“8 Tahun Duduk Rumah Ni Baru Sempat Buat…” Dulu Tempat Bakar Sampah Kini Jadi Ruang Menonton TV, Siap Satu Bulan Masa PKP.

Share

Alang-alang menghabiskan masa duduk di rumah semasak PKP dan PKPD, teladani cara saudara Bahruddin Hanz Hanz yang memanfaatkan kemahirannya bertukangnya.

Begitulah satu perkongsian di grup Tukang Apa Hari Ini, memaparkan bagaimana tempat membakar sampat dijadikan ruang menonton televisyen. Sungguh inspirasim cara beliau memanfaatkan ruang yang ada untuk kebahagiaan keluarga.

“Ya saya minat bertukang. Jika tak bertukang, rasa tak lepas kehidupan harian. Moga ada ada idea untuk para DIY.

“Maka 1 bulan lebih PKP, PKPD, maka hasilkanlah satu ruangan tv berkonsep moden  dan  simple,” demikian tulis kapsyen pada perkongsian beliau.

Katanya lagi, hasratnya untuk berbuat demikian telah lama terpendam namun kekangan masa menyebab ia hasrat terhalang. Namun ekoran PKP dan PKPD telah merealisasikan impiannya. 

“Saya sebelum ni tak sempat nak buat. Sudah 8 tahun duduk rumah ni. Baru saya reno. PKP ni alhamdulillah. Boleh teruskan niat.”

Sebelum: Tempat bakar sampah

Proses pembinaan bermula

Tempat bakar sampah telah berubah wajah. Bahagian dinding dalam proses pembinaan. 

Proses bahagian dalaman pula

Anak-anak dah ‘excited’ walaupun belum siap sepenuhnya.

Pintu lama dicat baru pilihan warna putih.

Siap! Ruang privasi santai bersama keluarga.

Warganet beri pujian hasil yang disiapkan dalam tempoh sebulan.

Kesungguhannya menarik perhatian ramai yang memuji kerajinannya yang menghasilkan ruang privasi untuk keluarga bersantai.

Sumber: Bahruddin Hanz Hanz

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN