Ada orang rasa mudah untuk simpan duit di rumah, malah ada juga yang lebih selesa untuk simpan duit di dalam bank.

Namun, yang simpan duit di rumah perlu menjaga dengan baik supaya terjaga dengan rapi dan elak dari rosak misalnya dek anai-anai.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook di mana duit simpanan seorang wanita warga emas puluhan keping not RM100 dan RM50 di dalam sebuah kotak rosak kesan daripada dimakan anai-anak.

Lebih menyedihkan, jumlah kerosakan bernilai RM30,000 itu adalah wang yang disimpan untuk perbelanjaan mengerjakan ibadah haji pada tahun hadapan.

Hal berkenaan didedahkan cucunya, Khairul Azhar yang sempat membantu membawa wang berkenaan ke bank untuk ‘diselamatkan.’

“Duit RM30,000 disimpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan habis dimakan anai-anai.

“Separuh saya sudah serahkan kepada bank negara Malaysia. Kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat diselamatkan.

“Bukan rezeki nenek hendak ke Makkah. Insya-ALLAH lain kali ada lagi rezeki. Pengajaran agar jangan menyimpan duit ni banyak-banyak di rumah,” kongsinya.

Perkongsian Khairul Azhar menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai menzahirkan simpati dan berharap insiden berkenaan menjadi iktibar.

Tidak kurang juga yang memberikan cadangan kaedah menyimpan wang dengan cara selamat.

– ” Sebab tu ada Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera siap ada dividen lagi. Simpan di rumah banyak risikonya.”

– “Kena pakai tabung besi atau balang kaca supaya selamat.”

– “Simpan sebagai emas, pentingnya ada peti besi.”

– “Insya-ALLAH kalau nak selamat simpanlah dalam bentuk emas jongkong.”

– “Simpanan untuk jangka masa panjang, lebih baik dalam bentuk emas. Simpanan emas bermatlamat, contohnya untuk pergi haji, kahwin dan buat deposit bayar rumah pertama.”

– ” Sebab tu ada Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera siap ada dividen lagi. Simpan di rumah banyak risikonya.”

IKLAN

– “Kena pakai tabung besi atau balang kaca supaya selamat.”

– “Simpan sebagai emas, pentingnya ada peti besi.”

– “Insya-ALLAH kalau nak selamat simpanlah dalam bentuk emas jongkong.”

Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) sedia menerima wang yang tidak sesuai untuk edaran iaitu seperti berikut;

WANG KERTAS

-Kotor/ lusuh

-Lembik

-Terdapat contengan

-Koyak

-Terdapat ubah suai seperti ditampal pita pelekat

IKLAN

-Wujud lipatan atau garisan kekal

-Berlubang

-Dimakan anai-anai atau terbakar

-Wang hasil cantuman daripada dua atau lebih helaian wang kertas berlainan

-Hilang ciri-ciri keselamatan seperti jalur berkilau (lead) pada wang kertas

-Luntur warna

-Renyuk atau terdapat kesan pengecutan

SYILING

-Terhakis permukaannya

-Berlubang

IKLAN

-Pecah

-Kemik

-Terpotong

-Kotor

-Terbakar

-Ganjil cetakannya

“Wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran semula boleh ditukarkan di mana-mana institusi kewangan,” katanya.

Selain dari BNM, anda boleh menukar duit yang rosak tersebut di bank-bank komersial.

Bagaimanapun, jika wang kertas yang rosak seperti terbakar teruk dan duit tersebut tidak dapat dilihat denominasinya, adalah lebih baik untuk kita rujuk ke BNM.

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai berpandukan spesifikasi yang berikut;

1. Nilai penuh – lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

2. Nilai separuh – antara 1/2 hingga 2/3 daripada asal wang kertas.

3. Tiada nilai – kurang

1/2 daripada saiz asal wang kertas.

Sumber: Khairul Azhar, BNM, sinarplus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI