menguap.. etc.. Gambar aku taknak pulak dia ambik? .. Ok.. Ni aku nak habaq.. Tak salah nak ambik gambar kapal terbang untuk kenangan.. Tapi.. Kalau ikut PDPA.. Sebenarnya korang tak dibenarkan untuk ambik gambar orang lain tanpa kebenaran.. Apatah lagi bila orang tu dalam uniform tengah bertugas.. Salah di sisi undang² okeyhh!!..
6. Geng “Aku nak dulu”.. Geng ni semua benda dia nak dulu.. Time boarding dia sibuk nak naik dulu.. Time makan dia nak dulu.. Time disembark pun muka dia jugak la sibuk bangun nak keluar dulu.. Apa ntah yang nak dikejar. Padahal pintu pun tak bukak lagi.. Kapal pun tak betul² parking lagi.. Haa.. Yang ni ramai orang buat.. Berbuih mulut stewardess dok cakap.. “Sila berada di tempat duduk anda sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan”.. Perlukah diulang dalam Bahasa Urdu baru orang nak faham?..
7.Geng “Tapau ikat tepi”.. Geng ni punya logik semua yang di beri dalam kapal terbang tu adalah hak penumpang.. Selimut.. Bantal.. Headphone.. Semua nak ditapau nyer. Pernah sekali aku buat flight umrah ke Madinah.. Turun kat terminal tetiba nampak ada penumpang kitorang tadi tengah solat kat satu sudut.. Macam kenal jer selimut purple yang diguna sebagai sejadah tu.. Kecik besar kecik besar jer nengoknye.. Nasib dia tak tapau kerusi kapal terbang tu sekali.
Dan yang terakhir dalam list aku ni..
8.Geng “Penumpang kiriman Tuhan”.. Geng ni memang dambaan mana² crew yang bertugas la.. Suruh duduk, dia duduk.. Suruh makan, dia makan.. Tutup lampu suruh tidur, dia tidur.. Senang kata geng ni memudahkan kerja crew la.. Cakap pun sopan jer.. Hormat kat crew yang bertugas.. Angelic gitteww.. Mostly orang² Malaysia tergolong dalam geng ni la.. Syabas Mere Bete.. Keep it up okeyhh?.. Takyah rasa peer pressure nak ikut sangat geng² tak ketahuan macam kat atas tu
“Kita mudahkan urusan orang.. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita”..
So.. Dah tau belum korang tergolong dalam kategori mana?.. Jap.. Takyah cakap.. Aku tau.. Orang Malaysia semua baik² belaka.. Mestilah semua tergolong dalam kategori “Penumpang kiriman Tuhan”..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Perasan atau tidak, jika kita membeli vitamin contohnya, akan ada didalamnya satu plastik kecil yang mengandungi butiran lutsinar. Apakah itu?
Sebenarnya, ia adalah ‘Oxygen absorber’ diletakkan bertujuan untuk memastikan produk tersebut kekal kering dan menghindarkan dari berkulat.
Pun begitu, sebagai ibu bapa pastikan anak-anak kita tidak termakan isi di dalam bungkusan kecil tersebut yang boleh mendatangkan keracunan pula.
Untuk lebih faham, ini dijelaskan oleh Pusat Racun Negara. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
‘SILICA GEL’ vs ‘OXYGEN ABSORBER’ SAMA TAPI TIDAK SERUPA
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Tahukah anda fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
PERBEZAAN PENYERAP LEMBAPAN DAN PENYERAP OKSIGEN
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN
Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut. Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.