Lagi berita mengenai keracunan makanan dikalangan pelajar sekolah. 75 Pelajar Keracunan Makanan Setelah Sertai Kem Kepimpinan. Ayam Goreng Jadi Punca.

Keracunan makanan boleh meragut nyawa apabila kelewatan mendapatkan rawatan. Simptom keracunan makanan biasanya adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, loya dan demam.

Ttetapi paling bahaya apabila berlakunya dehidrasi dan komplikasi daripada jangkitan kuman berkenaan yang kemudiannya boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman.

Oleh itu kejadian yang berlaku di Kelantan disebuah sekolah menengah yang melibatkan 75pelajar tidak boleh dipandang ringan.

TidaK mahu ia berlaku, Kementerian Pendidikan (KPM) tegas akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan kesihatan pelajar.

75 Pelajar Keracunan Makanan Setelah Sertai Kem Kepimpinan. Ayam Goreng Jadi Punca

Katanya, tindakan susulan sedang diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama Kementerian Kesihatan untuk menyiasat punca keracunan makanan. Beliau memaklumkan selepas Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text di bawah Program Literasi untuk Murid Orang Asli dan Peribumi di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis .

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan seramai 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami keracunan makanan dan telah menerima rawatan, Katanta lagi, kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir semalam (22/4).

IKLAN

75 Pelajar Keracunan Makanan Setelah Sertai Kem Kepimpinan. Ayam Goreng Jadi Punca

Beliau berkata kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir semalam, dipercayai berpunca daripada menu ayam yang dihidangkan kepada mereka.

Maklumat daripada ibu bapa pula ada menasihati agar pihak sekolah ambil peduli dan teliti dalam penyediaan makanan. Menurut salah seorang ibi bapa pelajar memberitahu anaknya mengalami keracunan setelah mengalami pening kepala, loya, muntah dan ciri birit.

Katanya lagi menu terakhir yang dimakan pelajar yang menyertai kem kepimpinan iaiti nasi putih bersama gulai dan ayam goreng yang didpati berbau busuk.

Moga kejadian ini menjadi pengajaran bersama untuk mengelak sebarang perkara yang tidak dingini kepada para pelajar.

IKLAN

Sumber: Bernama

MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

75 Pelajar Keracunan Makanan Setelah Sertai Kem Kepimpinan. Ayam Goreng Jadi Punca

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

75 Pelajar Keracunan Makanan Setelah Sertai Kem Kepimpinan. Ayam Goreng Jadi Punca

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI